Showing posts with label TIPS dan PETUA. Show all posts
Showing posts with label TIPS dan PETUA. Show all posts

KEMBALI LANGSING SELEPAS BERSALIN

0
COM
Semua wanita yang dah selamat bergelar ibu, atau yang dah lalui proses melahirkan anak pasti ada keinginan untuk kembali langsing seperti "masa mula-mula kahwin dulu".

Mustahil tak? Sebenarnya tak mustahil dengan syarat! 
Hati kena cekal, mental kena kuat. Ikut kata hati, jangan ikut nafsu. 
Tetapkan diri apa yang kita nak. Kita nak badan langsing. Jadi apa perlu kita buat???

1. Santai

Nak langsing haruslah memerlukan waktu. Badan kita berkembang 9bulan, mana mungkin nak kuncup semula dalam masa 1bulan. Perlaham-lahan... santai.... sabar....

2. Susukan anak

Seorang ibu yang menyusui bayi dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Anda akan dapat membakar sehingga 500 kalori lebih setiap hari.

Anda mungkin berminat : SET KURUS UNTUK IBU MENYUSU

3. Bergerak

Pastikan anda sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor bila anda boleh mula berolahraga setelah bersalin.

Jika boleh, berjalan-jalanlah sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi di dalam kereta sorongnya selama 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Makan Sedikit

tetapi kerap Jika anda menunggu waktu lapar untuk makan, anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah makan lebih banyak kalori bila anda makan.

Hindari makan terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan stail dan makan antara 5 – 6 sajian kecil setiap hari.

5. Kudapan Sihat

Gantikan kudapan manis yang sering anda makan dengan buah-buahan atau salad. Bersihkan almari serta peti sejuk anda daripada kudapan tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek dan ais krim.

6. Banyakkan Serat

Tetap kenyang lebih lama dengan makan makanan tinggi serat. Makanlah banyak makanan berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.

7. Ambil Protein

Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangi pengurangan dan membantu menurunkan berat badan.

Anda mungkin berminat : Energizing Soy Protein (ESP)

8. Banyakkan Minum Air

Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh.

Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan anda.



CARA KIRA BERAT BADAN YANG BETUL DAN IDEAL

0
COM

Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan. 


# infosihat.com

Click untuk dapatkan : 



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

NAIKKAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

0
COM
Selalunya kita baca tentang set kurus, set untuk buang lemak, set kelangsingan badan dan sewaktu dengannya. Padahal ramai sangat yang mengalami masalah underweight atau terlalu kurus. 

Bila berat kita underweight, sebenarnya akan ada masalah sampingan lain. Antaranya :
  • susah untuk hamil , bagi kaum wanita.
  • mudah diserang penyakit.
  • mudah mengalami esteoporosis/masalah tulang rapuh


Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambahkan berat badan atau mencapai berat badan yang ideal. Apa yang diperlukan? 
Secara basicnya memadai :  MEALSHAKE + B COMPLEX + VITALEA


Jom kita tengok apa ada dengan meal shake, vitamin B dan vitalea.


1) Meal shake 
Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap mcm milk shake kat McD. Protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..




2) Vitalea - 
 
Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.




3) Vit B complex 
 
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Antara tips yang menaikan berat badan :



1. Workout.
- dalam menaikkan berat badan, workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada di rumah atau berjogging diluar.

exercise sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkatberat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn mkn junk food dan ikut jadual ni selama sebulan tau.



2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout,  anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. dan dengan Shaklee, protin yang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee. 


Perhatian! 
Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.
Sebenarnya,ramai mereka yang kurus nak menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.


Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan..tak boleh kejap makan, kejap ikot, pastu malas dah tak ikot lg..mmg la tak jadi kan..Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!