Showing posts with label Hormon Tak Stabil. Show all posts
Showing posts with label Hormon Tak Stabil. Show all posts

ATASI JERAWAT DAN JERAGAT MUKA DENGAN MUDAH

0
COM

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.




Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.






Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
  • Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
  • Dermal :  jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)

Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.






Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.


2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


3. Melalui Suplemen/Vitamin. Pilihlah yang berasas kejadian alam seperti tumbuhan. Kerana supplemen begini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan bertambah teruk dan mudarat. Jauhi ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.



Untuk memperoleh kesan yang terbaik, pengambilan supplemen yang KONSISTEN selama 90-120hari adalah sangat penting, untuk memastikan sel yang lama , mati dan digantikan dengan sel baru yang lebih sihat dan bermaya. Kulit dan ton warna kulit juga akan kelihatan lebih sekata. 

Untuk kesan yang lebih flawless.... bolehla di ambil bersama COLLAGEN POWDER SHAKLEE!

InsyaAllah, usaha dan istiqamah akan berhasil.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

INGIN HAMIL : JAGA KESIHATAN SPERMA

0
COM

 "Dah lama kawin, tapi kami masih belum dikurniakan cahayamata". 

"Anak sulong dah 5tahun tapi saya masih belum hamil lagi".



Masalah sukar hamil selalunya tertumpu pada kaum wanita sahaja. Persoalannya, tidakkah lelaki juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan anak?

Wahai suami2, sila ambil perhatian ye... Entri kali ini saya ingin kongsikan Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki..

  • Berhenti merokok! Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 
  • Pakai seluar longgar. Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.
  • Kafein. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.
  • Omega 3. Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).






BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA??


  • Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
  • Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya. 



  • Hormon: mengembalikan keseimbangan hormon lelaki, membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna. Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma lelaki.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.




  • Asid lemak sangat penting dalam mengubah sperma untuk kesuburan lelaki. Asid itu bernama Docosahexnoic, biasa disebut DHA, adalah asid lemak omega-3 yang berperanan penting dalam perkembangan mata dan otak. Penelitian telah membuktikan bahawa DHA juga mempengaruhi tingkat kesuburan lelaki.
  • Tanpa DHA, pembentukan membran tidak akan terjadi. Jika vesikel-vesikel tidak bersatu, pembentukan akrosom gagal dan menghentikan pematangan sperma.
  • kekurangan enzim pembentuk DHA boleh menyebabkan masalah kemandulan. Darah dengan kandungan DHA rendah memberi kesan terhadap penurunan kesuburan. Pengambilan makanan atau supplemen yang kaya dengan DHA dapat menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA MENGATASI SENGGUGUT

0
COM
Kebanyakan kaum wanita akan mengalami period cramp atau senggugut ketika menstruasi. Dan ini adalah perkara normal yang berlaku setiap bulan. Bila tiba masanya, mula lah kita tak henti-henti tekan perut, sakit berguling-guling, pening kepala sangat, tak boleh fokus kerja, rasa nak marah jer, mood upside down, nak makan pun malas akhirnya.......spoil the whole day. tak bestkan gitu.

Ada antara kenalan kita yang MC kerja sebab tak tahan dan tak selesa, yang study lagi tu sampaikan terpaksa ponteng kelas atau kuliah. Kalau surirumah pula, mana nak jaga anak lagi, senggugut lagi...aduyaiiii kalau boleh memang kita taknak senggugut tu kan? rasa seksanya hidup...

SHAKLEE GLA COMPLEX insyaAllah boleh bantu kita dari mengalami senggugut.

  • Sebenarnya, senggugut ni terjadi sebab dinding rahim kita yang tegang sehingga berlaku kekejangan pada otot-otot rahim. Dengan pengambilan GLA yang cukup, maka tiadalah lagi kekejangan yang berlaku. Simple.
  • Buat kitaran haid lebih teratur. Ada sesetengah orang, haidnya datang sehari je dalam sebulan. Ada yang 3-4hari je. Ada pula yang sampai istihadah, yakni melebihi 15 hari 15 malam.
Nota : Darah haid biasanya ada berbau hanyir sebab ianya adalah darah, hehe… Kalau darah istihadah, baunya seperti bau keputihan. 
  • juga boleh bantu untuk kesuburan wanita. Maksudnya, boleh membantu wanita untuk mendapatkan anak. 
(Credit to G-Ja)

GLA adalah singkatan daripada Gamma-Linolenic Acid, yang terkandung dalam bunga borage yang sangat cantik.  GLA Complex mengandungi GLA, linoleic acid (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E.

TERINGIN UNTUK HAMIL.. TAPI HORMON TAK STABIL

0
COM
Kalau kita lalui situasi ini, jangan sedih atau putus asa. Tuhan tak suka dengan hambanya yang cepat mengalah. Selagi mampu zahir dan batin, kita kena usaha. Don't stop!

Firstly, wajib pergi jumpa pakar check dulu ada fibroid atau cyst. Kalau ada kena buang dulu lah. Secondly, check kesuburan suami dan isteri. Both kena berikan kerjasama yang maximum. Bila comfirm hormon tak stabil, then kita usahakan pula untuk stabilkan hormon.

PUNCA / Perkara yang boleh membawa kepada masalah Hormon Tak Stabil ialah :
  1. Jenis pekerjaan atau cara kita bekerja boleh memberi kesan kepada pusingan ovulasi yang tak konsisten. Impak besarnya adalah haid yang tak teratur.
  2. Period cramp/ senggugut setiap kali datang bulan.
  3. Kegemukan melampau. Lemak tepu dan tebal itu boleh halang perjalanan darah kotor kita.
  4. Tekanan / stress yang melampau senhingga mengganggu emosi dan sistem peredaran darah.


KESAN daripada Hormon Tak Stabil ialah :
  1. Berat badan naik mendadak.
  2. Daya ingatan lemah.
  3. Kurang tenaga dan cepat letih.
  4. Kulit wajah cepat berkedut, hilang seri dan kusam.
  5. Rambut gugur dan tak bermaya.
  6. Mudah diserang penyakit.




Akhir sekali kita kena usaha, ambil langkah untuk stabilkan hormon....untuk dapatkan zuriat yang soleh dan solehah insyaAllah dengan izinNYA. Supplement Shaklee untuk kesuburan wanita adalah sebagai bantuan bukannya ubat atau magic potion yang boleh beri kita zuriat, tak semestinya makan ni mesti kena pregnant.. tak baik macamtu. Ingat, dengan izin DIA...

Apa yang kita perlukan adalah :

 1.  ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

  • baik untuk hormon - kerana ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • membekalkan tenaga -  Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
  • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

2.   GLA COMPLEX
  • membantu melegakan PMS seperti senggugut.
  • meningkatkan lendir servir yang berkualiti untuk kesuburan.
  • bantu hamil : sebulan sekali wanita akan keluarkan cecair putih di waktu subur, cecair inilah yang membantu sperma untuk hidup dalam tiub folapio selama 5hari,  tapi tak semua cecair yang dihasilkan tu "subur dan bermutu".

3.   VITA-LEA
  • multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan kita. Melengkapkan zat dan nutrient yang tidak cukup untuk memberi kita tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Menguatkan tulang, meningkatkan kadar metabolisma badan dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

# Set ini cukup untuk anda consume selama 3 bulan (seperti yang disarankan oleh Dr. Hamid Arshat iaitu setiap rawatan perlu 3bulan minima). ESP itu anda hanya perlu makan 1 sudu besar dibancuh bersama air minuman anda. GLA dan Vitalea adalah pil, anda boleh makan mengikut arahan.


Selain itu, kita juga haruslah mengamalkan exercise yang cukup dari segi rohani - selalu bersedekah, berselawat, berzikir, mendengar ayat suci Al-Quran dan membaca ilmu ilmiah supaya hati kita lebih tenang dan dijauhi perkara tak elok. Jangan lupa tunaikan solat sunat minta dari DIA Yang Maha Berkuasa. Tuhan kita tidak zalim. Ingat tu....

Kita berusaha, Tuhan yang menentukan.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, ingin tahu harga istimewa, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com