Showing posts with label Keluarga : Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Keluarga : Meal Shakes. Show all posts
TIPS : HADAPI ANAK DEMAM
Labels:
Keluarga : Meal Shakes,
Nutriferon,
Pemakan Sihat Anak-Anak,
Set Shaklee untuk Anak,
TIPS dan PETUA
·
Bila anak demam, ibu bapa jadi panik. Ada juga yang terpikir... "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"
Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh anak kita terdedah pada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".
Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.
Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.
Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.
Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.
Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalau rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jadi indicator kepada penyakit-penyakit lain, seperti:
- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman
Dalam kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam macamana kalau tiba-tiba dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4... Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang mudah. Lebih-lebih lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.
Tips Ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-
1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak).
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, boleh beri anak minum air Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar je, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2... Doa ibu makbul.. Janganlah doa biar sakit anak berpindah pada maknya, nanti maknya sakit, siapa pula nak jaga anaknya... Mintalah supaya anak cepat sembuh dan maknya diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk jaga anak yang sakit tu..
*** Tips ini untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.
-Credit to MommyLyna.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
GALAKKAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK-ANAK
Sebagai ibubapa kita wajib memberikan anak kita makanan yang sihat , bersih dan cukup zat untuk pembesaran otak dan kecerdasan minda anak-anak bertuah kita dunia dan akhirat. Berikut adalah beberapa bahan makanan sihat untuk anak anda lengkap dengan manfaatnya :
Protein
Berikan kacang, telur, susu dan produk tenusu yang lain. Biji-bijian dan kacang bermanfaat bagi meningkatkan kandungan protein untuk si kecil.
Kalsium
Untuk menghindari rasa bosan kerana sering minum susu, sayuran berwarna hijau, seperti brokoli, boleh menjadi pilihan. Sayuran ini juga mengandungi kalsium yang sempurna.
Vitamin D
Anak-anak sangat memerlukan makanan sumber vitamin D. Untuk mendapatkannya, latih anak-anak untuk minum jus buah-buahan, sereal, susu, serta kuning telur.
Zat Besi
Roti dan sereal merupakan pilihan yang tepat untuk meningkatkan zat besi. Buah-buahan kering, sayuran berwarna hijau, susu , tauhu, dan kacangmerupakan sumber zat besi terbaik.
Serat
Untuk mendapatkan nutrisi serat buat tubuh, berikan roti dan biji-bijian dalam menu pemakanan anak-anak.
Jadi ibu bapa perlu memulakan pemakanan sihat di rumah.
Ikuti tips di bawah:
1) Sediakan pelbagai makanan berkhasiat di rumah, dari makanan utama, snek, dessert dan sebagainya.
2) Tunjukkan contoh yang baik & jadi role model kepada anak. Bila ibu bapa suka makanan sihat, anak-anak juga akan teruja untuk menjadi seperti ibu bapanya juga.
3) Jadikan tabiat membaca label makanan di kalangan anak-anak agar mereka menghargai nilai nutrisi.
4) Jika boleh, sediakan bekal untuk anak ke sekolah.
5) Jangan jadikan makanan sebagai upah, hadiah atau hukuman kepada anak. Sangat tak elok.
6) Pilih restoran yang menyediakan makanan sihat jika makan di luar.
7) Galakkan anak minum air masak yang cukup setiap hari.
8) Bicara dengan anak tentang khasiat buah dan sayuran. Buat projek tanam buah/sayur agar mereka lebih menghargai.
9) Selalu berbual dengan anak tentang tubuh yang sihat - tidak obese dan tidak terlalu kurus.
10) Makanan hendaklah halal, bersih dan suci.
Menurut kajian sains juga kebanyakan penyakit adalah berkaitan diet, iaitu pemakanan. Oleh itu jagalah makanan yang masuk ke dalam mulut anak kita.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
ECZEMA : GEJALA, PUNCA & PENJAGAAN
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi. Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Kebanyakan kes, ia berterusan sehingga peringkat kanak-kanak. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."
"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila kanak-kanak mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.
Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.
Gejala-gejala Eczema
Acute Eczema

- "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
- "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
Eczema Kronik
- Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
- Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.
Punca Eczema
Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
- Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
- Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
- Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
- Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
- Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
Kitar Eczema
Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:
Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:
- Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
- Mengubati keradangan.
- Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
- Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema
| Amalkan: | Elakkan: | |
| Pakaian |
|
|
| Diet Pemakanan |
|
|
| Persekitaran |
|
|
| Perangai Peribadi |
|
|
Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran
1) MEALSHAKES -Shaklee MealShakes merupakan minuman yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. selain itu ade 6 sebab kenapa anak anda perlu pada meal shakes :
- Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
- Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
- Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
- Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
- Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
- Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
2) BASIC H PENCUCI SERBAGUNA - Shaklee Basic H ini merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960..bkn sahaja sangat efficient dalam menanggalkan sebarang bentuk kotoran, malah mampu menjadi first aid kepada semua termasuk mengurangkan suhu jika demam, merawat eczema dan gatal2 badan, menghilangkan kutu di rambut, dan seribu satu macam kegunaan lagi..untuk anak eczema, boleh mandikan anak dgn beberapa titis Basic H setiap kali mandi (mandi buih tuu..best..anak saya pun suka)..memang ternyata sgt membantu mengurangkan keradangan kulit akibat eczema.
3) HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM - Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi sari tumbuhan yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ia tidak berminyak, sangat cepat meresap dalam kulit dan bertindak secara efective tanpa meninggalkan kesan tidak selesa terutama pada bayi dan kanak2..sgt berkesan dalam merawat ruam dan eczema.
SET ini insyaAllah mampu memberikan anak anda keselesaan dalam melakukan aktiviti harian. Bukan itu sahaja malah ia memudahkan anda dalam memberikan ank anda yang terbaik, memastikan persekitaran yang bersih, serta melembapkan kulit akibat eczema tersebut.
Perhatian!
Sekiranya anak mengalami eczema ATOPIK, dilarang sama sekali untuk menggunakan Basic H dan Herbal cream atas sebab yang tertentu. Jadi pastikan jenis eczema anak-anak anda.
Semoga anak bertuah kita di pelihara dan di beri kesihatan yang optimum!
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
SHAKLEE MILK SHAKES : MINUMAN TAMBAHAN KELUARGA
Pernah tengok Shaklee Meal Shakes ? Yesss...ini lah dia.

APA YANG BEST .......DENGAN SHAKLEE MEAL SHAKES?
First and foremost, of course rasanya. Sedap dan tak muak. Kalau tak sedap mesti anak-anak kita taknak kan, even kita pun taknak. Kalau muak pula, nanti minum sekali dua kali, anak-anak will say no. Kita taknak la macam tu kan. Semestinya nak yang terbaik untuk keluarga kita.
Kelebihan Shaklee Meal Shakes adalah :
- Sarapan yang cepat, mudah, mengenyangkan dan yang penting berkhasiat!
- Hidangan yang lazat dan mudah untuk diminum , especially masa tengah kalut nak cepat :)
- Menjadi snek yang lazat pada bila-bila masa.
- Hidangan yang sesuai untuk semua dengan rendah lemak dan kolesterol, kandungan lemak dan sodium. Terbaik!
Dan....sejak kebelakangan ini ramai ibu-ibu yang berpuashati dengan Shaklee Milk Shake ini, katanya anak-anak lebih berselera makan. Anak-anak yang hilang selera makan atau memilih tu, sekarang sudah boleh makan dengan baik. Anak-anak yang sememangnya kuat makan, lepas minum milk shake ni lebih kuatla selera makan dia......bagus untuk pembesaran anak-anak kita juga kan.
Antara komen yang kita dapat :
Sedapnya milkshake ni...anak saya dah mula berselera nak makan. Saje test beli sbb dah tak tau nak bagi vitamin apa lagi untuk bagi dia selera makan. semua yang kawan-kawan suggest saya beli dan bagi tapi takde perubahan. ni baru 3minggu minum milkshake ni anak saya makan tak kira waktu. berat dia pun dah bertambah. PUASHATI!
Saper yang sesuai mengambil SHAKLEE MILK SHAKES?
- Yang kurang berselera untuk makan
- Yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk piL
- Yang cerewet dengan makanan
- Yang mempunyai masalah sembelit
- Yang mempunyai masalah asma ( utk kanak-kanak, mestilah berusia setahun ke atas )
- Yang mempunyai masalah kesihatan ( demam panas, selsema, batuk-batuk )
Hakikatnya produk Shaklee Milk Shake ini membantu memberi tenaga dan sumber yang diperlukan oleh anak-anak kita serta ahli keluarga yang mengamalkan nya. Apabila badan berasa cergas, metabolisma kita di tahap yang baik, of course la selera makan kita juga bagus. Syukur dan tahniah atas usaha ibu-ibu sekalian.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)


