RUAM PANAS DI MUKA ANAK HILANG KEESOKAN HARINYA

1
COM
Anak saya mengalami ruam panas yang teruk sejak di lahirkan. Dan ruam dia ni "on and off". Kesian pun ada sebab dia baby kan, belum pandai nak bagitau apa-apa. Kalau kita yang kena merah-merah kat muka ni, mau serata dunia semua pelusuk kita cari produk nak bagi baik,nak pulihkan biar muka kita cantik kembali...kan?

Jadi untuk anak saya, sejak hari ke-3 dilahirkan saya sapu herbal blend cream ni. Saya berani sapu sebab cream ni (1) tak panas. (2) berangin,menthol kan . (3) tiada bahan kimia.  (4) sebab murah.

Selain tu saya mandikan dia guna mandian jenama cetaphil.

Alhamdulillah cream ni memang the best setakat ini. Dan saya memang pastikan lepas mandikan dia tiap-tiap pagi dan petang saya sapu pada muka, leher dan badan anak saya. Sebagai bonus, saya perasan kulit badan dia pun lembut dan tak kering. Puas hati.


Sebelum nak rekomen pada oranglain harus lah kita guna dulu kan. Ada hasil, puashati baru boleh rekomen. 
Tak gitu?


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA BERSIHKAN MUKA MENGGUNAKAN TOMATO

0
COM
Siapa pernah guna tomato sebagai pencuci muka?

Teringat zaman kerja dulu, seorang yang saya tak kenal tapi kerap jumpa di surau ofis, sebelum ambil wudhu dia akan tenyeh muka dengan buah tomato. Dalam hati wahhhh menarik. Tapi jenuh la nak beli buah tomato kannn.... Muka dia memang bersih, gebu and natural beauty. Lepas solat, dia pakai bedak talcum pureen je then keluar. Macamtu je.

So, siapa nak try? Ada buah tomato kat rumah? Kalau ada, sekejap lagi boleh terus buat :)


Cara-caranya ialah :

1. Belah buah tomato tu kepada 2 bahagian. Kalau rajin lenyek-lenyek kan ia dalam mangkuk. Kalau kurang rajin tak payah lenyek. 

2. Letak sikit gula di tomato tu, nak lagi best letak madu.

3. Gosok-gosokkan kat muka kita... gosok la lama sikit kat bahagian dahi, hidung and dagu.

4. Bilas... dan lap.




FRESH! 
Terus rasa cantik dan berseri padahal baru sekali je buat. Mind set je tu..over yakin.
Buat la banyak kali, baru nampak hasil yang puas hati lagi terbaik.

Jom try!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA NUTRIWHITE SHAKLEE

2
COM


Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan



Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50ml)

  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

Testimonials 1

Testimonial 2


keratan akhbar tentang Nutriwhite Shaklee


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PENGALAMAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

0
COM
Persoalan yang tiada kesudahan...
Macamana nak berpantang untuk mereka yang bersalin ceaser? 
Sakit tak ceaserian?
Mesti leceh nak berpantang,kena jaga luka

Jawapan untuk persoalan semua di atas : SAMA JE DENGAN NORMAL DELIVERY

Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan atau ceaserian memang kena jaga luka jahitan (ceaserian) supaya sentiasa kering dan tidak bernanah kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu jaga dari segi pemakanan, elakkan pemakanan yang menyebabkan gatal seperti telur, nanti tempat jahit tu gatal kan susah. Dari segi aktiviti harian, jangan angkat benda berat. Itu saja... 

tiada beza kan dengan mereka yang bersalin normal? Jadi jangan lah risau sangat dek non....

Menu berpantang saya : kalau nak resepi boleh email saya atau whatsapp saya k!


makanan berpantang saya mudah and simple. semua ibu dalam pantang boleh makan ni. samada bersalin normal atau ceaserian , pembedahan biasa utk semua orang pun sesuai makan mcmni, kerana tak gatal.

gambar tengah : kerabu pegaga. Pegaga elok untuk banyakkan susu
gambar kiri bawah : Grill salmon + steam cauliflower


Selepas mandi ...saya mandi macam biasa ...selepas mandi guna hairdryer untuk keringkan tempat jahitan. Sekiranya guna standfan boleh menyebabkan habuk kipas terbang dan mungkin boleh jangkitan kuman pada jahitan. Kalau merah dan bernanah cepat2 la pergi hospital ya, jangan takut.

Untuk luaran pula, selepas mandi saya suka lumurkan minyak herbal pada kaki sebelum pakai stokin. 

Untuk set berpantang, saya makan set berpantang Shaklee, iaitu : 
ESP + Alfalfa + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

Saya pilih shaklee of course sebab taknak chemicals. Yang ke-2 kerana tak suka perkara remeh temeh, set berpantang Shaklee ni saya hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan saya perlukan. Kawan-kawan yang datang melawat semua kata tak nampak macam dalam pantang pun, sihat dan berseri. Alhamdulillah,amiin.

Jujur dari hati memang saya suggest sangat ibu berpantang amalkan set shaklee ini.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA MERAWAT SAKIT SENDI YANG BERPANJANGAN

0
COM

Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:


1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
- Merosakkan organ-organ dalaman

2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Kos yang mahal
- Pergerakan anggota badan yang terhad


Namun begitu dengan Shaklee, ketidakselesaan sendi boleh disokong dengan pilihan cara yang lebih sihat, selamat, semulajadi, tidak menyakitkan dan menjimatkan!


Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?

Gabungan 3 suplemen di ini dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak dengan 3 langkah penting:


Langkah 1 - Mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:



1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.








Langkah 2 - Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.


Langkah 3 - Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Didalam Ostematrix terdapat:

1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

2. Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

4. Boron - Membantu dalam metabolisma tulang

5. Mangan, tembaga dan zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.


(credit to : blossomwidad.blogspot.com)



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

ATASI MASALAH ANAK SUSAH MAKAN DENGAN MEALSHAKE

0
COM
Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.


Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.



Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.



Supplemen untuk Menambahkan Selera Anak untuk Makan :








credit to : mama2r for testimonials

PILIHLAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK SYURGA KITA.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PANDUAN WANITA HAMIL BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

0
COM

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 


Apakah HIDANGAN terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Mulakan dengan:
  • 3 biji kurma dan jus (bagus utk menormalkan semula tahap gula yg rendah dlm darah)
  • susu/yogurt rendah lemak
  • sup jernih
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan. 


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

  1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka dan bersahur. 

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Apakah cara terbaik untuk BERBUKA puasa?

  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.


Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
YA! Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 


Hidangan SAHUR YG SIHAT untuk wanita hamil

  • nasi beras perang dan roti bijian
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.



Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?


Hubungi doktor anda jika:

- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

KLIK SINI UNTUK TAU : SET HAMIL SHAKLEE

KLIK SINI UNTUK TAU : JADUAL MAKAN SUPPLEMEN DI BULAN RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK TAU : SET 3GEMS ELAK RASA LAPAR -SESUAI UTK YG HAMIL



Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. 
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!