Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts

BAGAIMANA VITAMIN C PERBAIKI TONA WARNA WAJAH KITA MENJADI LEBIH CANTIK TANPA SOLEKAN

0
COM

BOLEHKAH VITAMIN C PERBAIKI TONA WARNA WAJAH KITA.....???

Jawapannya BOLEH!!! 

Penyebab utama tona kulit wajah tidak sekata adalah disebabkan oleh MELANIN atau pigmen didalam kulit anda tidak ter'sebar' dengan rata. Ia berkemungkinan terjadi kerana parut jerawat, 'hyperpigmentation, dan pelbagai penyebab lagi.  

Punca utama kepada masalah kulit sebenarnya adalah RADIKAL BEBAS. Radikal bebas menyebabkan kerosakan tisu, dan terdedah kepada cahaya matahari, pelbagai pencemaran juga asap rokok jua adalah penyumbang pada kerosakan sel dan tisu tubuh badan kita. 

Semua punca ini akan membuatkan kulit hilang keanjalan, kendur, dan tidak berkemampuan untuk menggantikan sel kulit yg telah mati.



BAGAIMANA?

Vitamin C adalah sejenis ANTIOKSIDA yang akan meneutralkan RADIKAL BEBAS dan mengelak kulit kita daripada teroksida. Kulit yang teroksida dipanggil 'dead skin' akan kekal dilapisan teratas kulit dan menghalang penbentukan sel baru dan menyebabkan kulit kita kelihatan kusam, tidak rata dan tidak bermaya.

Maka pengambilan Vitamin C semulajadi dan bersifat sustained released adalah sangat digalakkan supaya tubuh sentiasa menerima bekalan vitamin C yang berpanjangan. Anda juga boleh menggunakan krim-krim luaran untuk membantu proses pembaharuan kulit secara perlahan.


JADI ADAKAH ANDA SUDAH MENDAPATKAN SATU BOTOL VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE?

Jom dapatkannya sekarang!! 
Of course nak nampak lebih berseri sepanjang masa kan :)
Kita pun jadi lebih yakin dan confident!

credit to : KS3


INGIN KULIT CANTIK, SIHAT DAN AWET MUDA

0
COM



Pakai Sunblock
Ramai wanita yang tidak mengendahkan kegunaan sunblock pada kulit tubuh dan wajah. Padahal sunblock sangat penting untuk melindungi kulit dari bahaya sinar matahari yang menyebabkan kerutan, dan cancer kulit. Gunakanlah sunblock sebelum melakukan aktiviti di pagi hari dengan kandungan minimal SPF 15 setiap hari.

Membersihkan Wajah Sebelum Tidur
Lelah bekerja membuat wanita malas membersihkan make-up dan terus tidur. kadang-kala tertidur di kala "nak rehat jap". Make-up yang dibiarkan semalaman pada kulit boleh menutup lubang pori-pori yang menyebabkan kulit berjerawat. Wajah yang bersih membuat kulit boleh bernafas dan ikut sama "berehat".

Scrub Seminggu Sekali
Eksfoliasi kulit dengan cara scrub atau facial di salon harus lebih rutin dilakukan. Mungkin anda biasanya sebulan sekali kerana tidak sempat ke salon. Jangan menmbiarkan kulit mati lebih lama, lakukanlah eksfoliasi kulit seminggu sekali. Cara mudah adalah dengan membeli scrub khusus wajah yang boleh digunakan sendiri di rumah. 

Mengurangi Menata Rambut dengan Hair Dryer 
Mengeringkan rambut dengan hair dryer menjadi punca utama rambut kering, rosak dan pecah-pecah. Kurangilah menggunakan alat styling yang mengandungi ion panas tersebut untuk menjaga kesihatan rambut. 

Mencuci Peralatan Make-up
Bakteria mudah merebak di peralatan make-up yang kotor. Untuk menjaga kesihatan kulit, rajinlah mencuci peralatan make-up anda seperti brush dan span, setidaknya sebulan sekali. Gunakanlah pencuci yang khusus untuk membersihkan brush kesayangan anda. Selain menghilangkan bakteria, sabun cuci khusus make-up juga menjaga kehalusan bulu.



Persoalannya!
Berapa ramai antara wanita yang ada masa untuk mengamalkan semua yang disarankan di atas.......??? Tepuk dada tanya lah diri sendiri. Nak cantik tapi tiada masa, nak cantik tapi leceh, nak cantik tapi malas.


Disebabkan terlalu banyak "tapi" jadi kita boleh cuba cara mudah dam berkesan TANPA bahan pengawet, tiruan mahupun asid. Semuanya NATURAL INGREDIENTS, Itulah yang terbaik!



Set ini mengandungi :
B COMPLEX (120 biji) + SUSTAINED RELEASE VITA-C (180 biji) + VITA-E COMPLEX (120 biji) dan semestinya SHAKLEE COLLAGEN POWDER (15sachets per box).

  • B-COMPLEX : Membaiki peredaran darah, menstabilkan hormon (terutamanya untuk yang kerap mengalami masalah jerawat) serta meratakan warna kulit. Menampakkan kulit lebih segar dan bermaya.
  • VITAMIN C : Membantu mengekalkan kekenyalan kulit melalui penghasilan kolagen. Memberi tenanga yang optimum kepada kulit supaya lebih tegang dan gebu.
  • VITA-E COMPLEX Melambatkan proses penuaan (kata nak awet muda), mengurangkan kesan parut dan jeragat serta mengawal penghasilan minyak di dalam liang kulit kita.
  • COLLAGEN POWDER : Di ekstrak daripada sisik ikan merah, dapat diserap dengan mudah oleh badan serta membantu kepada peningkatan sintesisi kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. Ia menyokong sepenuhnya kecantikan anda dari dalam ke luaran. Ia terbukti dapat membaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Ia mengurangkan pigmentasi, jerawat dan merawat tona kulit.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

TIPS : CARA YANG BETUL UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

0
COM


Bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan menjadi kesalahan jika ingin mencuba pelbagai supplement/milk booster yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. 

Tetapi pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?

Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya?

Ha, cam tu la badan kita berfungsi... kalau susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat.


CARA TAMBAH SUSU BADAN SUPAYA KITA TAK PANIK ANAK MENANGIS KELAPARAN



Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!'

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu :) oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting.

Sebagai contoh jadual saya, pada awal bulan pertama saya mengepam (sepanjang tempoh 4 bulan ini), saya memulakan frekuensi pengepaman sy hanya sebanyak 5-6 kali sehari sahaja (masa tu takde ilmu lagi) selepas itu saya terus meningkatkan frekuensi sekurang 8-10 kali sehari. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam.

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.



PERINGATAN!
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh! 

UNTUK ANAK SAYA, SAYA SANGGUP!



Anda juga boleh mencuba SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE ini dengan harga yang berpatutan. Ia lengkap dengan sumber protein dan nutrient yang diperlukan oleh ibu menyusu. Ia sebagai supplement semulajadi dalam membantu anda banyakkan susu untuk anak bertuah anda! Kenyang anak bertuah anda... memang bertuah!

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

TIPS : ATASI ANEMIA KETIKA HAMIL

0
COM
Apa Itu Anemia?

Anemia adalah suatu keadaan di mana kadar hemoglobin(hb) yang merupakan salah satu komponen darah, kurang dari paras normal. Jadi, anemia tidak sama dengan darah rendah.



Tanda-tanda Diserang Anemia :
  • Lelah
  • Letih dan lesu
  • Lemah Pucat
  • Kurang konsentrasi
  • Berkunang-kunang
  • Sakit kepala


Anemia boleh menyerang lelaki atau wanita :
  • yang bekerja keras,bertugas di malam hari.
  • mereka yang kurang tidur.
  • dalam proses penyembuhan setelah sakit.
  • wanita hamil / semasa haid.

Untuk Ibu Hamil......


Anemia seringkali menyerang ibu hamil pada trimester pertama (3bulan pertama kehamilan). Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang diperlukan oleh ibu hamil tidak mencukupi. Kekurangan ini boleh menyebabkan pengurangan hemoglobin - pembawa oksigen kepada sel. Si ibu akan kelihatan lesu, pucat dan tidak bermaya.

Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. 


30 Makanan Membantu Tambah Darah jika anda mempunyai Anemia


Makanan Semulajadi


Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin boleh cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Hemoglobin. Ibu disarankan untuk mengambil pemakanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12.


Berikut adalah makanan yang dipercayai membantu proses tambah darah : 
1.            Hati Lembu 
2.            Hati Ayam 
3.            Daging Merah 
4.            Kerang 
5.            Tiram 
6.            Kepah 
7.            Sayur Bayam 
8.            Brokoli 
9.            Tauhu 
10.         Tempe 
11.         Kacang Peas 
12.         Kacang Badam 
13.         Kacang Gajus 
14.         Kuaci Bunga Matahari 
15.         Buah Kurma 
16.         Buah Tin (Aprikot Kering) 
17.         Buah Zaitun 
18.         Kismis 
19.         Buah Prune 
20.         Beras Perang 
21.         Gula Merah (Gula Tebu) 
22.         Ikan Sardin 
23.         Ikan Tongkol 
24.         Telur 
25.         Teh Roiboos 
26.         Susu 
27.         Spirulina 
28.         Bijirin 
29.         Roti Gandum Penuh 
30.         Keju 


Kebiasaannya pesakit anemia atau ibu hamil disarankan mengambil pil vitamin seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Ini kerana pesakit mungkin tidak memperoleh nutrient yang diperlukan dengan kadar yang cukup daripada pemakanan harian.



Supplement Semulajadi



Set ini mengandungi : VITALEA (120 biji) + VITA-C (180 biji) + B-COMPLEX (120 biji)

# sila klik pada produk untuk dapatkan lebih info tentang khasiatnya.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

0
COM
Sumber Vitamin C Semulajadi
Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C dalam melaksanakan tugas harian. Vita-C Plus dengan pelepasan berperingkat dapat membantu untuk menyalurkan vitamin C secara berterusan. Vita-C Plus 500gm yang semulajadi ini mampu melengkap khasiat vitamin C yang diperlukan oleh tubuh. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Vitamin C adalah antioksidan yang kuat. Sustained Release Vita-C ini bermanfaat untuk :
  • Tinggi potensi vitamin C
  • Setiap tablet Sustained Release Vita-C Plus ini mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (500gm)
  • Ujian klinikal telah membuktikan bahawa, vitamin C dalam setiap 2 tablet Sustained release vita-C Plus (yang diambil selang 5jam), mampu bertahan dalam plasma darah kita selama 24jam.
  • Satu formula yang membantu mengekalkan pertahanan antioksidan semulajadi, integriti sel dan kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan saluran darah.

Adakah Anda Tahu.........
  1. 1 batang roko mampu melupuskan 50-100mg vitamin C yang di ambil dalam tubuh si perokok.
  2. Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dalam tubuh.
  3. Pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C dengan banyak.
  4. Terlebih dos vitamin C akan menyebabkan cirit-birit.

Fakta Lain Berkaitan Vitamin C
  1. Haiwan seperti arnab mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri kira-kira 18mg, manakal manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C. Ia hanya boleh diperolehi dari pemakanan.
  2. Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Maka ia akan hilang secara berterusan dari tubuh.
  3. Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin C kepada tubuh.
  4. Kandungan vitamin C paling banyak apabila buah masak ranum, tetapi vitamin C akan hilang apabila terdedah kepada kepanasan.



Fakta Nutrisi Setiap Hidangan









Bilangan size Setiap Botol : 180 biji  dalam 1 botol

Jadual Makan : 
Untuk memelihara kesihatan , 1-2biji  selepas makan, setiap hari.

(credit to MamaIman @ IbuCergas for sharing)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih.