BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? BERKESAN TAK?

0
COM
BETUL KE ALFALFA SESUAI UNTUK WANITA YANG ADA MASALAH KEPUTIHAN? 
Sejauh mana kebenaran ini....


Okay, mula-mula sekali kita kena tau Alfalfa ni apa. 
Jangan main beli je ikut orang cakap tapi taktau apa. 
Bahaya tu. Sekarang ni ada macam-macam kes. 



Ok...Apa itu Alfalfa?
Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang bertindak seperti pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya  sedalam 6 meter ke bawah tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral dari mendapan tanah. Terbaik dari ladang ni! 

Inilah daun pohon Alfalfa

Alfalfa Shaklee ni apa?

Ini lah ALFALFA COMPLEX keluaran Shaklee.

Nampak tak kat botol tu "Nutrients & Chlorophyll" ---- sebab alfalfa shaklee ni masih mengekalkan zat tumbuhan alfalfa itu sendiri. 

Kebaikan tumbuhan alfalfa ini sendiri adalah untuk kesihatan dalaman wanita dan hormon...maksudnya kebaikannya ala2 jamu gitu tapi tak sama dengan jamu. 





Okay... sekarang ni sebenarnya kenapa kita alami keputihan pada alat sulit?
Salahsatu punca keputihan adalah keadaan hormon kita. Keputihan yang cair mahupun likat dan berketul, itu bergantung kepada proses ovulasi kita. Faktanya, keputihan akan keluar cair ketika tempoh ovulasi dan bertambah likat bila dah nak dekat sampai waktu haid.

Jadi....Alfalfa Shaklee membantu menstabilkan hormon kewanitaan kita. Khasiat tumbuhan alfalfa ini yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh badan kita sebenarnya membantu menyihatkan sel-sel badan dan ovum kita. Apabila dalaman kita sihat, tiub follapio dan uterus, hormon kita menjadi lebih stabil. Ovum kita pun lebih sihat dan aktif. Dan ini yang membantu mengurangkan keputihan yang biasa dialami oleh kaum wanita.

Ini antara testimonial consumer yang gembira dan puashati dengan pengambilan Alfalfa Shaklee untuk merawat masalah keputihan mereka. Alhamdulillah. 





Selain untuk keputihan... Alfalfa Shaklee juga mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu mengatasi masalah kesihatan lain. InsyaAllah kita hanya berusaha selebihnya DIA yang uruskan


PENGALAMAN SAYA BERPANTANG SELEPAS BERSALIN SECARA CEASERIAN - APA LAUK BERPANTANG SAYA?

0
COM

Macamana nak berpantang untuk mereka yang bersalin ceaser? 
Sakit tak ceaserian?
Mesti leceh nak berpantang,kena jaga luka lagi, jaga anak lagi

Jawapan untuk persoalan semua di atas : SAMA JE DENGAN NORMAL DELIVERY

Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan atau ceaserian memang kena jaga luka jahitan (ceaserian) supaya sentiasa kering dan tidak bernanah kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu jaga dari segi pemakanan, elakkan pemakanan yang menyebabkan gatal seperti telur, nanti tempat jahit tu gatal kan susah. Dari segi aktiviti harian, jangan angkat benda berat. Itu saja... 

tiada beza kan dengan mereka yang bersalin normal? Jadi jangan lah risau sangat dek non....

Menu berpantang saya : kalau nak resepi boleh email saya atau whatsapp saya k!



makanan berpantang saya mudah and simple. semua ibu dalam pantang boleh makan ni. samada bersalin normal atau ceaserian , pembedahan biasa utk semua orang pun sesuai makan mcmni, kerana tak gatal.

gambar tengah : kerabu pegaga. Pegaga elok untuk banyakkan susu
gambar kiri bawah : Grill salmon + steam cauliflower


Selepas mandi ...saya mandi macam biasa ...selepas mandi guna hairdryer untuk keringkan tempat jahitan. Sekiranya guna standfan boleh menyebabkan habuk kipas terbang dan mungkin boleh jangkitan kuman pada jahitan. Kalau merah dan bernanah cepat2 la pergi hospital ya, jangan takut.

Untuk luaran pula, selepas mandi saya suka lumurkan minyak herbal pada kaki sebelum pakai stokin. 

Untuk set berpantang, saya makan set berpantang Shaklee, iaitu : 
ESP + Alfalfa + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

Saya pilih shaklee of course sebab taknak chemicals. Yang ke-2 kerana tak suka perkara remeh temeh, set berpantang Shaklee ni saya hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan saya perlukan. Kawan-kawan yang datang melawat semua kata tak nampak macam dalam pantang pun, sihat dan berseri. Alhamdulillah,amiin.

Jujur dari hati memang saya suggest sangat ibu berpantang amalkan set shaklee ini.


SETIAPKALI HAID MESTI KENA SENGGUGUT. APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK DARI SENGGUGUT BERTERUSAN

0
COM
Perut tak selesa setiapkali haid, bagi kaum wanita ini semua sesuatu yang harus ditempuhi setiap bulan. Selesa tak selesa tugas seharian kena buat juga tau.... Tapi ini kira okay lagi. 

Yang lebih kesian kalau setiapkali haid kena senggugut. Kesian tengok sebab bila sakit tu sampai merengkok-rengkok badan tahan kesakitan, ada yang MC kerja sebab tak mampu nak berjalan. Saya pernah tengok kawan pakai tali pinggang kat perut, habis lubang tali pinggang tu dia guna, salahsatu cara dia nak tekan perut agaknya, nak bagi kurang rasa sakit tu. huhuuu.....

Sebenarnya untuk pengetahuan semua,
Senggugut ni sebenarnya disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus, itu yang membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 



APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK SENGGUGUT BERTERUSAN?


Senang jer, JANGAN MAKAN PANADOL/PARACETAMOL/PIL TAHAN SAKIT. Sebab apa? sebab ni semua sementara, bukan menghilangkan senggugut untuk selama2nya tapi untuk memberi kelegaan beberapa jam awak telan pil tu saja. Petang ni sakit, makan pil lagi. Next month sakit , makan pil lagi....Sudahnya, lama2 buah pinggang pun boleh rosak.


Atasi masalah senggugut dengan cara yang betul iaitu : 

  • Amalkan pemakanan yang cukup protein, karbohidrat, kalsium dan nutrient penting untuk tubuh!
  • Makan supplemen semulajadi yang boleh memberi and cukup kalsium,magnesium, terutaman untuk melindungi sistem saraf dan otot bagi mengelak daripada masalah cramp.
  • Beri badan anda kehidupan yang sihat dan bertenaga.






APA KESAN JANGKA PENDEK/JANGKA PANJANG JIKA SENGGUGUT NI DIBIARKAN DAN TIDAK DIATASI?

Senggugut boleh menjadi salah satu punca kepada CYST, susah untuk mendapatkan zuriat, sakit sendi dan otot yang akhirnya beri kesan kepada saraf tunjang serta boleh mengganggu peredaran darah berlaku dengan lancar.



Apa yang perlu.... dalam kita merawat sakit senggugut setiapkali haid ni, perlu ingat juga haid dan senggugut adalah sesuatu yang berkaitan hormon dan keadaan uterus kita. orang kata "nak pakai lama"..... jadi seharusnya kita merawat dengan cara yang selamat. Jangan sesekali merosakkan dalaman kita dengan membiarkan ia begitu sahaja.