TIPS KEIBUBAPAAN : ATASI RAGAM ANAK SUKA MENGAMUK SEHINGGA SEMUA ORANG PANDANG
Sikap anak suka mengamuk terutamanya apabila tak dapat apa yang diingini. Walaweh...memang mencabar kesabaran kita sebagai ibu bapa. Di rumah masih okay lagi, tapi kalau di tempat awam seperti supermarket memang naik darah kita kan.
Ibubapa kena ingat ini setiap kali anak kita mengamuk
Okay? Jadi stay cool. Jangan ada perasaan negatif.
Anak-anak kita mengamuk kerana itu cara dia mahu menunjukkan marah, kecewa, tak puashati, geram dan hakikatnya dia sedih.
Apabila dia menjerit, menangis, pusing sana sini, tendang, baling barang, berguling-guling di lantai haaaa memang saja la kan. Memang terang-terangan mengamuk SUPAYA ataupun DENGAN HARAPAN.....kita ikut kehendak dia.
Anak yang genius.
Selalunya apa yang berlaku, kita akhirnya mengalah. penuhi kehendak anak (buat sebab terpaksa ni),kerana nak suruh anak diam, hentikan amukan itu. Sebenarnya tindakan sebegini akan buat anak kita fikir cara dia mengamuk itu dapat perhatian, apabila mengamuk dia berjaya "kuasai" ibu atau ayah. Lainkali boleh buat lagi.
Jadi, reaksi kita setiapkali anak mengamuk mempengaruhi kekerapan untuk dia buat lagi. Seeloknya kita perlu elak memberi perhatian kepada negativiti.
Lihat tantrum itu secara positif! Setiapkali anak mengamuk, inilah peluang kita nak ajar dia erti kesabaran, didik dia cara atasi kemarahan, peluang untuk kita terangkan kenapa, bagaimana dan apa perlu buat.
Ibubapa kena ingat ini setiap kali anak kita mengamuk
Tak perlu rasa malu pada orang ramai kerana seseorang (orang yang melihat tu) yang dah bergelar ibu atau bapa sangat faham dengan situasi kita, anak mengamuk nakkan sesuatu. Itu adalah perkara biasa.
Okay? Jadi stay cool. Jangan ada perasaan negatif.
Anak-anak kita mengamuk kerana itu cara dia mahu menunjukkan marah, kecewa, tak puashati, geram dan hakikatnya dia sedih.
Apabila dia menjerit, menangis, pusing sana sini, tendang, baling barang, berguling-guling di lantai haaaa memang saja la kan. Memang terang-terangan mengamuk SUPAYA ataupun DENGAN HARAPAN.....kita ikut kehendak dia.
Anak yang genius.
Jadi, reaksi kita setiapkali anak mengamuk mempengaruhi kekerapan untuk dia buat lagi. Seeloknya kita perlu elak memberi perhatian kepada negativiti.
Lihat tantrum itu secara positif! Setiapkali anak mengamuk, inilah peluang kita nak ajar dia erti kesabaran, didik dia cara atasi kemarahan, peluang untuk kita terangkan kenapa, bagaimana dan apa perlu buat.
Apabila anak-anak mengamuk, pastikan.......
- Pastikan anak kita selamat, jauh dari benda tajam seperti bucu katil, gunting, seterika panas.
- Pastikan kita sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut. Negatif.
- Jangan hukum anak kita pada masa itu.
- Jangan berikan ganjaran semata-mata untuk memujuk.
- Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi tindakbalas kita kepada tantrum itu.
1. ABAIKAN
- Abaikan aksi amukan itu. Buat tak nampak, buat tak tahu. Realitinya untuk menyedarkan anak kita, cara mereka dengan mengamuk itu tiada apa-apa kesan kepada kita mahupun dia. Lama-lama anak akan fikir logik disebalik tindakan dia mengamuk, tidak berjaya "kuasai" ibu dan ayah.2. CARI PUNCA
- Apa yang menyebabkan anak kita mengamuk, meronta-ronta, tunjuk perasaan seperti itu. Apa yang anak kita mahukan? Apa yang tidak kena? Apabila kita sudah tau....untuk akan datang, sebelum dia mengamuk kita sudah tau apa perlu buat, apa perlu cakap dan bagaimana reaksi sepatutnya supaya anak kita faham dan boleh terima. Jadi dia tak mengamuk lagi :)
3. "TIME-OUT"
- Kita dah beri dia masa, jadi dah tiba masa untuk "time-out". berhenti menangis. berhenti menjerit. Kalau dia berguling-guling, berhenti berguling dan bangun. "time-out" ni adalah masa untuk anak kita bertenang, supaya kita boleh jauhkan dia dari sifat negatif, yang akan lebih memudaratkan dia lagi.
InsyaAllah, atas usaha ibu dan ayah yang perihatin, anak kita akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika ragam anak suka mengamuk ini berterusan dan tiada perubahan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan dan emosi yang melanda diri.
Saya doakan kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak syurga kita.
Saya doakan kita semua menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak syurga kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment