MAKANAN YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL

0
COM

Perlukah saya ubah cara pemakanan kerana saya hamil?

Memandangkan anda kini sedang hamil, amat penting bagi anda makan secara sihat. Ini  memastikan bahawa anda dan bayi dalam kandungan mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.

Jika anda sedar bahawa cara pemakanan anda tidak begitu baik, inilah masanya untuk anda mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian anda mestilah merangkumi variasi makanan daripada empat kumpulan makanan berikut:

Buah-buahan dan sayur-sayuran: Anda boleh membelinya dalam bentuk segar, sejuk-beku, dalam tin, kering atau sebagai jus. Sasarkan untuk memakan lima hidangan dari kumpulan ini sehari. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pemakan seharian anda.

Makanan berkanji: Ini termasuk nasi, roti, pasta dan kentang. Cubalah pilihan daripada bijian penuh.

Makanan yang kaya dengan protein: Ini termasuk daging dan ayam tanpa lemak, ikan, telur dan kekacang. Cuba sasarkan dua hidangan ikan seminggu termasuk ikan yang berminyak.

Produk tenusu: Ini termasuk susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.


Perlukah saya ambil sebarang vitamin tambahan?

Vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien untuk anda dan bayi anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folic sehari .Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil bagi memastikan ia cukup untuk pembesaran bayi. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda kandungan kalsium sehari berbanding sebelum ini.

Amalkan multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

INGAT!
Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.



CADANGAN SET SHAKLEE IBU HAMIL




Untuk konsultasi percuma dan info yang lebih details bolehlah hubungi saya iR Zamila Zahari di .....




APA ITU MASTERCHECKLIST?

0
COM
Dalam group Shaklee kami...di bawah pimpinan Master Lyna Noh dan Master Zainul sentiasa menekankan MASTERCHECKLIST. hari-hari la leader kami tanya dan ingatkan "dah buat semua masterchecklist?".
Untuk yang baru mungkin tertanya-tanya apa  itu master checklist.


LANGKAH 1 : PERSEDIAAN AWAL

  • Setiap awal bulan.. ambil kertas size A4 yan besar tu buat 30 column bermaksud 30hari.. jika bulan itu ada 28hari. buat 28column...
  • Lepas buat column.. listkan item2 checklist... 
  • kemudian warnakan ikut frequency..contohnya study produk nak buat sehari je seminggu,contoh hari sabtu jadi terangkan hari sabtu..
  • sebelum tidur boleh tick perkara yang dibuat, jujur dgn diri sendirikerana checklist ini untuk diri kita sendiri.

Nak berjaya tak???



RAHSIA MASTER CHECKLIST

Berikut item2 checklist:
  • Update Blog (2x seminggu minimum)
  • Blogwalking (sehari 5xminimum)
  • Update FB( 3x sehari min)
  • Follow up customer(.cth thru SMS/emel/call) .. ni maybe seminggu sekali)
  • Makanan rohani setiap pagi- istigfar 100x,selawat 100x, Ya Wahhab 300x, Surah Ikhlas 100x.Lahaula Wala Quwata Illa Billah Hil Aliyil 'Azim... 100x.Doa(doa mohon kekuatan melakukan tugas sebagai isteri,ibu ,pekerja,etc,doa mohon ditemukan dgn org yg ingin dan mampu mencari suplemen,doa biar JELAS dan SPECIFIC)
  • Yasin 1x seminggu (at least)
  • Dhuha(if tak penah buat.. try seminggu sekali.. lama2 upkan
  • Amalan wajib( awal waktu)
  • Tahajjud (Selasa Malam rabu.. Kamis Malam jumaat)
  • Surah Al Mulk sebelum tidur
  • Sedekah/Zakat
  • sebut sekali sehari seblum tidur at least 30ayat positif
  • RCA (cermin ajaib) sehari skali cakap depan cermin
  • Coaching (seminggu 1x dgn upline).. ..if leader maybe spent time coaching dgn anak2
  • Study tentang kesihatan or topik yg nak difokuskan bulan tu.. -maybe seminggu 2jam.


Sekiranya niat kita ikhlas melakukan nya insyaAllah usaha kita ini akan membuahkan hasil pada bila-bila masa.


SET BERPANTANG YANG MUDAH DAN TIDAK CEREWET

0
COM
SET BERPANTANG SHAKLEE sebenarnya sesuai untuk yang bersalin secara normal mahupun ceasarian. Ianya ekskusif dan mudah untuk kita makan, untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran terutama kita yang berpantang sendiri dan menyusukan anak.


Kelebihan SET BERPANTANG SHAKLEE ini adalah :

(1) membekalkan mineral yang diperlukan oleh badan untuk memulihkan sistem dalaman dan peranakan kita.

(2) memberi cukup khasiat dan nutrient untuk mengembalikan tenaga zahir dan batin selepas proses bersalin.

(3) Bagi ceaserian ; menyembuhkan luka pembedahan dan membantu mempercepatkan baikpulih luka jahitan.




  • B-COMPLEX :  sangat penting ketika dalam berpantang untuk mengembalikan kestabilan hormon badan kita. Juga untuk mengelakkan kemurungan, depress / stress, meroyan dan penat sebab tak cukup tidur.
  • VITAMIN C :  membantu memperbaik tisu-tisu sel yang rosak selepas bersalin, menyembuhkan luka dalaman, dan sangat penting untuk pembentukan kolagen.
  • VITA-LEA (IRON FORMULA) : mengandungi mineral dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita untuk mengembalikan tenaga, juga dianggap sebagai pengganti khasiat makanan yang tidak diperolehi kerana kebanyakan makan perlu dielakkan (sebab makan berpantang kan). Iron pula untuk menambah quantity darah dalam badan kita selepas bersalin.
  • ZINC COMPLEX :  membantu menyembuhkan luka terutamanya luka dalaman (rahim). Ia juga membantu mengurangkan "kedinginan" selepas bersalin.


Tempoh berpantang is the most important untuk kita kembalikan tenaga dalaman dan luaran, masa untuk kita ketatkan sendi-sendi dan urat-urat serta organ dalaman kita, masa untuk kita sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang ibu. Sebab itu jugalah wujudnya cuti bersalin. 
Untungnya kita!

Dalam tempoh berpantang juga lah ramai antara kita yang emosi tak stabil, rasa murung... banyak sebab musababnya, sebab penat, tak cukup tidur, rasa susah hati susu kurang, rasa sedih suami tiada disisi, mengalami demam, badan rasa tak selesa....macam-macam lagi.

" ....dan saya atasi semua di atas dengan berfikiran positif, ambil supplement shaklee, doa, tawakal. Lalui nya dengan niat ingin tahu dan ingin belajar"


GLA COMPLEX SHAKLEE

0
COM

GLA SHAKLEE


  • mengurangkan simptom biasa seperti gatal, bengkak, kekeringan dan simptom sakit sendi.

  • berkesan untuk kemurungan dan kesakitan payudara.

  • berkesan mengatasi sakit senggugut.




FAEDAH DAN KEBAIKAN GLA COMPLEX

*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
*Membantu meningkatkan kesuburan
*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
*Membantu dalam menangani menopus
*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?

GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…
GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.
GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.



CARA MAKAN LECITHIN UNTUK SET KURUS

0
COM
Entri ini khas untuk consumer Shaklee yang tidak tahu atau mungkin tidak mendapat konsultasi yang sepatutnya daripada pengedar Shaklee anda. Jadi di sini ingin saya kongsikan cara pengambilan Lecithin Shaklee dengan cara yang betul.



  • Ambil 3biji selepas makan tengahari
  • Ambil 3biji selepas makan malam
# harus minum air yang cukup


KENAPA LECITHIN MAKAN SELEPAS MAKAN?

....kerana Lecithin bertindak sebagai detox. Ia mengecilkan dan memecahkan lemak-lemak dalam badan kita supaya mudah ia mengalir keluar bersama urine dan najis.

KENAPA HARUS MINUM AIR YANG CUKUP?


Air yang cukup untuk badan kita adalah 3liter sepanjang 1 hari. bermakna 2 botol besar air mineral. Sekiranya badan kita kekurangan air, ia boleh mengganggu penyerapan vitamin dalam badan.



CADANGAN SET KURUS SHAKLEE





Untuk info yang lebih terperinci serta konsultasi percuma, bolehla hubungi saya.......

USAHA UNTUK HAMIL DENGAN MENGAMALKAN SET KESUBURAN SHAKLEE

0
COM
Setiap pasangan yang berkahwin mestilah menginginkan cahaya mata yang comel lagi pintar. Kalau boleh nak yang comel seperti Datuk Siti Nurhaliza, nak yang pintar seperti Albert Einstein. Ini contoh la kan. Sebenarnya kita cuma nak bayi yang dikandung itu sihat dan sempurna, itu saja. Semua pun comel.

Namun..... hakikatnya masih ramai pasangan suami isteri yang masih menghitung hari dan masih gigih berusaha ke arah itu. Ada banyak faktor dan sebab. Apa2pun setiap dari kita yang berusaha pasti Allah SWT akan beri mereka 1001 nikmat dan kejadian.


USAHA UNTUK HAMIL DENGAN MENGAMALKAN SET KESUBURAN SHAKLEE


Shaklee ada menyediakan supplemen-supplemen khas untuk membantu pasangan suami isteri dalam usaha untuk hamil sekaligus memperoleh zuriat. Ada banyak sebenarnya namun di sini kita sama-sama kongsikan apa yang sesuai untuk diamalkan.

1. Vitamin E Complex

- vitamin antioksida yang membantu menguatkan sperma!
- menyuburkan organ reproduksi si suami dan si isteri.
- meningkatkan kuantiti sperma kepada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan bayi.
- bantu tingkatkan hormon seks baik untuk lelaki mahupun wanita. dikenali sebagai "vitamin seks"






2. Gla Complex

- bantu menstabilkan hormon wanita.
- bantu mengatasi masalah haid tak teratur.
- bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang  subur dan berkualiti (utk bantu sperma berenang dengan baik)







3. Zinc Complex

- meningkatkan penghasilan sperma yang lebih sihat dan aktif (boleh berenang jauh dan tahan lasak).
- membantu proses pembentukan hormon testosteron.
- mengekalkan keingina seksual yang tinggi.
- kekurangan zinc boleh mengakibatkan masalh seksual seperti sperma abnormal dan penyakit prostat.



Harus di ingat..pengambilan vitamin Shaklee ni adalah salah satu usaha kita untuk peroleh zuriat. Ia tidak menjanjikan comfirm anda kan hamil atau sebaliknya. Sesungguhnya kita yang berusaha ni tentulah Allah SWT tau dan akan beri kita sesuatu dalam apa jua bentuk sekalipun.


SET BERPANTANG SHAKLEE DENGAN HARGA BERPATUTAN

0
COM
Untuk ibu yang bersalin secara ceaserian, jangan risau. Sebenarnya cara berpantang sama saja dengan ibu2 lain selepas bersalin. Bezanya, bersalin ceaserian ni kita kena more care pada tempat jahitan tu...harus sentiasa kering dan bersih! Saya guna hair dryer utk keringkan :)

Untuk set berpantang, disebabkan saya tak suka jamu... saya tak suka tepek2 bagai ni,rasa tak selesa dan rimas. Ye lah,kita nak menyusu anak lagi,so haruslah nak selesa kan. Lagi satu, saya kurang gemar bau jamu. Pernah bau jamu? bau rempahratus akar kayu semua tu la, bau tanah. Oh saya tak boleh.

Jadi saya prefer set berpantang yang mudah, of course saya nak yang murah, dan paling penting tak bagi kesan pada baby saya sebab saya nak fully breastfeed anak2 saya.

Saya pilih set berpantang Shaklee kerana :


set ni mudah, harga berpatutan dan NATURAL INGREDIENT. sama seperti jamu TAPI NO BAU, itu yang penting untuk saya :)
supplemen yang saya makan pulihkan dalaman saya secara baik, walaupun ceaserian tapi saya rasa sihat, segar dan susu badan saya banyak!
luka ceaserian saya elok jer, takde luka atau bernanah dan tak rasa ngilu sampai sekarang! anak saya dah 2tahun tau dan saya sedang pregnant 7bln. rezeki saya.
doc yang merawat saya komen : luka dalaman saya baik, dalaman nampak bersih. luka luar cantik, kesan pun tak berapa nampak dah.


Memang saya puashati dengan apa saya buat, apa saya makan dan apa saya amalkan!


SET BERPANTANG SHAKLEE mengandungi 4 jenis vitamin dan mineral :
  1. - B COMPLEX
  2. - VITA C
  3. - VITALEA
  4. - ZINC COMPLEX

  • B-COMPLEX :  sangat penting ketika dalam berpantang untuk mengembalikan kestabilan hormon badan kita. Juga untuk mengelakkan kemurungan, depress / stress, meroyan dan penat sebab tak cukup tidur.
  • VITAMIN C :  membantu memperbaik tisu-tisu sel yang rosak selepas bersalin, menyembuhkan luka dalaman, dan sangat penting untuk pembentukan kolagen.
  • VITA-LEA (IRON FORMULA) : mengandungi mineral dan nutrient yang diperlukan oleh badan kita untuk mengembalikan tenaga, juga dianggap sebagai pengganti khasiat makanan yang tidak diperolehi kerana kebanyakan makan perlu dielakkan (sebab makan berpantang kan). Iron pula untuk menambah quantity darah dalam badan kita selepas bersalin.
  • ZINC COMPLEX :  membantu menyembuhkan luka terutamanya luka dalaman (rahim). Ia juga membantu mengurangkan "kedinginan" selepas bersalin.



Habis pantang terus keluar makan jumpa kawan2 sekolah. Gathering of course taknak terlepas :)

Saya suggest sangat semua ibu amalkan set berpantang Shaklee , bersalin normal mahupun ceaserian, both boleh amalkan. Mudah, senang, tak leceh dan sangat baik untuk kesihatan dalaman kita.


Sebagai tambahan.....
Ibu2 berpantang boleh juga minum ESP, makan Alfalfa dan OmegaGuard. Especially ibu menyusu kerana semua ini elok untuk pembesaran dan perkembangan otak baby kita.Susu badan pun banyak dan pekat. Kalau pekat maksudnya berkhasiat kan :) 

Alhamdulillah rezeki anak bertuah saya. Tentu ada rezeki anak bertuah ibu2 di luar sana juga...saya yakin. Yang penting praktikkan demand vs supply supaya production susu badan kita consistent ya.



OH YA! PENTING NI..... Saya tak makan pati haruan atau sebarang pati. Betul, pati cepat sembuhkan luka, dengan cara mana? Pati buat lapisan baru atas luka jahitan kita. Macam perah kelapa utk dapatkan santan, pati kelapa tu kan tak tembus penapis, itulah lapisan baru.....Bila lapisan kulit kita jadi tebal, macam2 kesan sampingan akan berlaku. Dan pengalaman kawan saya yang ceaser kali kedua,katanya sakit dan doc pun bising.

Saya makan ikan haruan bakar..sedapppp.


CARA UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL

0
COM
Ramai yang di ambang dilema apabila menyedari berat badan nya tidak ideal, dengan kata lain AKU DAH GEMUK! Jangan risau kerana masih tidak terlambat untuk kita usaha ke arah mendapatkan berat badan yang ideal. Baru nampak ummphh.

Shaklee ada menawarkan set supplemen bagi tujuan untuk kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.


3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA


                                     1. BAKAR 
                                Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol




 

2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan


3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh



LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.


LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu.


Perhatian!
saya bawakan entri ini untuk ANDA YANG VERY2 SERIUS NAK BERDIET DENGAN PRODUK SHAKLEE! Saya tak janjikan words "TANPA PERLU BERLAPAR" or "TURUN 20KG DALAM MASA SEBULAN". Tapi apa yang dapat saya janjikan adalah..jika anda disiplin makan produk-produk ni, kawal pemakanan anda, willing to do exercise setiap hari dalam setengah jam (apa jua walaupun lompat2 pakai getah skipping :) Ikut dengan disiplin apa yang saya nasihatkan>>Insyaallah..kejayaan turun berat badan MENJADI MILIK ANDA!!



Anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.


KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE UNTUK WANITA

0
COM
Mari kita kenal dulu  apa itu Alfalfa?
Alfalfa ialah sejenis tumbuhan yang bertindak seperti pusat pengumpulan segala zat. Akar tunjangnya  sedalam 6 meter ke bawah tanah dan mampu menyerap pelbagai zat dan mineral dari mendapan tanah. Terbaik dari ladang ni! 

Inilah daun pohon Alfalfa

Alfalfa pun ada jenis2nya tau....
Alfalfa yang selamat adalah dari jenis daun. 
Manakala Alfalfa yang tak selamat adalah jenis sprout.
Jadi berhati-hati ye kawan-kawan sekalian.

Apa lagi kelebihan dan khasiat Alfalfa Shaklee untuk wanita?

Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang sangat bagus untuk merawat keputihan, kolesterol, kencing manis, ulser peptik, sembelit,  dan  pernah terbukti merawat penyakit kanser!

Tambah Susu Ibu

Alfalfa Shaklee juga sangat femes dalam Set Penyusuan Shaklee kerana ia terkenal sebagai Milk Booster yang hebat.
Alfalfa membantu merangsang susu yang banyak kerana ia kaya dengan protein. Protein pula merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Kandungan protein dalam Alfalfa adalah lebih banyak dari sumber protein lain;

Merawat Keputihan

Alfalfa mengandungi anti biotik semulajadi yang mampu melawan kulat di bahagian vagina yang menjadi penyebab keputihan.

Kacip Fatimah

Dikatakan ibu yang menyusukan anak tak sesuai ambil kacip fatimah kerana ia akan membuang toksik melalui susu ibu.
Alfalfa membantu merapatkan semula bahagian tersebut dan bertindak seperti kacip fatimah.


Dengan cara pemakanan dan pengambilan Alfalfa Shaklee yang betul, seharusnya kita boleh mengatasi dan merawat banyak masalah kesihatan khusus untuk kaum wanita.

Alfalfa Shaklee di datangkan dengan 2 size ....anda yang membuat pilihan :)

PENGALAMAN SAYA SELEPAS MINUM ESP SHAKLEE

0
COM
Salam semua,

Ini luahan rasa saya secara jujur dan ikhlas. Saya nak share pengalaman saya sendiri selepas minum ESP Shaklee. Mungkin ada yang sokong, mungkin ada yang sebaliknya. 

" Sebelum ni saya tak pernah dengar supplement Shaklee. Walaupun ia dah 50tahun lebih dalam market dunia kan...sampaiiii lah saya decide utk kahwin. Panik cari penyelesaian kepada masalah senggugut. kononnya orang kata kalau senggugut susah nak pregnant. Akhirnya saya berkenalan lah dgn produk Shaklee. " ---- ini cerita macamana boleh tersangkut dengan Shaklee.


" 2bulan selepas majlis ijab dan qabul ku...saya disahkan pregnant. 

Alhamdulillah. 1st pregnancy haruslah excited. Sebulan saya google cari info tentang apa nak makan, apa nak minum, apa nak buat, apa yg takboleh sepanjang preggy, yg penting saya nak baby yg sihat. Saya nak saya sihat, taknak mengelepek je, saya taknak sickness, saya nak enjoy my pregancy. Akhirnya saya kalah kepada explaination agen Shaklee. Serius! Saya beli set hamil brand Shaklee ni. Dalam tu include ESP sekali....."---- ini cerita saya mula-mula start minum ESP Shaklee.


" Rahsia saya minum ESP ni sepanjang pregnancy adalah minum 2x sehari...iaitu at 10am dan pada waktu malam. And ofcourse wajib bubuh madu sesudu, kalau tanpa madu I tak mampu telan. bermula dari 10weeks, yup masa tu 10weeks preggy saya start minum sehinggalah saya bersalin. Sepanjang preggy saya aktif tau. Siap pergi Qatar dan Singapore.. then dalam malaysia pergi kelantan, terengganu dan penang. Bila dah masuk 7bulan preggy baru lah saya duk diam2 setempat dan mula busy dgn preparation beli itu ini for my 1st baby. Tu pun tak duk diam juga. Almaklum lah preparation nak dapat anak kan" ---- ini cerita saya sepanjang pregant 9bulan dan minum ESP Shaklee ni.

"Bila dah bersalin.....ALHAMDULILLAH. Anak saya sihat walafiat and comel! Betul...buat apa nak tipu nanti saya bagi gambar k. Gebu + putih + chubby + montel + kulit halus mulus. geram tau! Ramai cakap anak saya macam anak korea. ada yg tanya masa preggy suka tgk cerita korea ke? sorry ye...i tak minat cerita korea. hehehe...... Syukur sangat anak saya sihat dan comel seperti yg saya idam-idam kan :) " ---- ini cerita apa yang saya dapat dari ESP Shaklee.

My 1st child a.k.a my BFF 
" Ramai kata minum ESP Shaklee masa pregnant tak bagus sebab soya. Saya personally berpendapat soya yg ada dalam ESP bukan seperti soya yg diproses. Cuba ibu dan bakal ibu baca dan cari info. Soya dlm ESP Shaklee ni macamana. Anak saya dilahirkan sihat, in fact sehingga hari ini (nak masuk 4thn dah umur anakku ini) , dia jarang demam atau sakit. Senang besarkan dia. Makan tak memilih......"

"Kalau orang tanya saya lebih suka jawab....apa2 pun kena start dari dalam perut kita masa kita bawa dia 9bulan tu"

Ini lah pengalaman saya sendiri.... sekiranya ibu-ibu dan bakal ibu atau sesiapa sahaja yg nak mula amalkan ESP Shaklee ni, boleh lah terus hubungi saya. Saya tak kisah untuk kongsi apa sahaja ilmu dan info serta pengalaman yang saya ada.