PANDUAN WANITA HAMIL BERPUASA DI BULAN RAMADHAN


Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 


Apakah HIDANGAN terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Mulakan dengan:
  • 3 biji kurma dan jus (bagus utk menormalkan semula tahap gula yg rendah dlm darah)
  • susu/yogurt rendah lemak
  • sup jernih
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan. 


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

  1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka dan bersahur. 

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Apakah cara terbaik untuk BERBUKA puasa?

  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.


Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
YA! Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 


Hidangan SAHUR YG SIHAT untuk wanita hamil

  • nasi beras perang dan roti bijian
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.



Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?


Hubungi doktor anda jika:

- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

KLIK SINI UNTUK TAU : SET HAMIL SHAKLEE

KLIK SINI UNTUK TAU : JADUAL MAKAN SUPPLEMEN DI BULAN RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK TAU : SET 3GEMS ELAK RASA LAPAR -SESUAI UTK YG HAMIL



Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. 
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

No comments:

Post a Comment