Showing posts with label OPTIMUM HEALTH SET. Show all posts
Showing posts with label OPTIMUM HEALTH SET. Show all posts
GOUT : PUNCA DAN CARA MENGATASINYA
Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.
Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.
Cara mengatasi
- Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis).
- Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
- Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
- kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
- Bersenam
- Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)
- OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.
- Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
- Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
YANG PERLU ANDA TAHU!
Gout dan Vitamin C
Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut.
Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.
Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.
Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.
ASAS PENGAMBILAN NUTRISI SEIMBANG
Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil.
Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.
Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.
Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.
Cabaran memenuhi keperluan nutrisi
Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.
Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.
Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.
Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semasa memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.
Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.
Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi
Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.
Suplemen vitamin dan mineral menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi.
Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel.
Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.
Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.
Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.
Panduan Semasa Memilih Suplemen:
- Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
- Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
- Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
- Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
- Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
- Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.
Asas Pengambilan Suplemen
Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.
Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
| Amalkan: |
|
| Elakkan: |
|
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
Labels:
Ibu Mengandung,
Ingin Hamil,
OPTIMUM HEALTH SET,
Set Berpantang,
Set Penyusuan 3M,
Sustained Release Vita-C Plus
·
Sumber Vitamin C Semulajadi
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C dalam melaksanakan tugas harian. Vita-C Plus dengan pelepasan berperingkat dapat membantu untuk menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500gm yang semulajadi ini mampu melengkap khasiat vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. Sustained Release Vita-C ini bermanfaat untuk :
Adakah Anda Tahu.........
Fakta Nutrisi Setiap Hidangan
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C dalam melaksanakan tugas harian. Vita-C Plus dengan pelepasan berperingkat dapat membantu untuk menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500gm yang semulajadi ini mampu melengkap khasiat vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. Sustained Release Vita-C ini bermanfaat untuk :
- Tinggi potensi vitamin C
- Setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus ini mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (500gm)
- Ujian klinikal telah membuktikan bahawa, vitamin C dalam setiap 2 tablet Sustained release vita-C Plus (yang diambil selang 5jam), mampu bertahan dalam plasma darah kita selama 24jam.
- Satu formula yang membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan saluran darah.
Adakah Anda Tahu.........
- 1 batang roko mampu melupuskan 50-100mg vitamin C yang di ambil dalam tubuh si perokok.
- Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam tubuh.
- Pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.
- Terlebih dos vitamin C akan menyebabkan cirit-birit.
Fakta Lain Berkaitan Vitamin C
- Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri kira-kira 18mg, manakal manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Ia hanya boleh diperolehi dari pemakanan.
- Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Maka ia akan hilang secara berterusan dari tubuh.
- Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C kepada tubuh.
- Kandungan vitamin C paling banyak apabila buah masak ranum, tetapi vitamin C akan hilang apabila terdedah kepada kepanasan.
Bilangan size Setiap Botol : 180 biji dalam 1 botol
Jadual Makan :
Untuk memelihara kesihatan , 1-2biji selepas makan, setiap hari.
(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.
4 CIRI KESIHATAN OPTIMUM
Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental.
1. Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit.
Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda.
OPTIMUM HEALTH SET ini mengandungi :
VITALEA (120 biji) , B COMPLEX (120 biji) , OMEGA GUARD (90 biji)
*sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.
OPTIMUM HEALTH SET ini sesuai untuk :
- semua golongan lelaki mahupun wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh, termasuk lah ibu mengandung, ibu menyusu, wargatua dan pelajar.
- individu yang mudah berasa letih, lesu dan tidak bermaya.
- individu yang stress dan mudah mengantuk.
- individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.
- untuk pelajar, bagi meningkatkan fokus, ketajaman minda dan kekuatan ingatan.
- individu yang sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
2. Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres.
3. Rehat
Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru.
4. Sikap Mental
Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
Subscribe to:
Posts (Atom)




