Showing posts with label OmegaGuard. Show all posts
Showing posts with label OmegaGuard. Show all posts

ANAK HIPERAKTIF, MAK BUNTU TIDAK TAHU APA NAK BUAT, AYAH PULA CEPAT STRESS

0
COM

Pertama sekali bagaimana kita tahu anak kita itu hiperaktif? 
Dari kelakuan dia? Perangai dia? 
APA YANG MEMBUATKAN KITA KATA DIA ADALAH ANAK HIPERAKTIF?


Kita kena faham maksud hiperaktif iaitu : kecergasan dan pergerakan yang melampau sehingga sukar untuk dikawal ; samada keadaan atau sifat seseorang. Ini sering berlaku tehadap kanak-kanak.


Okay...yang tak boleh kawal tu kita panggil hiperaktif. 

Sebagai ibubapa jangan terlalu cepat melabelkan anak kita sebagai anak hiperaktif hanya kerana anak kita aktif, riuh sekampung dan kreatif tak bertempat ye. Bagus ada anak aktif ni sebenarnya. Bijak. Ada sahaja akal fikirannya berjalan nak buat apa seterusnya apa dan apa lagi.


Ini adalah antara sikap anak hiperaktif :
  • Degil
  • Suka membantah
  • Suka melanggar peraturan terutama di sekolah
  • Mudah leka dan tidak memberi tumpuan terhadap sesuatu hal
  • Sering kali merasa tidak puas hati
  • Sering tertekan
  • Menghadapi masalah dalam pelajaran dan hubungan sosial
  • Cepat takut dan risau
  • Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

 
Anak hiperaktif berpunca daripada kurang perhatian dan kasih sayang
Secara umumnya, anak hiperaktif di kategorikan kepada tiga tahap :
1. Berkelakuan terlalu aktif
2. Kekurangan tumpuan,
3. Mengikut dorongan hati



Berkelakuan terlalu aktif

Tahap aktiviti motor yang tinggi iaitu sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari tanpa rasa penat, tidak boleh duduk diam dan sentiasa gelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka berlari, memanjat perabot dan tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

Kurang tumpuan

Tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika dan tidak berupaya menghabiskan tugas diberikan atau aktiviti permainan. Biasanya, mereka mudah beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan lain dan sering kali tidak mendengar apabila
orang cuba bercakap dengannya.

Mereka selalunya tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

Mengikut dorongan hati

Tingkah laku impulsif dan memenuhi kehendak diri dengan segera. Biasanya, mereka tidak suka menunggu giliran dalam permainan dan suka mengganggu orang lain. Tindakannya di luar kawalan, cepat berubah melakukan sesuatu dan tidak mengikut arahan.


Perhatian!
Masalah ADHD cenderung berlaku pada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Kekurangan tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka lewat menerima pelajaran dan membantutkan pencapaian pendidikan. Masalah ini kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan pencapaian bidang pelajaran pada peringkat permulaan.



RAWATAN DAN CARA MENGATASI ANAK DARI BERTERUSAN HIPERAKTIF
1.   Cuba rawat perilaku hiperaktif menggunakan kaedah pengurusan emosi yang berkesan, seperti tidak meninggalkannya bersendirian bergaul dengan kanak-kanak lebih muda.Ada kemungkinan dia akan melakukan kekerasan seperti mencederakan kawan dan diri sendiri.Anda juga mungkin boleh beri anak yang hiperaktif untuk makan OMEGAGUARD.

2.   Jauhkan alatan berbahaya dan tajam supaya dia tidak mencederakan dirinya sendiri, tegur dan elak menunjukkan perbuatan kasar kerana kanakkanak hiperaktif mudah meniru pelakuan ibu bapanya.

3.   Ibu bapa perlu tahu bahawa kanak-kanak ini memerlukan perhatian, kasih sayang yang lebih dan jangan merendah-rendahkan dirinya di depan orang lain hingga dia terasa tidak disayangi. Hal ini boleh memburukkan keadaan dan berisiko membuatkan kanak-kanak ini bertindak di luar kawalan.



Jika tidak diubati, berkemungkinan penyakit ini akan berterusan hingga mereka dewasa. Mainkan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa dan lakukan yang terbaik buat anak anda.

CARA MERAWAT SAKIT SENDI YANG BERPANJANGAN

0
COM

Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:


1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
- Merosakkan organ-organ dalaman

2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Kos yang mahal
- Pergerakan anggota badan yang terhad


Namun begitu dengan Shaklee, ketidakselesaan sendi boleh disokong dengan pilihan cara yang lebih sihat, selamat, semulajadi, tidak menyakitkan dan menjimatkan!


Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?

Gabungan 3 suplemen di ini dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak dengan 3 langkah penting:


Langkah 1 - Mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:



1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.








Langkah 2 - Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.


Langkah 3 - Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Didalam Ostematrix terdapat:

1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

2. Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

4. Boron - Membantu dalam metabolisma tulang

5. Mangan, tembaga dan zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.


(credit to : blossomwidad.blogspot.com)



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KEPENTINGAN OMEGA3 UNTUK IBU HAMIL MEMPEROLEH BAYI PINTAR

0
COM
Seperti mana yang kita tahu, perkembangan otak bayi telah pun bermula pada minggu-minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan. Minyak ikan sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Pentingkah minyak ikan ini? 


Antara perkembangan terkini dalam bidang ini, adalah pentingnya omega-3 asid lemak dalam kedua-dua perkembangan bayi yang sihat dan kesihatan ibu. 



Apakah Asid Lemak Omega -3?

Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. 



Mengapa Omega-3 penting?

Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, manakala yang lain tidak boleh dihasilkan pada semua proses. Apa yang lebih berbahaya, ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit. 

Peranan omega-3 dalam menghasilkan prostaglandin memberi banyak bermanfaat. Dan banyak pesakit, apabila mengamalkan suplement yang kaya dengan omega-3, telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik termasuk dapat mencegah penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan peraturan keradangan. Dos yang tinggi dalam pengambilan omega-3 telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood dan kajian terbaru telah mengenalpasti potensi kebaikan omega 3 termasuk untuk merawat kanser, penyakit keradangan usus dan lain-lain penyakit autoimun seperti lupus dan artritis reumatoid. 




Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?

Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya. 



Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan. 



Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?

Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan. 



Apakah yang perlu saya mencari apabila membeli minyak ikan?


1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. 


2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik. Minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. 


3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik. 



Mengapa perlu pilih Omega Guard Shaklee?

1) Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir

2) Omega Guard Shaklee adalah ultratulen dan bergred Farmaseutikal.






Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*



Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*


Jadi.... memang tak boleh dinafikan pengambilan Omega3 oleh ibu hamil sangat lah penting.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

INGIN HAMIL : JAGA KESIHATAN SPERMA

0
COM

 "Dah lama kawin, tapi kami masih belum dikurniakan cahayamata". 

"Anak sulong dah 5tahun tapi saya masih belum hamil lagi".



Masalah sukar hamil selalunya tertumpu pada kaum wanita sahaja. Persoalannya, tidakkah lelaki juga memainkan peranan penting dalam usaha untuk mendapatkan anak?

Wahai suami2, sila ambil perhatian ye... Entri kali ini saya ingin kongsikan Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki..

  • Berhenti merokok! Tahukah anda bahawa bahan2 yang terkandung dalam rokok akan merosakkan kualiti dan kuantiti sperma anda? Dan lebih buruknya lagi, bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok juga terbukti boleh mematikan telur wanita. Jadi jika anda merupakan seorang perokok tegar, jangan salahkan isteri anda, jika tidak hamil lagi. 
  • Pakai seluar longgar. Pemakaian seluar yang longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal, iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan kualiti pengeluaran sperma.
  • Kafein. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa kafein terutamanya kopi mengurangkan kesuburan. Minum satu cawan kopi sehari dah cukup untuk mengurangkan separuh peluang concieve. 
  • Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air sangat penting untuk keseimbangan hormon. Selain itu anda juga memerlukan rehat secukupnya dan hindari stress.
  • Omega 3. Makanan seperti kekacang dan bijian mengandungi lemak asid omega 3 yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dan ianya mempunyai kesan langsung terhadap hormon. Omega 3 merupakan bahan dasar pengeluaran hormon dan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh (antibody).






BAGAIMANA SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ANDA??


  • Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
  • Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya. 



  • Hormon: mengembalikan keseimbangan hormon lelaki, membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna. Meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma lelaki.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. 
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.




  • Asid lemak sangat penting dalam mengubah sperma untuk kesuburan lelaki. Asid itu bernama Docosahexnoic, biasa disebut DHA, adalah asid lemak omega-3 yang berperanan penting dalam perkembangan mata dan otak. Penelitian telah membuktikan bahawa DHA juga mempengaruhi tingkat kesuburan lelaki.
  • Tanpa DHA, pembentukan membran tidak akan terjadi. Jika vesikel-vesikel tidak bersatu, pembentukan akrosom gagal dan menghentikan pematangan sperma.
  • kekurangan enzim pembentuk DHA boleh menyebabkan masalah kemandulan. Darah dengan kandungan DHA rendah memberi kesan terhadap penurunan kesuburan. Pengambilan makanan atau supplemen yang kaya dengan DHA dapat menyelesaikan masalah ketidaksuburan ini.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

ASAS PENGAMBILAN NUTRISI SEIMBANG

0
COM

Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.
Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil. 

Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.


Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut, alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit lain.


Cabaran memenuhi keperluan nutrisi


Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.
Stres

Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semasa memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi


Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen Vitamin
Suplemen vitamin dan mineral menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. 

Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. 
Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:

  • Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin tidak akan memberi kesan yang serupa kepada anda.
  • Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.
  • Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja.
  • Vitamin larut-lemak harus diambil secara berhati-hati kerana pengambilan berlebihan akan disimpan dalam bahagian tubuh yang berlemak dan ini boleh membawa kemudaratan. Vitamin larut-air yang berlebihan biasanya akan dikumuhkan.
  • Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.
  • Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


Asas Pengambilan Suplemen


Suplemen pemakanan mesti diambil secara betul supaya ia tidak dikumuhkan tanpa diserap oleh sistem tubuh anda.


Beberapa panduan untuk memaksimakan manfaat suplemen:
Amalkan:
  • Ambil suplemen anda dengan air pada suhu bilik, bukan dengan air panas atau sejuk.
  • Baca arahan dengan betul sama ada ia patut diambil sebelum atau selepas makan.
  • Dapatkan nasihat berkenaan suplemen terutamanya jika anda seorang vegetarian, kerana anda mungkin kekurangan vitamin dan mineral yang penting.
Elakkan:
  • Minum kopi atau teh 15 minit sebelum mengambil suplemen kerana ia mengganggu penyerapan khasiat.
  • Bergantung semata-mata ke atas suplemen untuk nutrisi - anda masih memerlukan nutrisi mikro yang didapati daripada makanan.
  • Mengambil dos yang berlebihan kerana ia tidak akan mejadikan anda sihat dengan cepat.

OMEGA3 BANTU TURUNKAN TEKANAN DARAH & KOLESTEROL

0
COM


OMEGAGUARD SHAKLEE antara minyak ikan yang terbaik kerana tiada bahan pengawet, pewarna mahupun kandungan tiruan. Semuanya adalah natural ingredients.


*sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.

Jangan lepaskan peluang untuk memperoleh harga promosi bulan Februari dari saya!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!




TIPS UNTUK MEMPEROLEH ANAK SYURGA YANG BIJAK

0
COM

Pemakanan yang seimbang menjadi faktor penting untuk perkembangan otak anak bukan hanya ketika anak masih kecil atau sudah memasuki alam persekolahan sahaja. Malah ketika dalam kandungan dan masih berbentuk janin lagi sudah mempengaruhi perkembangan otak anak dan ketika menyusukan anakjuga perlu dititik beratkan. 



Dr Alan Logan, penulis buku Brain Diet: The Connection Between Nutrition, Mental Health, and Intelligence' mengungkap, " makanan yang diambil ibu saat hamil mempengaruhi perkembangan otak anak."


Berikut adalah unsur-unsur yang penting bagi ibu hamil untuk meningkatkan kesihatan otak bayi dalam kandungan.


1.)Folic Asid

Penelitian menunjukkan mengambil asid folic, boleh membuat janin lebih kuat. Wanita hamil atau yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 500 mcg asid folic iaitu ~ bcomplex shaklee yang mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan termasuk folic.



2.)Sayuran & buah-buahan yg berwarna

Sayuran dan buah berwarna sangat penting untuk wanita hamil. Pengambilan sayuran yang memiliki pigmen warna memiliki pengaruh yang fantastis untuk menjaga suasana hati dan mengatur bahan kimia alam seperti serotonin. Perbanyakkan pengambilan bayam,strawberi, anggur, dan buah atau sayuran yang berwarna cerah.



3.)Mengurus STRESS dgn baik

Wanita yang merancang untuk hamil atau sudah hamil, harus mampu mengatur stress yang dialaminya dengan baik. Stress bererti Anda 'meracuni' janin dengan hormon stress yang boleh memberikan kesan negatif pada perkembangan struktur otak janin. Saat stress atau untuk menghindarinya, ambillah makanan yang sihat untuk ibu dan janin.~ Bcomplex Shaklee juga membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan.



4.)DHA Omega 3


DHA dan omega 3 sangat diperlukan oleh janin untuk perkembangan otaknya. Pengambilan omega 3 terutama pada trimester ketiga kehamilan adalah sangat digalakkan.



Kenapa OmegaGuard Shaklee dikatakan minyak ikan terbaik didunia?

Ini kerana OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal. OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.* 

OmegaGuard Shaklee juga mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.

Jadi ibu-ibu mengandung yang mengambil minyak ikan ini sebagai supplement sepanjang kehamilan, dipercayai bahawa DHA dapat membina otak bayi di dalam kandungan. Bukan sahaja ibu mengandung di galakkan untuk mengambil Omega Guard malahan ibu-ibu yang menyusukan anak juga, kerana ianya dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak.



Ibu mana yang tak nak anaknya bijak kan?





Jadi ibu-ibu boleh dapatkan Shaklee, samada untuk ibu makan mahupun anak , mengikut umur yang sesuai. Khasiat OmegaGurad Shaklee memang tak dapat dinafikan lagi. Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


4 CIRI KESIHATAN OPTIMUM

0
COM

Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya. 

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental. 


1. Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit. 



Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda. 


OPTIMUM HEALTH SET ini mengandungi : 
VITALEA (120 biji) , B COMPLEX (120 biji) , OMEGA GUARD (90 biji) 

*sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.


OPTIMUM HEALTH SET ini  sesuai untuk :
  • semua golongan lelaki mahupun wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh, termasuk lah ibu mengandung, ibu menyusu, wargatua dan pelajar. 
  • individu yang mudah berasa letih, lesu dan tidak bermaya.
  • individu yang stress dan mudah mengantuk.
  • individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.
  • untuk pelajar, bagi meningkatkan fokus, ketajaman minda dan kekuatan ingatan.
  • individu yang sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.



2. Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres. 

3. Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru. 

4. Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan. 

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum. 



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


SAKIT DADA : PUNCA & CARA MENGATASI

1
COM

Secara mudah,punca sakit dada dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

  • kardio-pulmonari (jantung dan paru-paru)
  • bukan kardio-pulmonari (iaitu berpunca daripada otot dada,salur penghadaman etc.)


Sakit dada berpunca daripada masalah kardio-pulmonari adalah lebih serius.
Kegagalan untuk mengenal pasti perkara tersebut boleh mengakibatkan organ jantung gagal berfungsi atau berlakunya kematian mengejut. Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai simptom awal penyakit jantung koronari. Antaranya sakit dada semasa rehat atau ketika menjalankan tugas, riadah atau aktiviti ..ini adalah manifestasi awal.

Ciri sakit dada penyakit jantung koronari termasuk ketat dada, terbakar dada, tekanan dalam dada dan ketidakselesaan yang teramat dan cengkaman kuat didalam dada selama lebih dua minit.

Sakit dada ini dapat dirasai pada bahu, leher, tekak dan tangan. Pesakit mungkin juga berasa susah hendak bernafas, berdebar, pening loya ,muntah dan berpeluh. 




Ia mampu dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan seimbang, pengambilan supplement yang betul, melakukan senaman sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali seminggu, tidak merokok atau mengambil alkohol.

Anda juga boleh mencuba.....
OMEGA GUARD SHAKLEE boleh menbantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi sebelum kena serangan jantung, adalah lebih baik kita berusaha untuk kurangkan risiko nya. Kalau anda atau suami ada tanda-tanda di atas tadi, berhati-hati lah dan ambil langkah sewajarnya.

Untuk info yang lebih detail tentang Shaklee OmegaGuard, sila klik SAYA MAHU TAHU LEBIH LAGI.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.

SHAKLEE : OMEGAGUARD

1
COM

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf, dan fungsi mata yang perlu diperolehi dari makanan.

Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Pengambilan asid lemak Omega-3 seperti AHA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah. Tamabahan lagi, Omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.


Minyak Ikan Terbaik Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi iaitu EPA, ALA, DHA dan lain-lain. EPA menyihatkan jantung dan sendir, sementara DHA pula diperlukan untuk perkembang dan fungsi-fungsi otak. Sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar.


Fakta Nutrisi Setiap Hidangan


Bilangan size Setiap Botol : 90 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 2-4biji sebelum dan selepas makan, 2 kali sehari.

(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.