Showing posts with label Ingin Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ingin Hamil. Show all posts

KETAHUI KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR ANDA

0
COM
Ramai yang confuse macamana nak kira kitaran haid dan waktu subur dengan cara yang tepat. Ramai juga yang tak endah tentang hal ini....

Hari ni saya nak share dengan kaum isteri mahupun kaum suami (yang berminat nak tau) tentang kitaran haid dan waktu subur bagi wanita. Bagi saya perkara ni seharusnya kita tau dan faham dengan betul terutama untuk mereka yang merancang dapatkan zuriat. 
Jangan tersalah hitung sudaaa.........


KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?


Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.




FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.


Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.

Hari 1-4 - darah haid keluar
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13 - darah haid kering/habis
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14 - waktu subur
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR BAGI WANITA?

Dalam kata lain bila waktu sesuai untuk bersama suami , iaitu pada hari ke-14 hari ovulasi berlaku, telur baru keluar dari sarangnya ATAU ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. 
Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. 
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. 

Katalah dia period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari. 
Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.


Ini adalah kerana fasa luteal pada kebiasaannya adalah tepat 14 hari setelah ovulasi, tetapi fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.



Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. 

Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN


Ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Sebenarnya, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.



Saya harap info tentang kitaran haid dan waktu subur ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Selamat mencuba!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

INGIN HAMIL : JAGA KESIHATAN SPERMA

0
COM

 "Dah lama kawin, tapi kami masih belum dikurniakan cahayamata". 

"Anak sulong dah 5tahun tapi saya masih belum hamil lagi".



Masalah sukar hamil selalunya tertumpu pada kaum wanita sahaja. Persoalannya, tidakkah lelaki juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan anak?

Wahai suami2, sila ambil perhatian ye... Entri kali ini saya ingin kongsikan Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki..

  • Berhenti merokok! Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 
  • Pakai seluar longgar. Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.
  • Kafein. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.
  • Omega 3. Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).






BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA??


  • Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
  • Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya. 



  • Hormon: mengembalikan keseimbangan hormon lelaki, membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna. Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma lelaki.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.




  • Asid lemak sangat penting dalam mengubah sperma untuk kesuburan lelaki. Asid itu bernama Docosahexnoic, biasa disebut DHA, adalah asid lemak omega-3 yang berperanan penting dalam perkembangan mata dan otak. Penelitian telah membuktikan bahawa DHA juga mempengaruhi tingkat kesuburan lelaki.
  • Tanpa DHA, pembentukan membran tidak akan terjadi. Jika vesikel-vesikel tidak bersatu, pembentukan akrosom gagal dan menghentikan pematangan sperma.
  • kekurangan enzim pembentuk DHA boleh menyebabkan masalah kemandulan. Darah dengan kandungan DHA rendah memberi kesan terhadap penurunan kesuburan. Pengambilan makanan atau supplemen yang kaya dengan DHA dapat menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

TIPS : ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL

0
COM
Apa Itu Anemia?

Anemia adalah suatu keadaan di mana kadar hemoglobin(hb) yang merupakan salah satu komponen darah, kurang dari paras normal. Jadi, anemia tidak sama dengan darah rendah.



Tanda-tanda Diserang Anemia :
  • Lelah
  • Letih dan lesu
  • Lemah Pucat
  • Kurang konsentrasi
  • Berkunang-kunang
  • Sakit kepala


Anemia boleh menyerang lelaki atau wanita :
  • yang bekerja keras,bertugas di malam hari.
  • mereka yang kurang tidur.
  • dalam proses penyembuhan setelah sakit.
  • wanita hamil / semasa haid.

Untuk Ibu Hamil......


Anemia seringkali menyerang ibu hamil pada trimester pertama (3bulan pertama kehamilan). Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang diperlukan oleh ibu hamil tidak mencukupi. Kekurangan ini boleh menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu akan kelihatan lesu, pucat dan tidak bermaya.

Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. 


30 Makanan Membantu Tambah Darah jika anda mempunyai Anemia


Makanan Semulajadi


Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin boleh cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Hemoglobin. Ibu disarankan untuk mengambil pemakanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12.


Berikut adalah makanan yang dipercayai membantu proses tambah darah : 
1.            Hati Lembu 
2.            Hati Ayam 
3.            Daging Merah 
4.            Kerang 
5.            Tiram 
6.            Kepah 
7.            Sayur Bayam 
8.            Brokoli 
9.            Tauhu 
10.         Tempe 
11.         Kacang Peas 
12.         Kacang Badam 
13.         Kacang Gajus 
14.         Kuaci Bunga Matahari 
15.         Buah Kurma 
16.         Buah Tin (Aprikot Kering) 
17.         Buah Zaitun 
18.         Kismis 
19.         Buah Prune 
20.         Beras Perang 
21.         Gula Merah (Gula Tebu) 
22.         Ikan Sardin 
23.         Ikan Tongkol 
24.         Telur 
25.         Teh Roiboos 
26.         Susu 
27.         Spirulina 
28.         Bijirin 
29.         Roti Gandum Penuh 
30.         Keju 


Kebiasaannya pesakit anemia atau ibu hamil disarankan mengambil pil vitamin seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Ini kerana pesakit mungkin tidak memperoleh nutrient yang diperlukan dengan kadar yang cukup daripada pemakanan harian.



Supplement Semulajadi



Set ini mengandungi : VITALEA (120 biji) + VITA-C (180 biji) + B-COMPLEX (120 biji)

# sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

0
COM
Sumber Vitamin C Semulajadi
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C dalam melaksanakan tugas harian. Vita-C Plus dengan pelepasan berperingkat dapat membantu untuk menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500gm yang semulajadi ini mampu melengkap khasiat vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. Sustained Release Vita-C ini bermanfaat untuk :
  • Tinggi potensi vitamin C
  • Setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus ini mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (500gm)
  • Ujian klinikal telah membuktikan bahawa, vitamin C dalam setiap 2 tablet Sustained release vita-C Plus (yang diambil selang 5jam), mampu bertahan dalam plasma darah kita selama 24jam.
  • Satu formula yang membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan saluran darah.

Adakah Anda Tahu.........
  1. 1 batang roko mampu melupuskan 50-100mg vitamin C yang di ambil dalam tubuh si perokok.
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam tubuh.
  3. Pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.
  4. Terlebih dos vitamin C akan menyebabkan cirit-birit.

Fakta Lain Berkaitan Vitamin C
  1. Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri kira-kira 18mg, manakal manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Ia hanya boleh diperolehi dari pemakanan.
  2. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Maka ia akan hilang secara berterusan dari tubuh.
  3. Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C kepada tubuh.
  4. Kandungan vitamin C paling banyak apabila buah masak ranum, tetapi vitamin C akan hilang apabila terdedah kepada kepanasan.



Fakta Nutrisi Setiap Hidangan









Bilangan size Setiap Botol : 180 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 1-2biji  selepas makan, setiap hari.

(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.


SHAKLEE : VITA-LEA IRON FORMULA

0
COM
Multivitamin & Multi Mineral Yang Hebat

Supplement seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan sains terbaik Shaklee yang mampu dimiliki. Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamins dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diamalkan setiap hari, Vitalea mampu :
  • Memberi kesihatan menyeluruh dan membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu dalam badan.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan Asid pantotenik membantu untuk metabolisme lemak dan karbohidrat dalam badan.
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
  • Untuk wanita.. ia menggalakkan kesihatan tulang, payudara, imune sistem badan, kesihatan jantung, kesihatan sel peranakan, kesihatan kulit, kuku dan rambut.



Fakta Nutrisi Setaip Hidangan



Bilangan size Setiap Botol : 120 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 1-2biji  selepas makan, setiap hari.

(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.



SHAKLEE : B-COMPLEX

0
COM
Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat

  • B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • B1, B2, B3, B6, biotin, dan asid pantotenik membantu badan menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga.
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah dalam badan. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan dalam tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan (sebelum konsepsi) dan semasa kandungan berusia 12 minggu, bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
  • Semua sedia maklum, acid folic adalah sangat penting untuk mencegah kecacatan pada bayi. Ia juga membantu ibu mengandung untuk lebih bertenaga dan mengurangkan tekanan perasaan ketika mengandung.



Fakta Nutrisi Setaip Hidangan



Bilangan size setiap botol

120biji dalam 1 botol



Jadual makan

Untuk kesihatan berpanjangan - 1biji selepas makan, setiap hari



(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.


PETUA KESUBURAN : PERKARA PERLU DIELAK JIKA INGIN HAMIL

0
COM
Bila kita rancang untuk hamil, bukan saja kita kena rajin mengamalkan selawat,zikir dan doa... bukan sahaja perlu tau apa ubat atau makanan yang perlu kita makan seperti dalam entry ni... TAPI kita kena tau juga apa perkara yang perlu dielakkan supaya badan kita kekal sihat dan bersedia untuk hamil.


1. KAFEIN
  • kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurang kesuburan wanita.
  • salah satu kajian mendapati pengambilan satu cawan kopi sehari boleh mengurangkan separuh kadar kesuburan.





2. DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK
  • ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan.
  • Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik.
Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.



3. NIKOTIN
  • Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan).
  • Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.




4. ALKOHOL
  • tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim kerana pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan.
  • Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 





5. MANDIAN AIR PANAS
  • suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.





6. PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA

  • cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.






7. DIET
  • Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.




 8. BERAT BADAN TIDAK IDEAL
  • Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi.
  • berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.




9. PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT
  • Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.




10. TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL
  • Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. 
  • Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.





Selamat mencuba ya.... dan semoga usaha kita diberkati oleh DIA Yang Maha Berkuasa dan beri peluang untuk kita sama-sama melahirkan zuriat yang cerdik pintar :)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com