BENGKAK SUSU SAMPAI DEMAM, APA PERLU SAYA BUAT?


Nama lain untuk bengkak susu adalah SALURAN SUSU TERSUMBAT.Saluran susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat.

Pembengkakan berlaku kerana penahanan susu dalam alveoli iaitu tempat susu disimpan. Alveoli akan mengembang hingga menghalang sistem limfa dan saluran darah. Selain itu, ia akan menyebabkan pengumpulan darah dalam saluran darah pada payudara. Payudara akan terus membengkak, keras dan sakit. Pembengkakan tanpa rawatan akan menyebabkan rasa sakit kerana saluran tersumbat dan mastitis. 


Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi

Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.



Bagaimana caranya untuk mengatasi bengkak susu?

Step 1 :
Bersihkan niple dari sebarang punca tersumbat. Pastikan tiada liang/lubang susu yg tertutup. Kita boleh perhatikan mungkin ada sesuatu berwarna putih di liang susu. Gunakan kapas lembut untuk membersihkannya.

Step 2 :
Tuam breast dengan menggunakan towel yang membalut ais. Suhu sejuk diperlukan untuk membuka liang susu yang tersumbat.

Step 3 :
Urut secara perlahan breast terutama sekali jika anda perasan ada benjolan dimana-mana. Urut secara bulatan dan urut menghala ke arah niple sehingga susu terkeluar. Bila breast sudah agak lembut, boleh minta bayi anda menyusu atau gunakan breastpump utk mengeluarkan susu.

Step 4 :
Kemudian tuam breast dengan menggunakan towel panas. Suhu panas diperlukan untuk menggalakkan susu yang tersumbat itu keluar dengan lancar.

Step 5 :
Makan 4 biji Lecithin dan berehat...15minit kemudian ulang step 2 dan seterusnya ya.


InsyaAllah, doa banyak-banyak, tenang dan sabar. Nak beri yang terbaik kepada anak syurga kita memang banyak dugaannya. Diri kita kena kuat. Jangan cepat bersedih.


TIPS HANGAT DARI SAYA

Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehariuntuk membantu melegakan susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct

  • KUATKAN IMUNISASI TUBUH
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti Garlic, Nutriferon dan Performance Drink.


Sila berjumpa Doktor jika simptom bengkak masih tidak dapat diatasi. Doktor akan memberikan antibiotik yang sesuai kepada anda. 


Selain itu... LECITHIN juga membantu dalam menurunkan berat badan. 

Apa kata ibu anak 3 ini... lose 20kg selepas bersalin!






No comments:

Post a Comment