Showing posts with label Set Shaklee untuk Anak. Show all posts
Showing posts with label Set Shaklee untuk Anak. Show all posts
TIPS : HADAPI ANAK DEMAM
Labels:
Keluarga : Meal Shakes,
Nutriferon,
Pemakan Sihat Anak-Anak,
Set Shaklee untuk Anak,
TIPS dan PETUA
·
Bila anak demam, ibu bapa jadi panik. Ada juga yang terpikir... "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"
Pertama kita kena tahu apakah itu demam? Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba-tiba disebabkan oleh tubuh anak kita terdedah pada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".
Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.
Sistem imuniti berbeza-beza pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.
Kerana itulah anak-anak selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.
Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.
Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalau rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jadi indicator kepada penyakit-penyakit lain, seperti:
- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman
Dalam kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam macamana kalau tiba-tiba dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4... Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang mudah. Lebih-lebih lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.
Tips Ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-
1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, basic H (atau asam jawa, atau apa yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak).
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam. Kalau di bawah 38 degree C, boleh beri anak minum air Performance drink.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya (anak yang dah besar je, baby yang menyusu cukup dengan susu ibunya, insya-Allah).
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak. Alternatif, saya beri anak minum Performance Drink.
5- Saya berikan anak saya Nutriferon semasa mereka demam.
6- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
7- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
8- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
9- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
10- Doakan yang baik2... Doa ibu makbul.. Janganlah doa biar sakit anak berpindah pada maknya, nanti maknya sakit, siapa pula nak jaga anaknya... Mintalah supaya anak cepat sembuh dan maknya diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk jaga anak yang sakit tu..
*** Tips ini untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.
-Credit to MommyLyna.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
GALAKKAN PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK-ANAK
Sebagai ibubapa kita wajib memberikan anak kita makanan yang sihat , bersih dan cukup zat untuk pembesaran otak dan kecerdasan minda anak-anak bertuah kita dunia dan akhirat. Berikut adalah beberapa bahan makanan sihat untuk anak anda lengkap dengan manfaatnya :
Protein
Berikan kacang, telur, susu dan produk tenusu yang lain. Biji-bijian dan kacang bermanfaat bagi meningkatkan kandungan protein untuk si kecil.
Kalsium
Untuk menghindari rasa bosan kerana sering minum susu, sayuran berwarna hijau, seperti brokoli, boleh menjadi pilihan. Sayuran ini juga mengandungi kalsium yang sempurna.
Vitamin D
Anak-anak sangat memerlukan makanan sumber vitamin D. Untuk mendapatkannya, latih anak-anak untuk minum jus buah-buahan, sereal, susu, serta kuning telur.
Zat Besi
Roti dan sereal merupakan pilihan yang tepat untuk meningkatkan zat besi. Buah-buahan kering, sayuran berwarna hijau, susu , tauhu, dan kacangmerupakan sumber zat besi terbaik.
Serat
Untuk mendapatkan nutrisi serat buat tubuh, berikan roti dan biji-bijian dalam menu pemakanan anak-anak.
Jadi ibu bapa perlu memulakan pemakanan sihat di rumah.
Ikuti tips di bawah:
1) Sediakan pelbagai makanan berkhasiat di rumah, dari makanan utama, snek, dessert dan sebagainya.
2) Tunjukkan contoh yang baik & jadi role model kepada anak. Bila ibu bapa suka makanan sihat, anak-anak juga akan teruja untuk menjadi seperti ibu bapanya juga.
3) Jadikan tabiat membaca label makanan di kalangan anak-anak agar mereka menghargai nilai nutrisi.
4) Jika boleh, sediakan bekal untuk anak ke sekolah.
5) Jangan jadikan makanan sebagai upah, hadiah atau hukuman kepada anak. Sangat tak elok.
6) Pilih restoran yang menyediakan makanan sihat jika makan di luar.
7) Galakkan anak minum air masak yang cukup setiap hari.
8) Bicara dengan anak tentang khasiat buah dan sayuran. Buat projek tanam buah/sayur agar mereka lebih menghargai.
9) Selalu berbual dengan anak tentang tubuh yang sihat - tidak obese dan tidak terlalu kurus.
10) Makanan hendaklah halal, bersih dan suci.
Menurut kajian sains juga kebanyakan penyakit adalah berkaitan diet, iaitu pemakanan. Oleh itu jagalah makanan yang masuk ke dalam mulut anak kita.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!
ANAK JARANG SAKIT SELEPAS PENGAMBILAN SET SHAKLEE
Ini bukan propa ya tapi ini adalah berdasarkan testimonial mereka yang telah mengamalkan apa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Sekarang kerap sangat baca status kawan-kawan kita di facebook yang bercakap tentang anak sakit, anak demam, batuk dan selsema anak tak sembuh-sembuh. Ada yang mengeluh sebab risau, ada yang mengeluh sebab terpaksa MC demi menjaga anak.... Hakikatnya persekitaran sekarang tengokla macamana. Dah tak sebersih zaman tok nenek kita, pencemaran merata-rata. Pemakanan anak-anak kita sekarang tak macam dulu, hari-hari makan ulam dengan ubi kayu. Sekarang kalau malas masak angkat jer telefon, dial and delivery jer. Taktau makanan tu bersih atau tak. Betul tak?
Semua parents mestilah nak yang terbaik untuk anak. Mana ada parents yang suka anak sakit. Tapi kalau dah sakit nak buat macamana.....
Sounds familiar.......??? Kita biasa dengar macamtu kan, kadang-kadang kita pun cakap macamtu. Memang betul pun kita as parents nak yang terbaik untuk anak-anak kita, tapi tak bolehla cakap kalau dah sakit nak buat macamana. Itu yang tak best tu.
Kalau dah anak kita kerap demam atau pun mudah sangat jatuh sakit , kita seharusnya mula bertindak, ambil langkah untuk mengatasi dari terus berlarutan. Sometimes kita leka dan ambil mudah apa yang anak kita makan. Ingatkan bila dah kenyang semua okay. Hakikatnya kenyang tak bermaksud zat yang diterima oleh anak-anak kita cukup. Buktinya? selalu demam, selsema, batuk, mudah sakit. Tambah pula persekitaran yang tak elok sekarang ni.
Atas kesedaran inginkan yang terbaik untuk anak-anak syurga kita, ramai dah ibubapa yang mula sedar akan kepentingan supplement semulajadi untuk membantu melengkapkan zat yang anak-anak kita perlukan. Kita "beli" kesihatan anak-anak dulu...usaha sikit, belanja sikit untuk masa depan anak-anak syurga kita. Jangan sesekali letak istilah pembaziran sekiranya ianya berkaitan dengan kesihatan anak.
Kita kena tau apa yang anak-anak syurga kita perlukan.
1. VITA-LEA FOR CHILDREN
Dalam iklan television penuh dengan highlights anak-anak perlukan KALSIUM yang cukup untuk :
- membina struktur tulang dan menguatkan tulang
- untuk membina sistem saraf
- mengekalkan gigi dan gusi yang sihat.
2. CHEWABLE VITA-C
Anak-anak syurga kita perlukan vitamin C , terutama anak yang dijaga di taska atau rumah pengasuh yang mempunyai ramai kanak-kanak (di mana jangkitan mudah berlaku) . Vitamin C penting untuk ketahanan sistem imune badan mereka, termasuk lah :
- pembentukan protein dalam badan
- membantu penyembukan luka luaran mahupun dalaman
- meningkatkan penyerapan zat besi
3. MEAL SHAKES
Mealshake adalah pemakanan lengkap, dari vitamin, mineral, protein dan ayat2 al-Quran. Ayat al-Quran? Ya, semasa bancuh Mealshake, kita baca lah apa2 ayat seperti ayat 1000 dinar ke, ayat surah Toha ke, etc :) maka jadilah ia satu hidangan lengkap yang penuh khasiat dan barokah.
- mengembalikan selera makan anak-anak kita
- mengelakkan anak dari terus di serang sembelit
- bantu mengurangkan dan menyembuhkan dari kulit sensitive/eczema
- sesuai untuk anak obese
4. OMEGA GUARD
Kita sedia maklum Omega-3 penting untuk jantung dan sendi. Anak-anak juga sangat memerlukannya kerana ia mengandungi DHA, EPA, ALA dan lain-lain untuk :
- perkembangan dan fungsi otak anak
- memperbaiki masalah alahan seperti eczema dan asma
- mengurangkan demam, broncitis, hepatitis
SO dah khatam tentang apa yang anak-anak syurga kita perlukan untuk terus membesar dengan sihat, cergas dan cerdas...insyaAllah, kita berusaha untuk beri yang terbaik , selebihnya kita doa dan tawakal semoga anak-anak syurga kita terus dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang cemerlang.
Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)






