ANAK HIPERAKTIF, MAK BUNTU TIDAK TAHU APA NAK BUAT, AYAH PULA CEPAT STRESS

0
COM

Pertama sekali bagaimana kita tahu anak kita itu hiperaktif? 
Dari kelakuan dia? Perangai dia? 
APA YANG MEMBUATKAN KITA KATA DIA ADALAH ANAK HIPERAKTIF?


Kita kena faham maksud hiperaktif iaitu : kecergasan dan pergerakan yang melampau sehingga sukar untuk dikawal ; samada keadaan atau sifat seseorang. Ini sering berlaku tehadap kanak-kanak.


Okay...yang tak boleh kawal tu kita panggil hiperaktif. 

Sebagai ibubapa jangan terlalu cepat melabelkan anak kita sebagai anak hiperaktif hanya kerana anak kita aktif, riuh sekampung dan kreatif tak bertempat ye. Bagus ada anak aktif ni sebenarnya. Bijak. Ada sahaja akal fikirannya berjalan nak buat apa seterusnya apa dan apa lagi.


Ini adalah antara sikap anak hiperaktif :
  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

 
Anak hiperaktif berpunca daripada kurang perhatian dan kasih sayang
Secara umumnya, anak hiperaktif di kategorikan kepada tiga tahap :
1. Berkelakuan terlalu aktif
2. Kekurangan tumpuan,
3. Mengikut dorongan hati



Berkelakuan terlalu aktif

Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan

Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya.

Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati

Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.


Perhatian!
Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.



RAWATAN DAN CARA MENGATASI ANAK DARI BERTERUSAN HIPERAKTIF
1.   Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak lebih muda.Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.Anda juga mungkin boleh beri anak yang hiperaktif untuk makan OMEGAGUARD.

2.   Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.

3.   Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi. Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.



Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda.

KULIT MAKIN SIHAT,JERAGAT DAN PARUT JERAWAT HILANG SELEPAS AMALKAN VITAMIN E

0
COM
Sesiapa saja yang alami isu masalah kulit seperti jeragat dan parut jerawat memang akan sentiasa berasa tidak yakin dengan diri sendiri. Percaya lah, itu cuma mainan perasaan saja. Jangan terlalu rasa rendah diri. Lebih baik cari punca jeragat itu dan bagaimana cara kita nak hilangkan jeragat serta parut jerawat yang ada.

Pernah tak tengok kulit muka seseorang seperti ini?


Ini namanya "deep scar" ataupun parut dalam, kesan daripada jerawat suatu ketika dulu. Jadi apabila parut dalam ni haruslah kita merawat ia dari dalam. Kena yakin parut jerawat ni mesti boleh hilang dengan syarat.....kena rawat dalam.

* peringatan bersama: bila tumbuh jerawat jangan picit.



Ini namanya "melasma" ataupun jeragat, berlaku apabila badan menghasilkan lebih banyak pigmen. Punca jeragat adalah :

  • kesan sinaran uv dari cahaya matahari
  • penggunaan pil perancang
  • penggunakan bahan kosmetik tidak sesuai
  • faktor keturunan



Bagaimana Vitamin E bantu hilangkan jeragat dan parut jerawat?


Pertama sekali, kerana vitamin E adalah antioksidan yang melindungi struktur sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Vitamin E akan mengaktifkan sel baru untuk melindungi kulit kita.

Kedua,  vitamin E adalah zat pelindung, melindungi sel darah merah ( yang membawa oksigen ke seluruh badan kita). Dengan kata lain, vitamin E melindungi kulit kita dari kesan mudarat akibat penggunaan ubat dan bahan kimia yang berlebihan.   

Ketiga, vitamin E sangat penting untuk kesihatan kulit. Khasiat vitamin E menjaga, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar uv, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.




Pengambilan vitamin E secara ini secara konsisten selama 3bulan akan menampakkan perbezaan pada kulit muka kita. 2minggu pertama kita akan dapat rasa kelainan, namun jangan terlalu cepat untuk bergembira kerana sel badan kita hanya akan pulih antara 3-6bulan (terpulang kepada kesihatan tubuh).


Testimonials mereka yang dah berjaya hilangkan jeragat dan parut jerawat selepas amalkan Vitamin E







Ramai yang dah cuba dan amalkan, pengakhirannya mereka berpuashati dengan hasilnya selepas atleast 3bulan mengamalkan vitamin E ini. Yang penting konsisten.


Jadi janganlah rasa putus asa atau terlalu rasa rendah diri dengan rupa paras kita. Apa boleh kita rawat dan atasi, kita cuba, insyaAllah atas usaha yang dibuat akan menampakkan kesan yang baik untuk kita.


TIPS DIDIK ANAK CEMERLANG DARI PROF.DR. MUHAYA :

0
COM

Antara tips terbaik daripad Prof. Dr. Muhaya Mohamad. Sama-sama kita baca dan amalkan bersama.


1.Ketika basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Jika bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Jika teringatkan anak tiba-tiba, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

Semoga bermanfaat, mari kongsi bersama sahabat-sahabat. Inshaallah ;)



TIPS KEIBUBAPAAN : ATASI RAGAM ANAK SUKA MENGAMUK SEHINGGA SEMUA ORANG PANDANG

0
COM
Sikap anak suka mengamuk terutamanya apabila tak dapat apa yang diingini. Walaweh...memang mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Di rumah masih okay lagi, tapi kalau di tempat awam seperti supermarket memang naik darah kita kan.

Ibubapa kena ingat ini setiap kali anak kita mengamuk
Tak perlu rasa malu pada orang ramai kerana seseorang (orang yang melihat tu) yang dah bergelar ibu atau bapa sangat faham dengan situasi kita, anak mengamuk nakkan sesuatu. Itu adalah perkara biasa.

Okay? Jadi stay cool. Jangan ada perasaan negatif. 



Anak-anak kita mengamuk kerana itu cara dia mahu menunjukkan marah, kecewa, tak puashati, geram dan hakikatnya dia sedih.

Apabila dia menjerit, menangis, pusing sana sini, tendang, baling barang, berguling-guling di lantai haaaa memang saja la kan. Memang terang-terangan mengamuk SUPAYA ataupun DENGAN HARAPAN.....kita ikut kehendak dia. 
Anak yang genius.

Selalunya apa yang berlaku, kita akhirnya mengalah. penuhi kehendak anak (buat sebab terpaksa ni),kerana nak suruh anak diam, hentikan amukan itu. Sebenarnya tindakan sebegini akan buat anak kita fikir cara dia mengamuk itu dapat perhatian, apabila mengamuk dia berjaya "kuasai" ibu atau ayah. Lainkali boleh buat lagi.

Jadi, reaksi kita setiapkali anak mengamuk mempengaruhi kekerapan untuk dia buat lagi. Seeloknya kita perlu elak memberi perhatian kepada negativiti. 

Lihat tantrum itu secara positif! Setiapkali anak mengamuk, inilah peluang kita nak ajar dia erti kesabaran, didik dia cara atasi kemarahan, peluang untuk kita terangkan kenapa, bagaimana dan apa perlu buat.


Apabila anak-anak mengamuk, pastikan.......

  • Pastikan anak kita selamat, jauh dari benda tajam seperti bucu katil, gunting, seterika panas.
  • Pastikan kita sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Negatif.
  • Jangan hukum anak kita pada masa itu.
  • Jangan berikan ganjaran semata-mata untuk memujuk.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi  tindakbalas kita kepada tantrum itu.


CARA ATASI RAGAM ANAK SUKA MENGAMUK

1. ABAIKAN

-   Abaikan aksi amukan itu. Buat tak nampak, buat tak tahu. Realitinya untuk menyedarkan anak kita, cara mereka dengan mengamuk itu tiada apa-apa kesan kepada kita mahupun dia. Lama-lama anak akan fikir logik disebalik tindakan dia mengamuk, tidak berjaya "kuasai" ibu dan ayah.

2. CARI PUNCA
-   Apa yang menyebabkan anak kita mengamuk, meronta-ronta, tunjuk perasaan seperti itu. Apa yang anak kita mahukan? Apa yang tidak kena? Apabila kita sudah tau....untuk akan datang, sebelum dia mengamuk kita sudah tau apa perlu buat, apa perlu cakap dan bagaimana reaksi sepatutnya supaya anak kita faham dan boleh terima. Jadi dia tak mengamuk lagi :)

3. "TIME-OUT"
-   Kita dah beri dia masa, jadi dah tiba masa untuk "time-out". berhenti menangis. berhenti menjerit. Kalau dia berguling-guling, berhenti berguling dan bangun. "time-out" ni adalah masa untuk anak kita bertenang, supaya kita boleh jauhkan dia dari sifat negatif, yang akan lebih memudaratkan dia lagi.



Anak-anak sedang dalam proses pembesaran dan pembentukan. Kita besarkan dia, kita lah yang membentuk dia. Jadi sebagai ibubapa memang harus ada kesabaran yang paling maksimum untk memberi yang terbaik buat anak-anak kita.
InsyaAllah, atas usaha ibu dan ayah yang perihatin, anak kita akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika ragam anak suka mengamuk ini berterusan dan tiada perubahan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan dan emosi yang melanda diri.

Saya doakan kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak syurga kita.

PERKEMBANGAN ANAK-ANAK BERCAKAP

0
COM

TAHAP & PERKEMBANGAN ANAK-ANAK BERCAKAP MENGIKUT PERINGKAT UMUR.

0-8 Minggu

Pada masa awal, seorang bayi akan mendengar dan mencuba mengikuti suara yang didengarnya. Sebenarnya tidak hanya itu, sejak lahir ia sudah belajar mengamati dan mengikuti gerak tubuh serta ekspresi wajah orang yang dilihatnya dari jarak tertentu.
Walaupun masih bayi, seorang anak akan mampu memahami dan merasakan adanya komunikasi dua arah dengan memberikan respon lewat gerak tubuh dan suara.
Sejak dua minggu pertama, anak sudah mula terlibat dengan perbualan, dan pada minggu ke-6 ia akan mengenali suara ibunya, dan pada usia 8 minggu,anak mulai mampu memberikan respon terhadap suara yang dikenalinya.

Tindakan :

1. Semakin ibubapa menstimulasi anaknya dengan cara mengajaknya bercakap-cakap dan menunjukkan sikap yang mendorong munculnya respon dari si anak, maka si anak akan semakin tertarik untuk belajar untuk berbicara. Malah, kualiti percakapan juga akan lebih baik. Jadi, teruslah mengajak anak anda bercakap-cakap sejak hari pertama kelahirannya.

2. Jalinlah komunikasi dengan dihiasi oleh senyuman anda, pelukan, dan perhatian. Dengan demikian anak anda akan termotivasi untuk berusaha memberikan responnya.

3. Tunjukkanlah selalu kasih sayang melalui peluk-cium, dan kehangatan yang mampu dirasakan melalui intonasi suara anda. Dengan demikian, anda menstimulasi terjalinnya ikatan emosi yang erat antara anda dengan anak-anak anda sekaligus dapat membahagiakan si anak.

4. Selama berhubung dengan anak-anak anda, jangan lupa untuk melakukan ekspresi mata secara intensif kerana dari pandangan mata tersebutlah si anak dapat merasakan perhatian, kasih sayang, cinta, dan pengertian. Jika sedang bicara, tataplah matanya dan jangan membelakangi dia.

5. Jika anak anda menangis, jangan didiamkan saja. Kita sering keliru, bahawa sekiranya bayi menangis sebaiknya dibiarkan shja supaya anak tidak mnjadi manja. Padahal, satu-satunya cara seorang bayi yang baru lahir untuk berkomunikasi dan menyatakan keinginan dan keperluannya (haus, lapar, kedinginan, kepanasan, emosional, kelelahan, kebosanan) adalah tangisan. Jika tangisannya tidak anda pedulikan, lama-kelamaan anak akan berasa kecewa kerana kehendaknya diabaikan. Seharusnya anda melunaskan keperluan dan keinginannya. Untuk itu, ibubapa haruslah belajar memahami dan mengerti bahasa isyaratnya.

8-24 Minggu

Setelah si anak pandai mengekspresikan dirinya melalui gerak tubuh, si anak akan mula bercakap dengan bahasa-bahasa yang mudah dan lucu didengari ... "eh", "ah", "uh", "oh" dan disusuli dengan konsonan "m", "p", "b", "j" dan "k". Pada usia 12 minggu, si anak sudah mula bercakap "aaahhh", "bahbah", "gaagaa" dan pada usia 16 minggu, ia akan berupaya utk ketawa atau menjerit riang dan suka merungut atau merengek. Pada usia 24 minggu, si anak mulai berkata "ma", "da", "ba" dan sebagainya. Pada peringkat usia ini, si anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang dia mampu fahami apa yang orang lain katakan padanya. Jika anda sedar, pada peringkat ini, si anak suka mengulangi bercakap apa yang didengari dari suaranya sendiri.

Tindakan :

1. Untuk mampu berbicara, seorang anak memerlukan latihan mekanisme berbicara melalui latihan gerakan mulut, lidah, bibir. Sebenarnya, aktiviti menghisap, menjilat, menyemburkan gelembung dan mengunyah merupakan kemampuan yang diperlukan. Oleh sebab itu, latihlah anak anda baik dengan permainan mahupun dengan makanan.

2. Selalu menyanyikan lagu untuk anak anda dengan lagu-lagu kanak-kanak yang sederhana dan lucu, secara berulang dengan penekanan pada rima dan liriknya. Menyanyilah dengan diselangi permainan-permainan yang bernada serta menarik. Jadi, luangkan lah masa anda untuk terlibat dalam kegiatan menarik seperti ini agar kemampuan bicara dan berbahasa anak anda lebih cepat berkembang.

3. Salah satu cara seorang anak berkomunikasi di usia ini adalah melalui tertawa. Oleh sebab itu, luangkan masa bergurau dengannya, ketawa, membuat suara-suara dan gaya lucu agar kemampuan komunikasi dan interaksinya meningkat dan mendorong tumbuhnya kemampuan bahasa dan bicara.

4. Setiap bayi yang baru lahir, mereka akan belajar melalui pengulangan suatu pola, kegiatan, nama atau peristiwa. Melalui mekanisme ini, anda mulai mampu mengenalkan kata-kata yang bermakna pada anak pada saat melakukan aktiviti rutin, seperti: pada waktu makan, anda boleh katakan "nyam-nyam"

28 minggu - 1 tahun

Usia 28 minggu seorang anak mulai mampu mengucapkan "ba", "da", "ka" secara jelas. Bahkan semasa menangis pun vokal suaranya sangat lantang dan dengan penuh intonasi. Pada usia 32 minggu, ia akan mampu mengulangi beberapa suku kata yang sebelumnya sudah mampu diucapkannya. Pada usia 48 minggu, seorang anak mulai mampu sedikit demi sedikit mengucapkan sepatah kata yang bermakna. Selain itu, ia mulai mengerti kata "tidak" dan mengikut intonasi sederhana seperti "bye-bye" atau main "cak-baa". Ia juga mulai mampu meniru bunyi binatang seperti "guk", "kuk", "cak".


Tindakan:

1. Jadi model yang baik untuk anak anda terutama pada masa ini lah mereka mula belajar meniru kata-kata yang didengarnya dan mengucapkannya kembali. Ucapkan kata-kata dan kalimat anda secara perlahan, jelas dengan disertai tindakan (agar anak memahami ertinya atau kaitan antara kata yang anda ucapkan dengan tindakan kongkritnya), dan jangan lupa, bahasa tubuh dan ekspresi wajah anda juga harus disertakan.

2. Anak anda akan belajar bercakap dengan bahasa yang tidak jelas bagi anda. Jadi, ini lah masanya untuk anda berdua (anda dengan anak-anak) saling belajar supaya saling memahami keinginan dan maksud berdua. Jadikan kegiatan ini sebagai salah satu bentuk permainan yang menarik agar anak anda tidak patah semangat untuk terus mencuba mengucapkan secara jelas.

Namun, jika anda malas memperhatikan "suaranya", apa yang dimaksudnya, dan tidak mengulangi suaranya, atau bahkan ekspresi wajah anda membuat dirinya jadi enggan mencuba, maka anak anda akan merasa bahawa "tidak mungkin baginya untuk cuba mengekspresikan keinginan kerana orang dewasa tidak akan mampu memahami dan tidak akan melayaninya".

3. Kadang-kadang, ikutlah sebutannya, namun, anda juga perlu mengucapkan kata dengan betul. Jika anak berhasil mengucapkan suatu suku kata atau kata dengan betul, berilah pujian yang disertai dengan pelukan, ciuman, tepuk tangan dan sampaikan padanya, "wah.. pandainya dia".

4. Jika mengucapkan satu kata, sertakan dengan penjelasan ertinya. Lakukan hal ini secara berterusan meskipun tidak semua dia dapat memahaminya. Penjelasan boleh dilakukan dengan menunjukkan gambar, gerakan, sikap tubuh atau pun ekspresi.


1 tahun - 18 bulan

Pada usia setahun, seorang anak akan mampu mengucapkan dua atau tiga patah kata yg bermakna. Sebenarnya, ia juga sudah mampu memahami sebuah objek sederhana yang ditunjukkan padanya. Pada usia 15 bulan, anak mulai mengucapkan dan meniru kata yang sederhana dan sering didengarnya untuk kemudian mengekspresikannya pada keadaan/ situasi yang tepat. Usia 18 bulan, ia sudah mampu menunjuk objek-objek yang dilihatnya di dalam buku dan dijumpainya setiap hari. Selain itu ia juga mampu menghasilkan lebih kurang 10 kata yang bermakna.


Tindakan :

1. Perkenalkan anak anda dengan berbagai2 jenis suara, bunyi, seperti misalnya bunyi kenderaan, motor, kucing, anjing, dll. Kenalkan pula pada bunyi2 yang sering didengarnya sehari-hari, seperti pintu terbuka-tertutup, bunyi air, bunyi angin berdesir di pepohonan, kertas dicarik, benda jatuh, dn sebagainya.

2. Kerap membacakan buku-buku yang sederhana namun sarat dengan cerita yang menarik untuk anak dan gambar serta warna yang "eye catching". Tunjukkan objek-objek yang terlihat di buku, sebutkan namanya, jelaskan apa yang sedang dilakukannya, bagaimana jalan ceritanya. Minta lah padanya untuk mengulang nama yang anda sebutkan, dan jangan lupa, berilah pujian jika ia berjaya mengingat dan mengulang nama yang anda sebutkan.

3. Jika sedang bersamanya, sebutkan nama-nama benda, warna dan bentuk pada setiap objek yang dilihatnya.

4. Mula memperkenalkan anak dgn angka melalui kegiatan seperti mengira benda-benda yang sedang dibuat permainan. Lakukan dalam suasana yang santai dan selesa agar anak2 tidak merasa sebarang tekanan untuk menguasai kemampuan trsebut.

2 tahun - 3 tahun

Seorang anak mulai menguasai 200 - 300 kata dan gemar bercakap sendirian (bermonolog). Anak2 akan mula memperhatikan kata-kata yang baru didengarnya untuk dipelajari secara diam-diam. Mereka mulai mendengar pesanan2 yang bermakna, yang memerlukan perhatian dengan penuh minat dan perhatian. Perhatian mereka juga semakin luas dan semakin bervariasi.

Mereka juga semakin lancar bercakap, meski pun percakapannya masih belum sempurna. Anak di usia ini juga semakin tertarik mendengar cerita yang lebih panjang dan kompleks. Jika diajak bercakap-cakap, mudah bagi mereka untuk melompat dari satu topik perbicaraan ke topik yg lain.

Selain itu, mereka sudah mampu menggunakan kata hubung seperti "dengan", misalnya "ani pergi ke pasar dengan ibu", untuk menggambarkan dan menyambung dua situasi yang berbeza.

Pada usia ini mereka juga boleh menggunakan kata "aku", "saya" "kamu" dengan baik dan benar. Dengan kata-kata yang mereka fahami, mereka semakin memahami perbezaan antara yang terjadi pada masa lalu, masa kini dan masa sekarang.


Tindakan :

1. Pada usia ini, anak anda akan lebih senang bercakap-cakap dengan anak-anak seusianya dari pada dengan orang dewasa. Untuk melatih mereka berkomunikasi dengan baik ialah dengan menghantar anak ke tadika/ prasekolah yang ramai kanak-kanak, agar si anak mampu mengembangkan kemampuan berkomunikasi dan bersosial. Meskipun demikian, bahasa dan kata-kata yang diucapkan masih bersifat egosentris, namun lama kelamaan akan lebih bersifat sosial seiring dengan perkembangan usia dan perluasan jaringan sosialnya.

2. Kerap menceritakan kisah menarik pada anak anda, kerana sebenarnya cerita juga merupakan media atau cara untuk mengekspresikan emosi, meluahkan emosi yang disimpannya dalam hati, dan belajar berempati. Dari kegiatan ini pula anak anda tidak hanya belajar utk berani mengekspresikan diri secara verbal malah juga belajar cara utk bersosial.

3. Ceritakan padanya kisah yang lebih kompleks dan kenalkan beberapa perkataan baru sambil menerangkan ertinya. Lakukan ini secara berterusan agar ia dapat mengingatinya dan mengenalinya dengan mudah ketika anda mengulang cerita itu kembali di lain waktu.

3 -4 tahun


Anak mulai mampu menggunakan kata-kata yang bersifat perintah; hal ini juga menunjukkan adanya rasa percaya diri yang kuat dalam menggunakan kata-kata dan menguasai keadaan. Mereka mudah sekali mengenali kata-kata baru dan terus berlatih untuk menguasainya.

Mereka menyedari, bahawa dengan perkataan mereka dapat mengendalikan situasi seperti yang diinginkannya, mampu mempengaruhi orang lain, dapat mengajak teman-temannya atau ibunya bermain.

Mereka juga mulai mengenali konsep-konsep tentang kemungkinan, kesempatan, dengan "andaikan", "mungkin", "misalnya", "kalau". Perbendaharaan katanya semakin banyak dan bervariasi seiring dengan peningkatan penggunaan ayat yang utuh. Anak-anak itu juga semakin kerap bertanya sebagai ungkapan rasa ingin tahu mereka, seperti "Mengapa dia menangis Mak?", "Dia buat apa tu Mak?", "Nak ke mana?"


Tindakan :

1. Elakkan sikap membetulkan kesalahan pengucapan kata anak secara langsung, kerana itu akan membuatnya malu dan malah akan mematahkan semangatnya untuk belajar dan berusaha. Anda boleh mengulangi kata-kata tersebut secara jelas seolah2 anda mengesahkan apa yang dimaksudkannya. Dengan demikian, ia akan memahami kesalahannya tanpa berasa malu.

2. Pada usia ini, seorang anak sudah mula memahami penjelasan yg sederhana. Oleh sebab itu, anda boleh mencuba untuk ajaknya perbincangan soal-soal yang agak sederhana; dan tanyakan apa pendapatnya tentang persoalan itu. Dengan cara itu, anda melatih cara dan proses penyelesaian masalah pada anak anda setahap demi setahap. Hasil dari bertukar pendapat tersebut sebenarnya juga meningkatkankan self-esteem anak kerana ia akan berasa pendapatnya didengari oleh orang dewasa.

3. Mulai menggunakan ayat yang panjang dan kompleks, agar anak mulai belajar meningkatkan kemampuannya dalam memahami ayat. Untuk mengetahui samada anak faham atau tidak, anda boleh melihat respon dan reaksinya; jika ia melakukan apa yang anda inginkan, terbukti anak mampu memahami kata2 anda.

4. Anak-anak sangat gemar berbisik kerana bagi mereka ia amat menyeronokkan dan berbisik juga adalah salah satu cara anak2 mengekspresikan perasaan, dan rasa ingin tahu mereka.

5. Gunakan kisah2 dongeng dan fantasi yang sebenarnya mencerminkan dunia anak kita dan memakainya sebagai suatu cara untuk mengajar banyak perkara tanpa menyinggung perasaannya. Dengan itu, anda akan memperkenalkan kepadanya konsep-konsep tentang moral, nilai-nilai, sikap yang baik dan jahat, keadilan, kebajikan dan mesej-mesej moral yang lain. Jadikanlah saat-saat bersama anak anda sebagai masa yang menyenangkan, ceria, santai dan segar. Jadikan ini suatu kebiasaan pada waktu-waktu tertentu, seperti sebelum tidur atau di waktu siang hari.


DAN.......

Yang paling utama ialah, ibubapa harus menghabiskan masa sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk perbincangan/ komunikasi dengan anak-anak. Dengan kaedah itu kita akan lebih mengenali isihati dalamannya. : )

Semoga info ini membantu kita sebagai ibubapa.


IBU STRESS ANAK SUSAH MAKAN

0
COM
Dilema ibu, atau lebih tepat dilema kebanyakan ibu isu ANAK SUSAH MAKAN, haishhh memang pening, kadang-kadang menyakitkan hati sebab kita dah masak dia taknak makan. Tak bagi makan nanti lapar. Itu yang buat kita rasa sedih pula. Nak tambah sedih lagi, apabila orang duk kata anak kita kurus, anak orang tu berisis badan sedap tengok. hurmmm........ hakikatnya orang taktau kita berperang dengan isu anak susah makan! memilih! serba tak kena! 

Bersabarlah wahai ibu. You are not alone :)

TAK SEPATUTNYA TUDING JARI SAMPAI MACAM TU SEKALI. LAGI LA BUDAK TU TAKNAK MAKAN.


Saya yakin ibu dah jumpa pelbagai cara. Tapi kecewa... tiada hasil... anak susah makan juga.
Macam ni lah, apa yang saya share ni adalah pengalaman kakak saya sendiri. Anak beliau memang susah sangat makan, kurus memang kurus lah. Anak perempuan. Anak sulung pula tu. Pabila kakak susah makan, risau juga nanti adik-adik pun turut "join the club".

Jadi ini yang kakak saya buat :

1. Cari penyebab. Kenapa la dia ni susah sangat nak makan?
Kita kena tengok dan perhatikan dari segala sudut. Proses ini bukan sehari dua tapi berhari-hari mungkin sebulan. Fahami anak kita. Lain anak lain ragam ye. Cuba tengok....

  • kesihatan dia
  • emosi dia
  • suasana sekeliling dia
  • waktu makan dia (lepas minum susu jangan harap lah anak nak makan pula, dah kenyang susu)
  • kesukaan dia (dr segi makanan, air, warna, mknn rumah/mknn kedai, suasana meriah/keseorangan)
  • kelemahan dia


2. Makanan biasa anak susah makan, Sediakan menu yang pelik dan menarik!
Masak sup ayam, makan dengan nasi anak susah makan. Anak tak suka makan. Jadi kita tukar menu. Jom buat roti 3tingkat! Yeay! Sebelum tu jom bakar roti sama-sama. Lapisan pertama kita sapu strawberry jem. Lapisan kedua kita sapu nutella. Sapu sama-sama. Yum! Yum! Sedapnya....Siap! Makan time!

  • Nampak tak apa yang kita buat? Semua perkara, dari penyediaan sehingga waktu makan, kita buat bersama-sama anak kita. 
  • Jangan sesekali masak dan bagi anak makan. Kita pula sibuk basuh pinggan. Anak makan seorang diri, ambil mood sendiri. Mana selera macamtu....



3.  Tukar suasana, jadikan lebih ceria dan "happening"
Tak susah pun sebenarnya.Hanya luangkan sedikit masa bersama anak kita. Tukar dari suasana makan dan senyap kepada makan dan borak dan gelak ketawa dan belajar dan ada kasih sayang. Senang saja.....cuba amalkan :

  • bagi anak pilihan."Aisyah nak minum orange juice tak? Bestnya!" ....wow,di rumah pun ada jus, macam di restoren pula. wow! siap ada straw dan buah orange tepi gelas.
  • latih anak buat keputusan. "Aisyah,roti kita ni nak potong tengah jadikan triangle okay tak?" ...jawapan dia samada yes atau no. tak jadi hal, yang penting dia rasa dia penting di situ, kita ikut cakap dia, ikut keputusan dia. Suka? mesti lah anak suka.
  • bagi anak peluang mengetuai majlis makan kita. "Aisyah,tolong baca doa makan. Aisyah dah hafal kan, ayah nak dengar Aisyah baca doa makan" ..puji la dia sikit, dia dah hafal. Kita orang dewasa pun suka kan pujian, apatah lagi anak kecil.



4.  Tidak sesekali paksa anak kita makan. Elakkan marah atau bersikap emosi.
Istighfar dan banyak bersabar. Ingat, kita dulu pun susah juga tapi mak kita boleh je jaga kita. Tak gitu? Jadi dengan anak yang susah makan ni jangan paksa dia. Kesannya, dia lebih memberontak. Percaya lah.

Cara atasi : 
  • pujuk. tunjukkan makanan itu sedap. kita makan. buktikan sedap. "tengok ni ibu makan, yum! yum! sedapnya... ayah pun makan. see! haaaa ayah ambil lagi? cepat Aisyah makan nanti habis....." 
  • terangkan. emosi cara positif. "Aisyah makan ye,ibu teman. Ibu sedih kalau Aisyah tak makan, nanti Aisyah sakit. Ibu taknak Aisyah sakit,ibu takde kawan. Aisyah makan sikit pun takpe lah. Ibu taknak sedih..."



5. Pastikan anak kita cukup nutrient yang diperlukan untuk dia membesar. Kurang nutrient sebenarnya mengganggu sistem badan anak kita. Itu yang jadi susah makan, tiada selera makan, memilih makan. Macamana nak cukup nutrient kalau susah makan?


Cuba beri dia makanan tambahan seperti madu, multivitamin, minyak ikan, air masak secukupnya atau kalau susah sangat, semua tu anak tak mahu juga...... berilah dia MEALSHAKE ni.



Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu nak melihat anak kita membesar dengan sihat...bagai juara kan. Sebab itu lah kita cuba pelbagai cara, kita sanggup buat apa saja. Sebagai ibu juga kita takkan sesekali memudaratkan kesihatan anak kita. Yang penting kita usaha dan usaha tanpa rasa putus asa. Itulah ibu yang terbaik! Bertuah sangat anak syurga kita kan :) Kita pun bertuah.... Tuhan bagi "kerja lebih" sikit. hehe :)


KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN

0
COM
Semua wanita yang dah selamat bergelar ibu, atau yang dah lalui proses melahirkan anak pasti ada keinginan untuk kembali langsing seperti "masa mula-mula kahwin dulu".

Mustahil tak? Sebenarnya tak mustahil dengan syarat! 
Hati kena cekal, mental kena kuat. Ikut kata hati, jangan ikut nafsu. 
Tetapkan diri apa yang kita nak. Kita nak badan langsing. Jadi apa perlu kita buat???

1. Santai

Nak langsing haruslah memerlukan waktu. Badan kita berkembang 9bulan, mana mungkin nak kuncup semula dalam masa 1bulan. Perlaham-lahan... santai.... sabar....

2. Susukan anak

Seorang ibu yang menyusui bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori lebih setiap hari.

Anda mungkin berminat : SET KURUS UNTUK IBU MENYUSU

3. Bergerak

Pastikan anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bila anda boleh mula berolahraga setelah bersalin.

Jika boleh, berjalan-jalanlah sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi di dalam kereta sorongnya selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Makan Sedikit

tetapi kerap Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih banyak kalori bila anda makan.

Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5 – 6 sajian kecil setiap hari.

5. Kudapan Sihat

Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk anda daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.

6. Banyakkan Serat

Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan tinggi serat. Makanlah banyak makanan berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

7. Ambil Protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangi pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

Anda mungkin berminat : Energizing Soy Protein (ESP)

8. Banyakkan Minum Air

Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh.

Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan anda.