GALAKKAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK-ANAK

Sebagai ibubapa kita wajib memberikan anak kita makanan yang sihat , bersih dan cukup zat untuk pembesaran otak dan kecerdasan minda anak-anak bertuah kita dunia dan akhirat. Berikut adalah beberapa bahan makanan sihat untuk anak anda lengkap dengan manfaatnya :

Protein
Berikan kacang, telur, susu dan produk tenusu yang lain. Biji-bijian dan kacang bermanfaat bagi meningkatkan kandungan protein untuk si kecil.
 
Kalsium
Untuk menghindari rasa bosan kerana sering minum susu, sayuran berwarna hijau, seperti brokoli, boleh menjadi pilihan. Sayuran ini juga mengandungi kalsium yang sempurna.
 
Vitamin D
Anak-anak sangat memerlukan
 makanan sumber vitamin D. Untuk mendapatkannya, latih anak-anak untuk minum jus buah-buahan, sereal, susu, serta kuning telur.

Zat Besi
Roti dan sereal merupakan pilihan yang tepat untuk meningkatkan zat besi. Buah-buahan kering, sayuran berwarna hijau, susu , tauhu, dan kacangmerupakan sumber zat besi terbaik.

Serat
Untuk mendapatkan nutrisi serat buat tubuh, berikan roti dan biji-bijian dalam menu pemakanan anak-anak.




Jadi ibu bapa perlu memulakan pemakanan sihat di rumah.

Ikuti tips di bawah:

1) Sediakan pelbagai makanan berkhasiat di rumah, dari makanan utama, snek, dessert dan sebagainya.

2) Tunjukkan contoh yang baik & jadi role model kepada anak. Bila ibu bapa suka makanan sihat, anak-anak juga akan teruja untuk menjadi seperti ibu bapanya juga.

3) Jadikan tabiat membaca label makanan di kalangan anak-anak agar mereka menghargai nilai nutrisi.

4) Jika boleh, sediakan bekal untuk anak ke sekolah.

5) Jangan jadikan makanan sebagai upah, hadiah atau hukuman kepada anak. Sangat tak elok.

6) Pilih restoran yang menyediakan makanan sihat jika makan di luar.

7) Galakkan anak minum air masak yang cukup setiap hari.

8) Bicara dengan anak tentang khasiat buah dan sayuran. Buat projek tanam buah/sayur agar mereka lebih menghargai.

9) Selalu berbual dengan anak tentang tubuh yang sihat - tidak obese dan tidak terlalu kurus.

10) Makanan hendaklah halal, bersih dan suci.

Menurut kajian sains juga kebanyakan penyakit adalah berkaitan diet, iaitu pemakanan. Oleh itu jagalah makanan yang masuk ke dalam mulut anak kita.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

No comments:

Post a Comment