Showing posts with label SHAKLEE TRIAL PACK. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE TRIAL PACK. Show all posts

ASAS PENGAMBILAN NUTRISI SEIMBANG

0
COM

Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. 

Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.


Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.


Cabaran memenuhi keperluan nutrisi


Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.
Stres

Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semasa memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi


Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen Vitamin
Suplemen vitamin dan mineral menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. 

Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. 
Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:

  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


Asas Pengambilan Suplemen


Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.


Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.

SHAKLEE TRIAL PACK

0
COM

Untuk pengetahuan semua kita ada sediakan trial pack atau pun pek percubaan. Jangan la tanya free ke? Of course ada kos yang perlu dibayar kan. Trial pack ni di jual serendah harga RM80.00 untuk 1 set bergantung kepada set yang diperlukan.

Kita sediakan trial pack ini untuk kemudahan bersama. Tentu ramai yang ragu-ragu dan tak pasti "betul ke menjadi ni?", jadi Shaklee trial pack ni memberi kita peluang untuk mencuba selama sebulan. Sekiranya selepas sebulan kita yakin, kita nak teruskan dan ingin beli lagi...bolehla kita beli full pack pula. Jadi takde siapa yang akan menyesal atau berasa rugi di sini. Cuba dulu baru tau.

Kebaikan trial pack ini adalah untuk kita sama-sama kongsi kebaikan dan kelebihan produk Shaklee. Tak kenal maka tak cinta kan... Harga yang ditawarkan untuk trial pack adalah sangat murah dan berpatutan, student pun ada yang membeli dek kesedaran untuk menjaga kesihatan, stress study kan.

Shaklee Trial Pack di datangkan mengikut set berikut :

SET A   :   Optimum Health set
SET B   :    Breastfeeding set
SET C   :   Confinement set
SET D   :   Skincare set
SET E   :   Set B + ostematrix
SET F   :   Slimming set

...........................dan banyak lagi.

Sekiranya kawan-kawan nak cuba produk Shaklee ni tapi ala-ala tak yakin keberkesanan nya, bolehla cuba trial pack dulu. Nama pun for trial kan. Harga serendah RM80.00 dan akan di hantar terus kepada kawan-kawan in less than 1 week. InsyaAllah.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com