Susu Badan Tak Banyak?


Sejak kebelakangan ni, ramai juga kawan dan saudara yang bersalin.. and ramai juga lah yang message dan email saya tanya cara banyakkan susu badan. Masing-masing sangat motivate nak fully breastfeed anak, alhamdulillah syukur! Satu yang menggembirakan, maknanya kawan-kawan dan saudara kita juga tau kelebihan susu ibu. Terbaik untuk anak kita!


Kebanyakan akan cakap macamni.....

" Susu aku tak banyak la babe. Baby kuat minum. Sekali pam dapat 1oz jer. Mana kenyang lepas tu menangis sebab susu tak cukup. macamana ni.......? Rasa down sangat. Bila dengar dia menangis kesian. Mungkin susu badan aku sikit kot. "


Jawapan saya mudah saja. DO NOT GIVE UP. Semua ibu ada pengalaman first time nak breastfeed anak. Betul tak? Semua ibu akan lalui. Tapi ada yang bertuah kerana susu badan sememangnya banyak, dan ada juga yang masih bertuah kerana masih boleh produce susu badan .....untuk anak kesayangan. Quantity banyak atau sikit bukan masalah sebenarnya. 
Dalam hadith pun ada cakap....
Semua ibu mengandung akan dan boleh produce susu untuk anak.
MINDSET :  DEMAND vs SUPPLY 

Demand : Pengeluaran susu - samada melalui direct feed / pam. ini kerja kita. harus berusaha.
Supply   : Penghasilan susu - ini kerja organ dalaman kita. so no worries.


Dengan kata lain... untuk menghasilkan susu yang lebih banyak dari semalam, kita wajib keluarkan susu yang sedia ada. Untuk supply (penghasilan susu) yang tinggi, kita kena ada demand (pengeluaran susu) yang tinggi.
To be honest, saya takde apa-apa rahsia. Cara saya amalkan pumping schedule yang betul. Kita kena pam 2-3jam sekali, walaupun setiap kali pam kita dapat 1oz atau pam angin. Memang kecewa, rasa down tapi dengan rasa down tu kita tak boleh banyakkan susu. So stop rasa down dan teruskan next pumping session in next 2-3jam. InsyaAllah, kalau kita usaha lama-lama penuh freezer tu. Nak tak?
Dan of course positive thinking. Lepas pam dapat 1oz, JANGAN kata "sikitnya...rasa down. lepas ni nak pam lagi ke tak ya". Tapi bersyukur dan kata  "alhamdulillah, ada lagi rezeki untuk anak mama. nanti mama pam lagi ya sayang. lama-lama nanti banyak rezeki untuk anak mama membesar dengan sihat". Masa pam pula jangan pikir banyak ke sikit, tenangkan hati, selawat dan berzikir untuk rezeki yang lebih banyak. Ingat, jangan sesekali merungut dengan rezeki yang tuhan bagi.


Ini susu badan saya untuk anak pertama saya. Pengalaman pertama saya pada April 2011.
satu daripada empat drawers..alhamdulillah
Selain itu, kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan bernutrient tinggi. Kena ingat apa kita makan atau minum, itu juga lah yang anak kita akan makan dan minum. Saya sendiri amalkan supplement SHAKLEE Penyusuan 3M. Bila kita menyusukan anak, kita akan cepat rasa dahaga. Asyik nak minum jer. Dan dalam masa sama haruslah asyik nak terkucil saja kan...kita taktau apa yang tinggal dalam badan kita selepas proses pembuangan. Jadi, dengan pengambilan set 3M ni insyaAllah nutrient dalam badan kita seimbang. Jujurnya walaupun dalam pantang (ketika itu) saya rasa badan saya lebih bertenaga, lebih cergas, lebih kuat. Bila keadaan fizikal kita baik, emosi kita juga akan stabil dan akan TERHASIL lah SUSU yang berquality. Kalau tak percaya boleh cuba.



Inilah SET PENYUSUAN 3M SHAKLEE.
(Saya akan update special post untuk set ini ya)




Jadi kesimpulannya wahai ibu-ibu tercinta, rezeki tuhan bagi jangan kita sia-siakan. Kita usaha sepenuh hati, ikut schedule yang betul, amalkan supplement yang terbaik, zikir dan doa semoga semuanya dipermudahkan untuk kita membesarkan anak kita yang comel dan kiut miut sangat ni.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com




No comments:

Post a Comment