4 CIRI KESIHATAN OPTIMUM


Kesihatan optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi, dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya. 

Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi seimbang, iaitu empat perkara penting - pemakanan, senaman, rehat dan sikap mental. 


1. Pemakanan
Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Diet sihat menghasilkan tubuh sihat dan pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit. 



Diet yang sihat dan seimbang mengandungi vitamin, mineral, protein, karbohidrat, lemak, serat dan fitofaktor, adalah penting untuk kesihatan yang baik. Pertimbangkan mengambil suplemen untuk memenuhi semua keperluan pemakanan anda. 


OPTIMUM HEALTH SET ini mengandungi : 
VITALEA (120 biji) , B COMPLEX (120 biji) , OMEGA GUARD (90 biji) 

*sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.


OPTIMUM HEALTH SET ini  sesuai untuk :
  • semua golongan lelaki mahupun wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh, termasuk lah ibu mengandung, ibu menyusu, wargatua dan pelajar. 
  • individu yang mudah berasa letih, lesu dan tidak bermaya.
  • individu yang stress dan mudah mengantuk.
  • individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit.
  • untuk pelajar, bagi meningkatkan fokus, ketajaman minda dan kekuatan ingatan.
  • individu yang sibuk dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.



2. Bersenam
Gaya hidup sekarang lebih banyak duduk, jadi kerap bersenam boleh menawarkan faedah kesihatan dan kecergasan tambahan. Bagaimanapun, anda seharusnya tidak memaksa diri mengikuti rutin senaman sukar yang memaksa tubuh anda sehingga melebihi hadnya. Pepatah no pain, no gain sudah tidak boleh digunakan lagi. Apa yang anda perlukan ialah senaman sederhana yang kerap iaitu 3 hingga 5 kali seminggu, yang turut menyenaraikan kegiatan kardiovaskular, latihan ketahanan atau berat badan dan meregang untuk fleksibiliti, bagi mengekalkan jantung kuat, membina otot dan mengurangkan kesan stres. 

3. Rehat

Ramai tidak mengendahkan hal ini dengan kebanyakan orang mendapat minimum antara 7 hingga 9 jam tidur yang diperlukan untuk orang dewasa. Tanpa rehat yang mencukupi, keupayaan pembelajaran seseorang individu dan daya ingatan boleh terjejas kerana faedah tidur utama ialah untuk memulihkan otak serta menyegarkan tubuh. Ketika tidur, mekanisme pembaikan tubuh anda kembali berfungsi, memperbaharui sel daripada kerosakan dan serangan dipertahankan sepanjang hari supaya apabila anda terjaga, anda bagaikan seorang yang baru. 

4. Sikap Mental

Berapa kali anda ditanya dengan soalan ini, Adakah gelas separuh kosong atau separuh penuh? Ini mungkin kelihatan seperti persoalan remeh tetapi ia adalah gambaran seimbas lalu pemikiran anda dan pandangan anda terhadap kehidupan. Kaitan antara fikiran dan tubuh memainkan peranan penting tentang cara tubuh menangani stres. Sikap mental yang sihat membolehkan anda menangani roda kehidupan yang sering berputar. Bersikap mental yang positif boleh membantu melegakan stres dan menangani kekecewaan dalam kehidupan. 

Secara ringkasnya, walaupun mungkin tiada formula kukuh untuk mencapai kesihatan optimum, anda boleh memilih tabiat gaya hidup yang memperbaiki kesejahteraan anda dan membawa anda mencapai kesihatan optimum. 



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


No comments:

Post a Comment