MENU BERPANTANG SAYA BERSAMA ESP SHAKLEE

Saja berkongsi apa menu pantang saya... Untuk pengetahuan saya bersalin melalui ceaserian. So pemakanan harus dijaga untuk elakkan gatal dan bernanah di kawasan jahitan.

Nasi putih panas + Sup lobak putih + Ikan haruan blackpepper bakar + Bawang putih bakar

Nasi putih tu nampak jer banyak tapi mak saya bagi sesenduk setengah katanya,pastu NO tambah-tambah dah. Then kita dalam pantang ni,kena la makan nasi panas. Lauk saya pula :
  1. Sup lobak putih, simple but nice and berkhasiat. Ala-ala menu diet juga kan. Jangan taktau lobak putih pun membantu banyakkan susu ya. Kalau nak lagi best,buat sebagai kerabu. sedapnya!
  2. Ikan haruan tabur blackpepper and garam sikit then bakar. Sedap juga. Takde pun bau hanyir macam yang dihebohkan. Saya prefer amek NATURAL INGREDIENTS, daripada minum pati haruan. Tau tak pati boleh menyebabkan lapisan perut dan jahitan kita tebal.
  3. Bawang putih bakar tu elok  untuk keluarkan segala angin dalam badan. Sampai sekarang saya amalkan. Boleh goreng tanpa minyak dalam kuali,senang kan.


Sebagai penutup........selepas setengah jam makan main course saya suka tutup dengan fruit juice. Baru rasa puas and kenyang.


Green apple juice + honey + ESP Shaklee

Senang jer ni, buat sendiri pun boleh. 
  1. Separuh buah apple hijau buang kulit + Air masak suam secawan + madu = blend 
  2. Tapis air tu tapi ni saya tak tapis, kerja nak mudah.
  3. Bubuh 1 sudu besar ESP Shaklee
  4. Minum time!


ESP Shaklee ni saya ambil sebab ia bagi saya tenaga, badan tak rasa lesu or penat, malah saya makin aktif sebuk nak melayan anak, semuanya saya nak buat sendiri sampaikan umi saya kata saya tak reti duduk diam. Selain tu, saya suka ESP ni kerana ia bantu banyakkan susu badan untuk anak bertuah saya minum. Memang terbukti banyakla... Klik sini untuk tengok kejayaan saya yang takkan dilupakan. Dan yang paling penting, kuatkan ketahanan badan kita. Yelah, taknakla sakit kan....kalau boleh nak sihat sokmo.


# Ini kisah April 2011...sekarang saya sedang pregnant anak no 2 pula. Tak lama lagi merasa lagilah makan lauk berpantang ni. Nanti saya share lagi ya apa lagi menu berpantang saya yang tak seberapa...




Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com

No comments:

Post a Comment