KENAPA TUBUH KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

0
COM

Benarkah Kita Akan Bergantung Kepada Suplemen?

Soalan yang sering saya terima berkenaan supplement..

"Bila makan Shaklee saya jadi bertenaga, kulit pun cantik, stress pun tak ada. Kalau saya stop, saya jadi penat, moody... adakah itu tandanya saya bergantung pada suplement?"


OK pertama sekali ayuh kita kenali apakah itu suplemen dengan lebih mendalam lagi. 

Saya beri analogi pokok.

Keperluan asas pokok untuk hidup ialah - udara, air, tanah dan cahaya matahari. Dari udara pokok mendapat karbon dioksida, cahaya matahari untuk fotosintesis membuat makanan, tanah dan air untuk bekalan mineral dan air.

Cukup, pokok boleh hidup.

Tapi bagi orang yang mengambil berat tentang pokoknya, misalnya seorang peminat pokok bunga yang mahukan bunga2 mekar tumbuh di tanamannya, peladang yang mahu menghasilkan buah-buah yang baik dan elok.. mereka tidak cukup dengan yang asas itu. Paling kurang mereka akan tambah BAJA.

Adakah baja diperlukan? Pada asasnya tidak. Tanah mampu menyediakan keperluan untuk sepohon pokok. Buktinya pokok2 di hutan tumbuh subur tanpa baja.

Tapi kenapakah pokok yang ditanam secara komersial dan pokok2 di rumah memerlukan baja? 
Ini kerana tanah pertanian bukan seperti tanah di hutan. Tanah di hutan adalah 'milik mutlak' pokok itu secara eksklusif. 

Pokok A tumbuh di hutan B bertahun-tahun tanpa berpindah, tanpa dituai, tanpa diusik sesiapa. Tapi pokok C yang ditahan di ladang D, saban tahun dituai, dipindah, dibiak, etc. Pokok C lebih 'fatigue' dari pokok A kerana proses pertanian yang dilaluinya.


Begitu juga dengan kita. Orang zaman dulu, mereka hidup dalam keadaan udara yang bersih, tiada stress, tidak makan makanan berunsur bahan kimia, tiada ubat berunsur dadah.. jadi tak sama dengan kita hari ini.

Jadi, kita andaikan baja itu sebagai suplemen vitamin. Orang yang seperti pokok di hutan, ya dia tak perlukan suplemen. Tapi orang2 seperti saya, yang menjani hidup hectic seperti pokok di ladang, kita perlukan suplemen.

Bergantung pada suplemen?

Pertama sekali, suplemen bukan ubat dan bukan stimulant. Suplemen vitamin membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh kita yang TIDAK CUKUP. Jadi bila kita merasa ada perubahan dengan suplemen, misalnya badan bertenaga, itu sudah cukup menunjukkan makanan kita tidak mampu membekalkan nutrien optimum untuk tubuh kita.

Bolehkah kalau tidak mahu mengambil suplemen tapi mahukan kesan yang sama? Boleh. Untuk mendapatkan khasiat yang sama dengan sebiji vitamin C Shaklee (contoh ya) anda kena makan buah lemon, oren, limau gedang, rose hips, acerola, seaweed.. setiap 2 jam sekali. Kenapa? Kerana vitamin C yang larut air sering hilang dari tubuh kita.


"Eh, saya dah hidup 20-30 tahun OK je, tak ada pernah kekurangan vitamin..."

Jika pengambilan kita di paras EAR (estimated average requirement), yang mana jauh ke bawah dari paras RDA (recommended dietary allowance), kita takkan melihat gejala kekurangan secara fizikal. Berada di bawah paras EAR adalah seperti mereka yang kurang zat makanan dan nampak dari segi fizikal.

Kekurangan vitamin peringkat EAR-Marginal melibatkan selular. Ia boleh dilihat bila mengalami krisis misalnya stress, luka yang lambat sembuh, sering gelisah dan sebagainya.

Pendek kata, mengambil suplemen atau tidak, umpama memberi baja kepada pokok di rumah anda. Tepuk dada,tanya diri sendiri. Pilihan masing-masing :)


(credit to vitaminsemulajadi.com)


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

PRODUK SHAKLEE BANTU ATASI MASALAH SEMBELIT

0
COM
Sembelit!

Sembelit adalah masalah pengosongan usus. Apabila seseorang menghadapi sembelit, kadangkala ia menjadikan najis keras dan sukar untuk membuang najis. Jika dibiarkan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti usus tersumbat.

Apakah yang menyebabkan sembelit? Sembelit terjadi oleh beberapa hal. Ia mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

Kebanyakan orang yang biasa menghadapi sembelit bergantung kepada ubat sembelit yang diberi oleh doktor.

Sebenarnya pengambilan ubat bukan menyelesaian masalah sembelit. Sembelit harus dilihat dari puncanya, apakah yang menyebabkan sembelit berlaku. Sekiranya puncanya kerana pemakanan, maka harus menukar corak pemakanan untuk mengelakkan sembelit.

Antara preskripsi diet untuk mencegah masalah sembelit:-
  • Makanan tinggi serat seperti buah, sayur, kekacang, bijirin penuh
  • Buah-buahan kering terutama buah prune
  • Minuman panas contohnya kopi yang mengandungi kafein
  • Psyllium
  • Probiotik
  • Supplement
Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-

Ostematrix

Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Meal Shakes

Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit.

Herb Lax

Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan, jangan dibiarkan ia terus menghantui anda. Sekiranya ia berkait dengan masalah fisionlogi, sila berjumpa dengan doktor. Namun jika berkait dengan diet anda, ubahlah diet dan ambillan suplemen yang sesuai.


Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX

0
COM


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.






KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.


2. Meningkatkan kemampuan berfikir.


3. Memberikan tambahan tenaga.






KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.


2. Mengurangkan stress.


3. Melambatkan proses uban di rambut.


4. Membantu meningkatkan konsentrasi.





KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG


1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.


2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!


CARA KIRA BERAT BADAN YANG BETUL DAN IDEAL

0
COM

Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai.

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil,sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu pinda berat badan seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Contoh: Tinggi saya 5 kaki 8 inci dan ukur lilit pergelangan tangan saya lebih 7 inci. Jadi berat badan yang sesuai untuk saya ialah (106 + (8 x 6)) x 1.1 = 170 paun (77 kg).

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda.Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan. 


# infosihat.com

Click untuk dapatkan : 



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!

NAIKKAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

0
COM
Selalunya kita baca tentang set kurus, set untuk buang lemak, set kelangsingan badan dan sewaktu dengannya. Padahal ramai sangat yang mengalami masalah underweight atau terlalu kurus. 

Bila berat kita underweight, sebenarnya akan ada masalah sampingan lain. Antaranya :
  • susah untuk hamil , bagi kaum wanita.
  • mudah diserang penyakit.
  • mudah mengalami esteoporosis/masalah tulang rapuh


Cadangan di bawah sesuai untuk orang yang ingin menambahkan berat badan atau mencapai berat badan yang ideal. Apa yang diperlukan? 
Secara basicnya memadai :  MEALSHAKE + B COMPLEX + VITALEA


Jom kita tengok apa ada dengan meal shake, vitamin B dan vitalea.


1) Meal shake 
Meal Shakes membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya sedap mcm milk shake kat McD. Protin amat penting dalam proses menambah berat badan ini kerana pengambilan protin boleh mengisi keperluan tubuh sebab protin adalah asas kepada pemakanan tubuh badan sama ada nak tambah berat ke..nak kurus ke..nak cantik ke..semuanya perlukan protin dan antara sebab yg lain ialah, protin membantu penyerapan yg lebih baik ke atas supplement yang kita ambil..




2) Vitalea - 
 
Vitalea membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.




3) Vit B complex 
 
B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.



Antara tips yang menaikan berat badan :



1. Workout.
- dalam menaikkan berat badan, workout penting dalam membentuk otot – otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout tidak semestinya dilakukan di gym semata – mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada di rumah atau berjogging diluar.

exercise sehari 10 minit paling kurang...takyah exercise berat..angkat botol air mineral yg 500mlm tu..isi air dlm tu.. angkat mcm angkatberat...angkat turun..pastu skipping ke..or ape2 exercise utk bina muscle Jgn mkn junk food dan ikut jadual ni selama sebulan tau.



2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout,  anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot – otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. dan dengan Shaklee, protin yang sesuai utk menambah berat badan ialah Meal shakes Shaklee. 


Perhatian! 
Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikan berat badan secara sihat.
Sebenarnya,ramai mereka yang kurus nak menaikkan berat badan mereka secara yang salah. Ada yang banyak makan makanan yang berlemak semata – mata mahu menambah berat badan. Itu cara yang salah, mengambil banyak makanan berlemak bukan saja menyebabkan masalah kesihatan, ia juga tidak memberi kesan langsung.


Jadi jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian dan workout dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan..tak boleh kejap makan, kejap ikot, pastu malas dah tak ikot lg..mmg la tak jadi kan..Ia bukan saja berjaya menaikan berat badan anda secara sihat, badan anda juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.



Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya dengan menghantar email ke zamilazahari@gmail.com ...terima kasih. InsyaAllah harga istimewa untuk anda dan semestinya FREE DELIVERY!