KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK PEMBESARAN SIHAT BAYI

0
COM
Ramai ibu tahu dan dah jelas tentang kebaikan susu ibu namun begitu, tak dinafikan ramai juga yang tak berjaya meneruskan sesi penyusuan ini. Kenapa? 

Selalu kita dengar...... susu badan sikit,tak cukup,baby tak kenyang

Antara faktor lain adalah kesibukan, setelah habis berpantang, ramai yang menghentikan aktiviti penyusuan badan. Dah tak directfeed. Dah jarang pam,lama kelamaan memanglah susu kering.

Mungkin selepas membaca kebaikan susu ibu ni lepas ni kita sama-sama pasang niat nak susukan anak syurga kita until dia 2tahun ok.



Cuba bandingkan khasiat susu formula dengan susu ibu....



Khasiat susu ibu sepatutnya takperlu dipertikaikan.yang penting JANGAN MALAS.




Kalau susu kurang carilah alternative....

Anda mungkin berminat untuk baca TIPS :CARA YANG BETUL UNTUK PERBANYAKKAN SUSU BADAN



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : 012-2103244...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

RUAM PANAS DI MUKA ANAK HILANG KEESOKAN HARINYA

1
COM
Anak saya mengalami ruam panas yang teruk sejak di lahirkan. Dan ruam dia ni "on and off". Kesian pun ada sebab dia baby kan, belum pandai nak bagitau apa-apa. Kalau kita yang kena merah-merah kat muka ni, mau serata dunia semua pelusuk kita cari produk nak bagi baik,nak pulihkan biar muka kita cantik kembali...kan?

Jadi untuk anak saya, sejak hari ke-3 dilahirkan saya sapu herbal blend cream ni. Saya berani sapu sebab cream ni (1) tak panas. (2) berangin,menthol kan . (3) tiada bahan kimia.  (4) sebab murah.

Selain tu saya mandikan dia guna mandian jenama cetaphil.

Alhamdulillah cream ni memang the best setakat ini. Dan saya memang pastikan lepas mandikan dia tiap-tiap pagi dan petang saya sapu pada muka, leher dan badan anak saya. Sebagai bonus, saya perasan kulit badan dia pun lembut dan tak kering. Puas hati.


Sebelum nak rekomen pada oranglain harus lah kita guna dulu kan. Ada hasil, puashati baru boleh rekomen. 
Tak gitu?


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA BERSIHKAN MUKA MENGGUNAKAN TOMATO

0
COM
Siapa pernah guna tomato sebagai pencuci muka?

Teringat zaman kerja dulu, seorang yang saya tak kenal tapi kerap jumpa di surau ofis, sebelum ambil wudhu dia akan tenyeh muka dengan buah tomato. Dalam hati wahhhh menarik. Tapi jenuh la nak beli buah tomato kannn.... Muka dia memang bersih, gebu and natural beauty. Lepas solat, dia pakai bedak talcum pureen je then keluar. Macamtu je.

So, siapa nak try? Ada buah tomato kat rumah? Kalau ada, sekejap lagi boleh terus buat :)


Cara-caranya ialah :

1. Belah buah tomato tu kepada 2 bahagian. Kalau rajin lenyek-lenyek kan ia dalam mangkuk. Kalau kurang rajin tak payah lenyek. 

2. Letak sikit gula di tomato tu, nak lagi best letak madu.

3. Gosok-gosokkan kat muka kita... gosok la lama sikit kat bahagian dahi, hidung and dagu.

4. Bilas... dan lap.




FRESH! 
Terus rasa cantik dan berseri padahal baru sekali je buat. Mind set je tu..over yakin.
Buat la banyak kali, baru nampak hasil yang puas hati lagi terbaik.

Jom try!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA NUTRIWHITE SHAKLEE

2
COM


Gentle Deep Foaming Cleanser (150ml)

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
  • Lembut dan menyegarkan



Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (50ml)

  • Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
  • Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
  • Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
  • Kudzu menegangkan dan mencerahkan
  • Marshmallow melembapkan
  • Ianya sangat berkesan

Testimonials 1

Testimonial 2


keratan akhbar tentang Nutriwhite Shaklee


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PENGALAMAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

0
COM
Persoalan yang tiada kesudahan...
Macamana nak berpantang untuk mereka yang bersalin ceaser? 
Sakit tak ceaserian?
Mesti leceh nak berpantang,kena jaga luka

Jawapan untuk persoalan semua di atas : SAMA JE DENGAN NORMAL DELIVERY

Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan atau ceaserian memang kena jaga luka jahitan (ceaserian) supaya sentiasa kering dan tidak bernanah kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman. Selain itu jaga dari segi pemakanan, elakkan pemakanan yang menyebabkan gatal seperti telur, nanti tempat jahit tu gatal kan susah. Dari segi aktiviti harian, jangan angkat benda berat. Itu saja... 

tiada beza kan dengan mereka yang bersalin normal? Jadi jangan lah risau sangat dek non....

Menu berpantang saya : kalau nak resepi boleh email saya atau whatsapp saya k!


makanan berpantang saya mudah and simple. semua ibu dalam pantang boleh makan ni. samada bersalin normal atau ceaserian , pembedahan biasa utk semua orang pun sesuai makan mcmni, kerana tak gatal.

gambar tengah : kerabu pegaga. Pegaga elok untuk banyakkan susu
gambar kiri bawah : Grill salmon + steam cauliflower


Selepas mandi ...saya mandi macam biasa ...selepas mandi guna hairdryer untuk keringkan tempat jahitan. Sekiranya guna standfan boleh menyebabkan habuk kipas terbang dan mungkin boleh jangkitan kuman pada jahitan. Kalau merah dan bernanah cepat2 la pergi hospital ya, jangan takut.

Untuk luaran pula, selepas mandi saya suka lumurkan minyak herbal pada kaki sebelum pakai stokin. 

Untuk set berpantang, saya makan set berpantang Shaklee, iaitu : 
ESP + Alfalfa + B Complex + Ostematrix + Zinc + Vitamin C + Vitalea

Saya pilih shaklee of course sebab taknak chemicals. Yang ke-2 kerana tak suka perkara remeh temeh, set berpantang Shaklee ni saya hanya perlu telan je. Dan yang paling penting rasa sihat dan tak penat selepas makan Shaklee, kerana kandungan setiap vitamin itu melengkapkan khasiat yang badan saya perlukan. Kawan-kawan yang datang melawat semua kata tak nampak macam dalam pantang pun, sihat dan berseri. Alhamdulillah,amiin.

Jujur dari hati memang saya suggest sangat ibu berpantang amalkan set shaklee ini.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CARA MERAWAT SAKIT SENDI YANG BERPANJANGAN

0
COM

Terdapat beberapa cara untuk melegakan sakit sendi. Antaranya ialah:


1. Menggunakan ubat atau suntikan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Melegakan keradangan dan kesakitan sementara waktu sahaja
- Merosakkan organ-organ dalaman

2. Melalui pembedahan. Tetapi kekurangan kaedah ini ialah:
- Kos yang mahal
- Pergerakan anggota badan yang terhad


Namun begitu dengan Shaklee, ketidakselesaan sendi boleh disokong dengan pilihan cara yang lebih sihat, selamat, semulajadi, tidak menyakitkan dan menjimatkan!


Nutrien Untuk Sendi Yang Sihat

Apakah Faedah Setiap Suplemen Terhadap Kesihatan Sendi?

Gabungan 3 suplemen di ini dapat memelihara sendi yang kuat, fleksibel dan bebas bergerak dengan 3 langkah penting:


Langkah 1 - Mengekalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara iaitu:



1. Menyokong keselesaan sendi.

2. Meningkatkan kesan kusyen.

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat.








Langkah 2 - Mengurangkan inflamasi sendi dengan OmegaGuard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. Ini kerana omega 3 dapat membantu:

1. Melambatkan degradasi tulang rawan

2. Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi dan seterusnya mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi

3. Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan untuk lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut dan sakit.


Langkah 3 - Mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Sementara magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup pengambilan magnesium.

Didalam Ostematrix terdapat:

1. Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap

2. Magnesium (400mg) - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya

3. Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium

4. Boron - Membantu dalam metabolisma tulang

5. Mangan, tembaga dan zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja menguatkan tulang tetapi membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.


(credit to : blossomwidad.blogspot.com)



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

ATASI MASALAH ANAK SUSAH MAKAN DENGAN MEALSHAKE

0
COM
Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?
♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.


Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.



Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :
♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.



Supplemen untuk Menambahkan Selera Anak untuk Makan :








credit to : mama2r for testimonials

PILIHLAH YANG TERBAIK UNTUK ANAK SYURGA KITA.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PANDUAN WANITA HAMIL BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

0
COM

Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 


Apakah HIDANGAN terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Mulakan dengan:
  • 3 biji kurma dan jus (bagus utk menormalkan semula tahap gula yg rendah dlm darah)
  • susu/yogurt rendah lemak
  • sup jernih
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan. 


Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

  1. Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  2. Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  3. Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  4. Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  5. Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka dan bersahur. 

Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Apakah cara terbaik untuk BERBUKA puasa?

  • Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.


Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
YA! Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 


Hidangan SAHUR YG SIHAT untuk wanita hamil

  • nasi beras perang dan roti bijian
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat.



Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?


Hubungi doktor anda jika:

- Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
- Anda loya atau mula muntah.
- Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
- Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
- Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
- Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
- Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.

KLIK SINI UNTUK TAU : SET HAMIL SHAKLEE

KLIK SINI UNTUK TAU : JADUAL MAKAN SUPPLEMEN DI BULAN RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK TAU : SET 3GEMS ELAK RASA LAPAR -SESUAI UTK YG HAMIL



Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur. 
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PROMOSI BULAN JULAI 2013 : GLA COMPLEX

0
COM


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

JADUAL MAKAN SUPPLEMEN DI BULAN RAMADHAN

0
COM

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

CYST DAN KEHAMILAN

0
COM
Ini kisah saya.

Sebelum ni saya tak pernah tau bahawa saya mempunyai cyst. Sehinggalah.......

Saya rasa pening dan nak muntah pabila bau durian, sedangkan saya peminat buah durian yang tegar. Ini sudah terbalik,sejak bila pula tak boleh bau durian nih. Kebetulan haid pun dah lambat so saya pergi check di klinik. Doc scan and........

" Ye,awak pregnant, alhamdulillah... ini kantung ye, dah 5minggu ni. Aaaa,yang sebelah ni cyst "

The only question saya tanya doc adalah "bahaya tak cyst tu doc? baby ok tak?"

And the doc said " tak bahaya.  Cyst ni mengecil lama-lama hilang. Baby awak elok jer membesar ni "

I lap you lah dr. Sabrina (Klinik Soraya). very supportive and open minded.

Masa check ni size cyst saya adalah 3.5cm x 2.7cm. Bila doc yakin ia akan mengecil, saya bertambah yakin ia memang akan mengecil and baby saya akan membesar dengan baik! So stop thinking about cyst!

Macambiasa lah, dah comfirm pregnant saya start amalkan set hamil Shaklee. I am too excited,baby 5weeks in womb pun saya dah start borak dengan dia :)

2weeks later check lagi untuk tengok cyst semakin mengecil atau membesar. Doc komen "tengok,cyst awak not even 2cm pun skrg" Alhamdulillah. Syukran ya tuhanku.

Dan hari ni 1 Julai 2013, baby saya dah pun berusia 2bulan,membesar depan mata mommy pula.



Peringatan!
Apa-apa pun pergi check dengan doc dan dapatkan nasihat. Kalau membesar mungkin kena buang lah.

Those yang tak pregnant dan ada cyst... tapi nak pregnant,teringin sangat nak timang anak sendiri, saya suggest awak cuba GLA & ESP Shaklee. Terbaik! Few of my customers dah ada yang pregnant , dengan izin ALLAH SWT, selepas amalkan 2 supplement ni. Niat sebenar mereka nak kecilkan cyst, so saya suggest shaklee, tau2 pregnant. Alhamdulillah.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

MINUM PERFORMANCE DRINK UNTUK TENAGA BERPANJANGAN

0
COM

Ala-ala seperti sustagen perisa orange. Performance drink ni pun perisa orange. Sedap, saya suka!


Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah
  • need more energy
dan lain-lain lagi.

Performance Drink ialah minuman hidrasi, membantu bendalir dalam tubuh kita supaya tidak hidrat (kering) dgn terlalu banyak. 

Elak masalah badan kurang air!


Testimoni saya sendiri :


saya ada 2 anak kecil. kakak umur 2tahun, adik berumur 2bulan. Memang kalut dan penat melayan 2 anak, dalam masa sama nak uruskan rumahtangga, uruskan business, jadi saya minum PD every morning. and tengahari saya minum lagi especially di kala dahaga sangat tu. Sedap macam kita minum air orange. Saya pernah bancuh 1 jug, untuk minum petang saya dan suami.
tak rasa macam minum supplemen pun 


Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

  1. Mereka yang aktif bersukan .
  2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  3. Mereka yang menghidap gout.
  4. Ibu yang menyusukan anak.
  5. Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  6. Mereka yang kurang minum air.
  7. Mereka yang kerap sakit kepala.
  8. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  9. Kanak-kanak yang demam.
  10. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)


Sepanjang bulan ramadhan ni , bolehlah cuba Performance Drink ini. Saya bancuh PD ini sekali dengan Shaklee ESP setiap hari sepanjang bulan puasa yang lalu. Memang best!!!! Rugi tak cuba~



Testimonial 1 :


Testimonial 2 :

Testimonial 3 :


Semua yang dah cuba ada pengalaman tersendiri. 


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

TAMBAHKAN BERAT BADAN DENGAN CARA SIHAT

0
COM


Ramai sebenarnya yang mahu tambahkan berat badan, dah macam-macam cara buat, dah macam-macam vitamin supplemen yang dimakan, dah macam-macam jenis makanan yang dimakan.....tapi berat tak bertambah juga! 

AWAS! Jangan kerana nak tambah berat badan, akhirnya kita diserang kencing manis tau!



Sebenarnya apa faktor berat badan kita susah bertambah

  • 1. Kurang rehat. Terlalu kuat bekerja sampai terlupa nak makan.
  • 2. Metabolisma terlalu tinggi. Kalori cepat terbakar, tak sempat digunakan untuk badan.  Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.
  • 3. Sistem pencernaan yang kurang baik. Usus kotor menyebabkan zat2 makanan susah nak diserap masuk ke dalam badan.
  • 4. Ketidakseimbangan pengambilan nutrisi.
  • 5. Kurang minum air kosong.
  • 6. Pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Bagi yang memiliki tubuh kurus atau BMI di bawah normal, ada beberapa cara sihat yang boleh dilakukan untuk menaikkan berat badan,iaitu:

1. Makan makanan yang mengandungi kalori, vitamin dan mineral tinggi.

2. Makan dengan keseimbangan yang tepat, nisbah yang disarankan adalah 60-70 peratus karbohidrat, 10-15 peratus protein dan sejumlah kecil lemak.

3. Makan dan amalkan pengambilan supplemen yang baik kerana penambahan vitamin kepada badan kita membantu menstabilkan metabolisme dan memberi tenaga yang lebih kepada badan. Oleh itu, saya suggest Mealshake, Vitalea dan B complex.

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.


Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



TESTIMONIAL 1


 TESTIMONIAL 2



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

ATASI DEMAM DAN SAKIT KEPALA DARI BERPANJANGAN

0
COM
Normally bila kita demam atau sakit kepala, first thing yang kita buat adalah telan panadol atau paracetamol. Betul tak? Dalam sehari maybe 3kali kita makan panadol ni. Kalau rasa tak tahan juga baru lah pergi klinik nak ambil ubat demam. Tau tak.....panadol/paracetamol/painkiller/ubat sintetik ini sebenarnya kurang bagus untuk diamalkan kerana ia beri kesan jangka masa panjang iaitu...kerosakan buah pinggang dan hati. Dan lagi tak best, badan kita terpaksa bergantung kepada painkiller setiap kali sakit. Erghhh taknak please.

Sebenarnya, punca sakit kepala adalah kerana terlalu banyak bekerja dan berfikir. Saraf kita pun perlukan rehat sebab itu tuhan beri kita malam,untuk kita rehat dan tidur. Demam pula puncanya serangan kuman bakteria di mana badan kita sedang bertindak berhempas pulas melawan bakteria jahat itu.

Untuk mengatasi demam dan sakit kepala berpanjangan, asasnya adalah kuatkan imun/antobodi badan kita. Cadangan saya adalah cuba amalkan Performance Drink dan Vita C-Plus. Ia menguatkan fungsi imun tubuh kita. 






  • minuman hidrasi, membantu bendalir dalam tubuh kita supaya tidah hidrat (kering) dgn terlalu banyak.
  • maintainkan tubuh kita supaya tak kering dalam dan elak rasa lemah sepanjang hari.
  • sekiranya minum ketika demam atau sakit kepala, kita akan rasa lega dengan cepat dan simptom demam akan reda dengan cepat.








  • merupakan supplemen vitamin C, membantu mengekalkan pertahanan oksidan semulajadi dalam tubuh kita, integriti sel dan pengedaran darah.
  • apabila dimakan ketika demam, sakit kepala berkurangan dan demam juga akan berkurangan.
  • sama seperti kita makan buah orange, rasa lega kan?




Jika pengambilan Performance Drink dan Vita C diamalkan setiap hari, ia adalah lebih baik kerana ia memberi kita tenaga berterusan dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

ESP SHAKLEE UNTUK SUSU BANYAK DAN KULIT CANTIK?

0
COM

Sangat sesuai untuk ibu menyusu seperti saya! malah dapat 3 dalam 1 iaitu :  milk booster, pengawalan berat badan, dan kulit yang cantik! Saya suka!

Shaklee ESP, atau nama penuhnya Energizing Soy Protein adalah satu produk istimewa yang menjadi sebutan bukan saja ibu-ibu menyusu dan nak cantik, malah juga segenap lapisan yag mementingkan kesihatan secara keseluruhan.

Pengambilan protein adalah penting bagi ibu menyusu, bukan sahaja untuk penyusuan tapi juga ia penting untuk :-
  • Kawalan berat badan
  • Mengelakkan kelaparan di waktu-waktu di luar masa makan
  • Mencukupkan keperluan protein kerana semasa mengandung dan menyusu, keperluan protein meningkat

Protein dari tumbuhan dikatakan lebih baik dari protein dari haiwan kerana ia kurang lemak dan tiada kolesterol pada tumbuhan.

Bagi mereka yang ingin mengawal berat badan, pengambilan protein penting kerana ia menjaga otot badan yang penting dalam pembakaran lemak. Kekuranganp protein boleh menyebabkan otot menjadi rosak, tidak anjal, kendur, sekaligus menjadikan proses pembakaran lemak tidak berlaku dengan baik.

Oleh itu, ramai yang yang tidak kurus-kurus meskipun cuba berdiet. Malah, bagi ibu menyusu, hasrat untuk diet agak kurang sesuai kerana penyusuan memerlukan kalori yang lebih, dan ibu menyusu juga memiliki sahabat setia – selalu lapar!


HANGAT DIPERKATAKAN!

Adakah sama ESP Shaklee dengan soya jenis lain?

Tidak sama samasekali. ESP Shaklee adalah isolated soy protein yang diperbuat dari non-GMO soy. Baca sini untuk faedah dan kebaikan ESP Shaklee.

Dapatkan Energizing Soy Protein Shaklee hari ni, protin soya terbaik, sesuai juga untuk dijadikan minuman harian. Jangan risau nak ambil soya ya. Kajian terhadap wanita-wanita di China menunjukkan soya tidak memberi kesan kepada kanser payudara.

.....Credit to vitaminsemulajadi.com

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PERSEDIAAN UNTUK BERPUASA DENGAN SHAKLEE

0
COM
Untuk mereka yang tercari-cari apakah supplemen yang sesuai diamalkan sepanjang bulan ramadhan nanti, saya cadangkan SET MIGHT 3 GEMS. Set ini adalah satu program kesihatan Shaklee khas untuk mereka yang ingin kekal cergas di bulan ramadhan.

Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla), Mealshake (perasa French Vanilla)  dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.


ESP : memberi kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan beri kita tenaga yang sustain ; bukannya memberi kita tenaga apabila minum tetapi memberi kita tenaga yang berterusan apabila mengamalkannya.

Mealshake : terdiri daripada protein dan juga complete dengan sumber vitamin dan mineral. rasa apa? rasa vanilla, memang sedaplah dan tak muak.

PD : sejenis minum mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.


Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu seperti saya, ia membantu kita berpuasa sambil menyusukan anak.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


MEALSHAKE SHAKLEE "EASY ON-THE-GO MEAL"

0
COM
Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.

Meal Shakes bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam, malah sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.



Apa yang menarik tentang MEALSHAKES SHAKLEE?

-  Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting  untuk tumbesaran kanak-kanak.
-  Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-  Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
Meningkatkan selera makan anak
-  Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
-  Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.

-  untuk kanak2 obes


Perhatian ! 
Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  1. Kanak-kanak
  2. Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  3. Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  4. Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  5. Warga tua

Pendek kata MealShakes Shaklee sesuai untuk semua peringkat umur.

Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.

Boleh klik MINUMAN TAMBAHAN KELUARGA untuk dapatkan lebih kepastian :)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KENAPA BERAT NAIK/TURUN LEPAS MAKAN VITAMIN

0
COM
Vitamin dan mineral tak sepatutnya menaikkan berat badan, kerana ia tidak mengandungi kalori, tapi kemungkinan penyebab berat badan naik lepas ambil vitamin ialah:

- Multivitamin yang mengandungi B Complex memberikan mood tenang dan mengawal stress. Bila tak stress, mungkin ia mendorong untuk makan dengan berselera.

- Mindset bila ambil vitamin rasa macam dah cover semua keperluan tubuh, jadi tak agak2 nak makan makanan rapu.

- Badan rasa lebih bertenaga, berbanding sebelumnya banyak tidur dan rehat, bila dah ambil vitamin, badan tak rasa lesu lagi. Jadi masa jaga yang lebih banyak mendorong untuk makan/minum lebih dari kebiasaannya.

- Pembakaran lemak menjadi lebih efisyen,dan hasilnya adalah karbon dioksida dan air.Air lebih berat dari lemak. Jd berat badan mungkin tak turun (atau bertambah naik!) tapi yang berat itu bukan lemak lagi

- Otot2 yang berkembang dek lemak yang dibakar. Otot lebih berat dari lemak.


Jadi jangan gelabah bila berat badan dirasakan bertambah/tak turun2 selepas ambil supplement. Anda mungkin mengalami perkara di atas


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

SET SHAKLEE UNTUK MASALAH BADAN BERASID

0
COM
(credit to : vitaminsemulajadi.com)

Badan berasid dapat dikesan dari 3 peringkat:

Peringkat awal : sedikit berasid.
Tanda-tanda :
Lendir dalam dada, sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk, kehendak seks menurun, pedih ulu hati, kencing barbau keras, sakit otot, kelesuan, jerawat, sembelit, sakit kepala, PMS dan panic attack.
Sekiranya tiada tindakan untuk meneutralkan keasidan di peringat awal, maka tubuh akan masuk ke peringkat seterusnya.

Peringat kedua : lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan.
Tanda-tanda :
Badan menjadi bengkak, gegata, mati pucuk, migrain, jangkitan virus, ekzema, endometriosis, psoriasis, tekanan perasaan, insomnia, bronktis, jangkitan kulat, sinusitis, asma, alergi dan jangkitan bakteria.
Sekiranya keadaan di peringkat kedua tidak dirawat dengan baik, maka ia boleh membawa ke peringkat akhir akibat badan berasid.

Peringkat akhir : peringkat yang lebih teruk
Tanda-tanda:
Kanser, schizofernia, SLE, TB, artritis, multiple sclerosis.
Di peringkat ini, ia boleh mambawa maut dan perlukan rawatan yang bersesuaian.


Apakah penyebab badan berasid?

- Badan berasid disebabkan oleh pengambilan makanan yang bersifar asid. Makanan yang diproses antara makanan-makanan yang menyebabkan peningkatan asid dalam tubuh kita. Makanan lain yang menyebabkan asid ialah yang tinggi karbohidrat seperti nasi, makanan2 seperti daging, makanan laut, susu, keju dan hasil tenusu lain.

- Pengambilan makanan yang terdedah kepada pestisid juga menyumbang kepada peningkatan keasidan dalam tubuh, begitu juga ubat-ubatan seperti antibiotik.


Di bawah ini saya kongsikan carta makanan asid-alkali:

asid alkali carta makanan



Di bawah ini adalah carta interaksi makanan, yang mana kita boleh bandingkan bila kita makan pelbagai jenis makanan dalam satu masa:
makanan kesihatan



Apakah suplemen yang boleh membantu menyingkirkan asid dalam tubuh kita?



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KENAPA BADAN SAYA LENGUH DAN KERAP PENING?

0
COM
Anggota badan lenguh... Kerap pening kepala... Rasa sesak nafas... Sakit dada... Hilang selera makan...

Ini adalah antara tanda-tanda badan kita berasid. Apa itu badan berasid? - iaitu tiada keseimbangan pH dalam tubuh kita. Homeostasis dalaman kita tak kekal - menyebabkan tubuh tak dapatkan jalankan tugas dengan efisyen. Bahaya tak? Bahaya sekiranya dibiarkan. Kerana final stage badan berasid ini akan membawa kita ke arah kanser dan boleh membawa maut!

Okay macamana / apa cara untuk atasi masalah badan berasid.
  1. Berhenti makan makanan berminyak serta-merta.
  2. Berhenti minum minuman bersoda/minuman keras - banyakkan minum air suam dan madu.
  3. Tidur yang cukup supaya dalaman kita dapat bekerja dgn baik utk seimbangkan pH
  4. Ambil makanan tambahan/vitamin utk seimbangkan pH - neutralkan pH antara alkali dan asid.


Cadangan saya mudah saja......



Tubuh yang lebih beralkali dipercayai dapat memperbaiki kesihatan dan mencegah kanser. Kanser tidak dapat ‘hidup’ dalam suasana beralkali; dan ia (kanser) membesar dengan begitu cepat dalam tubuh yang berasid!

Badan kita secara semulajadi menjadi semakin berasid apabila kita meningkat usia, menjadikan kita semakin terdedah kepada kanser. Walau bagaimana pun kita boleh mengubah cara hidup untuk menjaga tubuh kita agar sentiasa dalam situasi beralkali. 


Hentikan tabiat merokok dan makan makanan rapu yang menjadi faktor tubuh kita berasid.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KENAPA BADAN SAYA MUDAH LETIH?

0
COM
Credit gediq.com


1. Sensitiviti Elektrik

Terasa seperti tidak cukup tidur, sakit kepala, pening dan penat boleh disebabkan kerana kamu di kelilingi alat-alat elektrik. Ada fakta menyatakan bahawa sensitiviti elektrik mempengaruhi 35% terhadap populasi dunia. Sensitiviti elektrik mempengaruhi sistem semulajadi badan. Tanpa di sedari penyebabnya adalah seperti meletakkan telefon bimbit di sisi katil,penggunaan pengering rambut melebihi 10 minit, meletakkan jam digital bersebelahan ketika tidur dan terlalu dekat dengan skrin komputer.

Cara mengatasi :

- badan letih akibat sensitiviti elektrik ialah gantikan digital kepada jam analog, guna monitor komputer jenis LCD, alihkan alat-alat tanpa wayar ke bilik berasingan.




2. Diabetes tanpa Sedar

Menurut pakar pemakanan, diabetes terjadi apabila terdapat banyak gula dalam darah yang tidak diperlukan oleh tubuh.  Simptom diabetes ialah kencing kerap dan cepat dahaga badan pula menjadi mudah letih dan lemah.

Cara mengatasi :

- masalah badan letih disebabkan Diabetes ialah cuba ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan memastikan adakah anda berkebarangkalian mengidap diabetes, lakukan ujian darah untuk mengukur tahap gula dalam darah. Ketagihan memakan makanan yang manis dan berlemak sebelum kedatangan haid juga antara petanda kamu mengalami ketidakseimbangan kadar gula dalam darah.

Cadangan saya : makan ALFALFA 4biji sehari after lunch. 

  • Alfalfa membantu menurunkan kadar gula dalam tubuh kita,serta seimbangkan hormon. 
  • Bukan itu sahaja, Alfalfa juga mengawal berat badan kita dengan cara membuang toksik dalam tubuh dan menerutralkan asid dlm tubuh kita, buang angin dlm tubuh dan perbaiki proses penghadaman.
  •  Yg paling bagus, Alfalfa mengandungi zat keperluan harian.






3. Makan Tengahari

Makan yang tidak menentu dan tidak teratur menyebabkan kita mudah marah dan keletihan. Amalan pemakanan yang tidak teratur mempengaruhi tindak balas imunisasi yang mengurangkan amaun tenaga dalam badan. Makan tengahari tidak harus diambil terlalu berat kerana mendorong perasaan malas dan mengantuk.

Cara mengatasi :

- badan letih ialah makan tengahari bukan untuk mengenyangkan tetapi untuk meneruskan aktiviti seterusnya. lebih baik mengambil makanan berat ketika bersarapan dan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda. Elakkan lauk pauk yang berlemak dan berkolestrol.



4. Masalah Ginjal

Masalah ginjal boleh menyebabkan anemia (kurang darah merah) seterusnya membawa keletihan.

Cara mengatasi :

-  Elakkan pengambilan kafien dan alkohol dan banyakkan mengambil makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan,ikan dan rumpai laut.



5. Kekurangan Zat Besi dan Vitamin B12.

Kekurangan zat besi dan vitamin B12 boleh membawa kepada penyakit anemia. B12 pula berfungsi dalam sisitem darah iaitu membantu membawa oksigen ke serata badan. Manakala zat besi untuk penghasilan darah merah.
Tanda-tanda pengidap anemia ialah kulit kelihatan kekuningan, tetapi jika kamu letih dan cepat emosional cubalah mengambil vitamin B12.

Cara mengatasi :
- masalah badan letih jika kekurangan zat ialah dengan mengambil vitamin tambahan seperti multivitamin dan sebagainya.


  Cadangan saya : makan B COMPLEX 1 biji sehari selepas breakfast.
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga







6. Cara Senaman

Senaman memang bagus untuk badan namun jika waktu yang dilakukan itu tidak kena boleh menyebabkan keletihan kerana kamu kurang tenaga dan kesan pada keesokan harinya.

Cara mengatasi :

- badan letih ialah dengan bersenam seperti berlari,berjalan atau aerobik diwaktu pagi dan pada malam hari boleh lakukan senaman seperti berjalan sekeling rumah atau yoga. Ini Dapat melegakan minda dan otot-otot. Jika kepenatan, lakukan sahaja senaman ringan sekitar 30 minit yang mampu meransang tenaga dalam badan.



7. Tekanan

Anda mengalami tekanan mungkin di sebabkan masasah-masalah seperti berikut iaitu kurang motivasi, tiada keinginan terhadap seks, dan juga mengalami turun naik berat badan yang tidak seimbang.
Cara mengatasi :
- Badan letih akibat tekanan boleh di pulihkan dengan berjumpa doktor pakar mengambil antidepressants, sesi terapi atau kedua-duanya. Cognitive behavior theraphy (CBT) boleh membantu mengubah cara pemikiran seseorang. Dengan membantu mengubah fokus otak melalui tabiat baru. CBT membantu kamu mengawal stress dan tekanan. Therapi ini selalunya dilakukan seminggu sekali selama 6 minggu.

Cadangan saya : makan B COMPLEX utk hilangkan stress dan juga minum 1 sudu ESP utk bagi tubuh kita protein yang cukup.

ESP SHAKLEE ni bagus utk mengembalikan tenaga...Protein adalah sumber tenaga utk tubuh kita. tak cukup protein,sedikit sebanyak mmg kita akan rasa lesu tak bermaya.






Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!