SETIAPKALI HAID MESTI KENA SENGGUGUT. APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK DARI SENGGUGUT BERTERUSAN

Perut tak selesa setiapkali haid, bagi kaum wanita ini semua sesuatu yang harus ditempuhi setiap bulan. Selesa tak selesa tugas seharian kena buat juga tau.... Tapi ini kira okay lagi. 

Yang lebih kesian kalau setiapkali haid kena senggugut. Kesian tengok sebab bila sakit tu sampai merengkok-rengkok badan tahan kesakitan, ada yang MC kerja sebab tak mampu nak berjalan. Saya pernah tengok kawan pakai tali pinggang kat perut, habis lubang tali pinggang tu dia guna, salahsatu cara dia nak tekan perut agaknya, nak bagi kurang rasa sakit tu. huhuuu.....

Sebenarnya untuk pengetahuan semua,
Senggugut ni sebenarnya disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus, itu yang membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 



APA CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK ELAK SENGGUGUT BERTERUSAN?


Senang jer, JANGAN MAKAN PANADOL/PARACETAMOL/PIL TAHAN SAKIT. Sebab apa? sebab ni semua sementara, bukan menghilangkan senggugut untuk selama2nya tapi untuk memberi kelegaan beberapa jam awak telan pil tu saja. Petang ni sakit, makan pil lagi. Next month sakit , makan pil lagi....Sudahnya, lama2 buah pinggang pun boleh rosak.


Atasi masalah senggugut dengan cara yang betul iaitu : 

  • Amalkan pemakanan yang cukup protein, karbohidrat, kalsium dan nutrient penting untuk tubuh!
  • Makan supplemen semulajadi yang boleh memberi and cukup kalsium,magnesium, terutaman untuk melindungi sistem saraf dan otot bagi mengelak daripada masalah cramp.
  • Beri badan anda kehidupan yang sihat dan bertenaga.






APA KESAN JANGKA PENDEK/JANGKA PANJANG JIKA SENGGUGUT NI DIBIARKAN DAN TIDAK DIATASI?

Senggugut boleh menjadi salah satu punca kepada CYST, susah untuk mendapatkan zuriat, sakit sendi dan otot yang akhirnya beri kesan kepada saraf tunjang serta boleh mengganggu peredaran darah berlaku dengan lancar.



Apa yang perlu.... dalam kita merawat sakit senggugut setiapkali haid ni, perlu ingat juga haid dan senggugut adalah sesuatu yang berkaitan hormon dan keadaan uterus kita. orang kata "nak pakai lama"..... jadi seharusnya kita merawat dengan cara yang selamat. Jangan sesekali merosakkan dalaman kita dengan membiarkan ia begitu sahaja. 





No comments:

Post a Comment