BERPANTANG SELEPAS CEASERIAN BUKAN SUSAH

Sebenarnya bersalin ceaserian bukan lah sesuatu yang mengerikan. Tapi kalau awal2 lagi kita set mind kata "aku taknak bersalin ceaser, aku nak normal" haaa...tu yang jadi down dan rasa semuanya susah. Sebab tak redha namanya. Sepatutnya kita kena redha dan berserah. Ada sebab kenapa Allah SWT jadikan kita bersalin secara ceaserian.

Kat sini saya nak share pengalaman saya sendiri : bersalin ceaserian anak pertama kerana baby dah lemas, so kena cepat2 keluarkan baby saya.

of course doc akan bius kita, saya dulu doc bius separuh jer. 3kali inject kat tulang belakang. Sakit sikit tapi boleh tahan, takde lah sampai keluar air mata. Jadi sepanjang pembedahan berlaku saya memang sedar dan dengar semuanya lah. Ok je....takde apa yang nak di seriau kan.


KE TOILET SELEPAS DI BEDAH
Hari ke-2 doc akan suruh bangun, turun dari katil dan bersihkan diri. Masa 1st time nak buang air kecil rasa "berat", seolah2 ada benda besar dalam perut kita. Nak paksa keluar rasa takut, takut sakit, takut apa2 jadi.... sebenarnya, jangan takut. teran dan buang je. Sebenarnya itu adalah ketulan darah2 kotor dalam tubuh kita. Percayalah cakap saya, lepas ketulan darah tu keluar, kita rasa "sihat". Keluar toilet jalan tak bongkok. Lupa diri ni baru lepas operate.


Bermula sessi berpantang di rumah.......

Macamana saya uruskan aktiviti berpantang , time makan , time menyusu , time saya rehat dan tidur serta time untuk berurut.


PENJAGAAN LUKA JAHITAN -penting sangat ni tapi tak susah. 

  • 1stly, saya cadangkan ibu yang bersalin ceaser pakai grandma panties, yang besar tu size nenek2. Selesa dan tak kena tempat jahitan. Pakai maternity pad pun boleh, pakai normal pad pun boleh. Bahagian sulit kita tak terjejas so no worries ya.
  • Cuci alat sulit macam biasa kita period, supaya takde bau hanyir darah nifas.
  • Lepas mandi keringkan tempat jahitan tu guna hairdryer. Jangan guna towel atau tisu, takut bulu2 towel tu melekat celahan jahitan. Keringkan betul2 supaya tak bernanah.


PEMAKANAN - elak drpd makan benda yg gatal seperti seafood.


  • seminggu pertama....saya elak makan ayam. sebab takut gatal. Bermula hari ke-10 gitu baru saya start makan ayam.
  • kebanyakan menu pantang saya berunsurkan sup sayur, salad dan grill, dan wajib tabur blackpepper sikit. Ulam pegaga boleh dikatan everyday sebab bantu banyakkan susu kata orang.
  • saya amalkan set berpantang Shaklee. sebab saya tak suka jamu.

waktu makan : breakfast @ 8am , tea-break @ 10am , lunch @ 12.30pm , tea-break @ 3.30pm , dinner @ 7pm , tea-break @ 10pm ...before tidur saya layan air milo panas.

lauk pantang :
Simple dan Berkhasiat.



WAKTU UNTUK MENYUSU ANAK BERTUAH SAYA - setiap 2 jam 
  • bermula 6.30am , consistent saya akan susukan baby saya for every 2hours. 1st sbb nak elak jaundis, 2nd sebab nak dia cepat besar...okla kan. masa dalam pantang kalau baby tidur pun,saya akan kejutkan dia utk menyusu.
  • waktu malam saya akan menyusu bila baby terjaga. tapi saya tetap bangun every 2hours untuk pam. kalau tak pam jawabnya bengkak susu.
  • saya amalkan setiap kali lepas menyusu, saya akan pam dan kosongkan breast. baru tenang hidupku. hasil pam tu simpan lah sbg stok. 
  • dan kalau perasan, waktu menyusu adalah selepas waktu saya makan. so baby pun akan dapat fresh nutrient dari mommy. kita pun tak rasa penat sbb menyusu lepas makan.


WAKTU BEREHAT SAYA - selepas menyusu, rehat lah
  • ya, lepas menyusu of course baby akan lena kan. So masa tu lah saya rehat, tonton tv ataupun tidur. Dalam pantang kita kena banyakkan rest. Kata orang, masa baby tidur ibu tidur. Masa baby jaga ibu jaga.
  • Kiranya kita ikut time baby...percaya lah memang berkesan. tak penat dan tak mengantuk.
  • Ada yang komen saya tak penat sebab makan Shaklee yg saya makan tu. Saya boleh tidur ikut time baby dan tak stress sebab Shaklee. Kalau betul alhamdulillah....


WAKTU BERURUT & BERBENGKUNG - saya start hari ke-15 pantang
  • Walaupun start hari ke-15, tapi dari awal saya dah amalkan sapu minyak panas, pakai socks, ikat rambut dan bertungku dari kaki ke bawah. Bertungku ni minta husband tolong sbb kita susah nak buat sendiri.
  • Saya berurut 4x seminggu selama 2minggu. Saya pakai bengkung zigzag tu, tapi part perut tak ikat ketat la. Saya sebenarnya takut2 nak berbengkung, takut tempat jahitan lembap/sakit. 
  • Lepas 6bln baru saya amalkan pakai korset secara paksa diri.


Kesimpulannya di sini,
Tak susah kan..... bangun pagi, makan dan susukan baby. Bermula hari ke-15 lepas susukan baby sessi mengurut. Tengahari lepas lunch, susukan baby dan rest. time ni paling best tidur :) Lepas 2jam bangun lah, jangan tidur lama2 nanti sembab muka. Aktiviti petang selain susukan baby, adalah masa utk layan diri. Lepas makan malam, susukan baby, layan tv.... Malam harus bangun every 2hours utk kosongkan breast, samada menyusu/pam.

Dalam pantang kerja kita : makan - susukan baby - rehat. itu jer... seronok kan :)

Saya harap perkongsian saya ni dapat membantu ibu2 semua bersedia dan berpantang dengan cara mudah dan berkesan. Tak stress, tak penat dan tak sakit2 badan. Yang penting amalkan cara berpantang dengan betul. Makan apa yang betul, rehat dengan cara yang betul dan pengurusan masa yang baik, baru lah hidup kita tak haru-biru.......

SELAMAT BERPANTANG!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

No comments:

Post a Comment