CARA BERSIHKAN MUKA MENGGUNAKAN TOMATO

Siapa pernah guna tomato sebagai pencuci muka?

Teringat zaman kerja dulu, seorang yang saya tak kenal tapi kerap jumpa di surau ofis, sebelum ambil wudhu dia akan tenyeh muka dengan buah tomato. Dalam hati wahhhh menarik. Tapi jenuh la nak beli buah tomato kannn.... Muka dia memang bersih, gebu and natural beauty. Lepas solat, dia pakai bedak talcum pureen je then keluar. Macamtu je.

So, siapa nak try? Ada buah tomato kat rumah? Kalau ada, sekejap lagi boleh terus buat :)


Cara-caranya ialah :

1. Belah buah tomato tu kepada 2 bahagian. Kalau rajin lenyek-lenyek kan ia dalam mangkuk. Kalau kurang rajin tak payah lenyek. 

2. Letak sikit gula di tomato tu, nak lagi best letak madu.

3. Gosok-gosokkan kat muka kita... gosok la lama sikit kat bahagian dahi, hidung and dagu.

4. Bilas... dan lap.




FRESH! 
Terus rasa cantik dan berseri padahal baru sekali je buat. Mind set je tu..over yakin.
Buat la banyak kali, baru nampak hasil yang puas hati lagi terbaik.

Jom try!


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...WHATSAPP : +971 567962383 ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

No comments:

Post a Comment